Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 13, 2010

Entry 5 dalam 1

Assalamualaikum

Selamat berpuasa..


Dah hari ke-3 dah pun baru nak wish.. hehe... selagi belum habis Ramadhan ni tak kisah la kan..


Alhamdulillah saya dapat berpuasa tanpa apa-apa masalah. Rezeki untuk Azhad sentiasa ada. semoga sentiasa dilimpahi oleh-Nya. takut juga bila berpuasa ni rezeki untuk Azhad berkurangan. tapi yang penting usaha dan tawakkal kepada Allah Taala.. InsyaAllah..


Puasa kali ini en suami agak busy. Nak taw kenapa??


En suami buka gerai di Bazar dalam Pengkalan Tentera Kota Kinabalu (PTKK) ni. Beliau jual ayam percik kelate.. Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan. walau sedikit, kena sentiasa bersyukur.





1st day puasa hari tu saya ke kkia bawa Azhad untuk check-up bulan ke-3. nak taw berapa berat dan panjang si kecil tu? pada 3bulan dan 5 hari berat Azhad 5.8kg dan panjang 63cm.. Azhad naik 1kilo je dari last month. panjang bertambah dalam 6cm.. huhu.. Azhad kena inject lagi. tapi seperti sebelum ni.. Azhad memang cool. masa kena cucuk dia tak nangis, bila nurse tu tekan picagari baru nangis. tapi sebaik jarum dikeluarkan dia stop.. waahhh.. kagum ummi.. dan sehingga hari ini, Azhad tak demam. sebab suntikan bulan ke-2 dan ke-3 ni boleh menyebabkan demam.. Alhamdulillah


macam-macam adik sayang ni..



Oooo ya.. semalam berlaku tragedi dalam rumah ni.. Seperti biasa lepas balik terawih en suami akan kupas bawang. siap pakai spec lagi ye sebab tak nak pedih mata. lepas siap kupas tu kena la blend. tengah blend tu boleh pula blender mati.. aduyaii... rosak blender Philips hadiah kahwin ku. nak buat macam mana, marah pun tak guna. sudahnya terpaksa la en suami tumbuk je bawang-bawang tu.. kesian dia. tapi apakan daya time tu saya sedang tidurkan baby.. balik keja tadi dapat la blender baru. nak bisnes punya pasal. sebab kalau ikutkan saya masak jarang guna blender. huuhuu..



hari ni en suami duty, so balik umah kejap je untuk solat, pastu keluar balik. berbuka tadi pun lepas makan, solat dan keluar. malam nanti mungkin dalam pukul 2 atau 3 pagi baru balik. al kisahnya tadi masa tengah masak kuah ayam percik en hubby bersuara "kalau B nak sambung master boleh?" tak de la terkejut sangat sebab sebelum ni pun beliau pernah cakap pasal tu. cuma kali ni nampak macam bersungguh. reasonnya "gaji tentera sekarang ikut kelulusan. kalau ada master masyuk la"

saya tak kisah pun since navy tanggung segalanya, dan kemungkinan untuk stay kat KK ni lama, mungkin sampai habis master dalam 3 tahun. kalau kena posting pun boleh buat alasan.. heheh.. kalau lama lagi kat sini boleh la planning macam-macam.. hehehe..


adeh.. entry kali ni bercampur aduk.. masa terluaang banyak tapi asyik tak sempat je tu yang sekali harung je ni..


till then... Assalamualaikum. semoga kita dirahmati-Nya..

5 comments:

Mrs Nageb said...

selamat berpuasa ya ejau :)

liza said...

sama-sama la kita ye..

Ira said...

Alhamdulillah, rezeki bertambah..
Smga rezeki sahabatku semakin bertambah. Nk alamat ko kat KK blh?

Kasih D Hati said...

ader chance ler saya kumpul duit bnyk sikit g jalan2 dgn azhad kat KK...
yeehhaaa

liza said...

hasdi:insyaAllah.. alamat nanti daku send kat email aritu eh..hehe

yanie:ye..sila la kumpul duit banyak2 boleh belanja Azhad..hehe

Related Posts with Thumbnails