Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 6, 2013

Azhad 3 Tahun 7 Bulan

Alhamdulillah hari ni genap Muhammad Azhad Nayli berusia 3 tahun 7 bulan.. Waahhhh... Lama gitu tak update perkembangan anak-anak setiap bulan macam masa baby dulu. Dah besar, tak berapa ketara sangat perkembangan anak-anak berbanding masa baby tu..



Tapi kali ni nak update serba sedikit mengenai Azhad.. Seperti sedia maklum, Azhad ni pelat bila bertutur. Semua perkataan dia akan sebut dengan hurup a di depan. Contohnya ami untuk umi, abu for abu, ateh for uteh dan banyak lagi.. Finally, Azhad panggil saya umi pada usianya 3 tahun 6 bulan. Mula-mula dia panggil umi macam pelik la rasa sebab selama ni dok panggil ami je.. Lama-lama baru rasa ok. Ibu pun dah boleh sebut.. Lidah dah lembut la. Bila kita ajar sebut by suku kata dia boleh ikut. Tapi bila dia sebut dalam penggunaan dia akan sebut yang pelat tu. Mungkin tak ingat atau tak biasa lagi.. Ada tu saya ajar dia sebut PUTIH sebab kereta mainan dia warna putih. Ok la dia boleh sebut putih dan kenal warna putih. Tapi bila dah pandai sebut PU, semua benda kat depan digantikan dengan pu lak. Contohnya pudih untuk pedih, pujau untuk hijau... Gelak je la mak. Nak buat macam mana.. Slow-slow la kan.. Dia boleh bercakap, faham apa yang kita cakapkan dan boleh bertindakbalas kira syukur Alhamdulillah la..




Dah pandai bergambar.. Siap cakap peace yo lagi..



Azhad tak takut kucing rupanya..


Dah takut naik motor. Kalau abi pergi Desa Pandan naik motor ada juga dia ikut. Masa kecik dia takut..


Pasal kesihatan dia, Alhamdulillah dah tak batuk teruk macam dulu.. Memang sangat-sangat recommend kawan-kawan praktikkan teknik Steam and Percussion macam dalam ENTRY NI.. Memang lambat baik batuknya tapi at least anak-anak tak disumbat dadah.. Bab makan pun memang senang sangat. Alhamdulillah tak payah sumbat apa-apa suppliment pun dia kuat makan. Tapi ada pasang surut la. Ala.. Macam kita juga la. Ada masa selera besar, ada masa takde selera nak makan. So don't worry la kalau anak tu takde selera sangat yang penting keep offering them, biar makan sikit-sikit tapi kerap. Lagi satu, saya pegang kata-kata ni, "anak tak akan biar diri mereka kelaparan". Bila lapar pandai-pandai la diorang minta. Bila dah pandai cakap, minta melalui bercakap macam sekarang. Bila tak reti bercakap lagi, ajak pergi dapur tunjuk itu ini sambil menangis macam masa adik baru lahir. Abang tantrum je.. Mak tak berapa faham lagi apa yang dia nak, dengan jaga anak kecil lagi, haruslah hampir meroyan.. Tapi itu la pengalaman yang mendewasakan kita..


Azhad ni kalau saya marah adik, dia mesti backing cakap, "No marah adik". Tapi dia buat adik menangis boleh pulak.. Buat muka tak bersalah lagi... Dah pandai cakap "sayang ummi", "sayang abi". Dah pandai request nak makan karipap, biskut dengan milo, cekodok, nasi lemak.. Nak tak nak kena la belajar masak apa yang dia nak..


Ermmm tu je kot setakat ni.. Ada masa update pasal adik lak..

Thursday, December 5, 2013

My First Attempt Karipap

Assalamualaikum..


Lama tak cerita pasal masak-masak.. Mood mencuba resepi memang takde sejak beranak 2 ni. Tak sempat weii.. Padahal memang pemalas pun walau anak 1 dulu.. Tapi baru-baru ni, (tak la baru sangat dah 3 minggu lebih kot) teringin lak buat karipap tapi malas nak pergi kedai beli bahan-bahannya. Biasa kalau pergi kedai UNC memang tak singgah mana-mana pergi atau balik. Sebab susah sikit nak shopping dengan heroes ni. Padahal time en suami belayar ke Sabah selama 2 bulan tu boleh pulak shopping barang-barang dapur bawak anak-anak. Ni sebab tau weekend en suami ada so tunggu beliau balik baru suruh beliau belikan barang dan saya buatkan.. Nampak sangat mengada-ngada, kan..



So lepas complete segala bahan-bahannya, saya pun berperang la di dapur. Makan masa juga la sebab nak kena layan budak-budak kecik ni. Kejap nak minum, kejap nak itu, kejap nak ini.. Selepas beberapa lama akhirnya siap juga karipap ku.. Sorry la takde gambar, bukan sebab tak sempat amik gambar dah habis di belasah. Tapi sebab karipap ku huduh.. Tak reti kelim.. Masa uli tepung tu macam nak give up juga sebab adunan lembik, so tambah tepung lagi sampai rasa ok.. Bila dah boleh di bentuk tak reti nak kelim pulak. Tapi usaha juga la asalkan ada bentuk dan tak terbuka masa goreng. En suami lagi la.. Hahaha... Gelak dulu... Dia pun tak reti kelim tapi ada hati nak membantu.. Sudahnya dia buat karipap gulung. Hamik kau... Wakakaka..


Walaupun karipap ku huduh dan tak berapa cukup rasa, tapi habis kau.. Both Azhad Nayli dan Arsyad Nayli dengan mak bapak dia berebut.. Tak sempat nak goreng lagi habis. Maklum la, lama sangat tunggu.. Kelaparan masing-masing.. Itulah keajaiban air tangan ibu kan.. Kekekeke... Poyo je.. Lepas tu Arsyad tidur kekenyangan karipap buatan emaknya..



Tarikh upload gmbar ni dlm fb adalah 17.11.13



Ni saya tepek resepi yang saya dapat dr myresipi.


Bahan-bahan ( 20 biji )

250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

INTI
5 biji keledek
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
air

Cara-cara

Untuk membuat kulit karipap
  • Campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 
  • Gaul rata gune sudu sbb panas. 
  • Bancuh air+garam. Masukkan sedikit2. 
  • Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti
  • Kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  • Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. 
  • Masukkan pes kari dan kacau rata. 
  • Kemudian masukkan kentang,air dan garam sekucup rasa. Masak sehingga keledek empuk dan air kering.

Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim.
Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
Karipap Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.




Rasanya macam gagal sikit resepi ni, sebab tadi baru jumpa resepi yang lebih detail... Hehe.. Salahkan resepi lak, kan.. Takpe lepas ni kalau buat lagi kita cuba resepi lain pulak.. Kena pergi cari benda alah ni kalau nak buat lagi.. Baru cun..


acuan karipap, gambar dari google


Tapi kan, seminggu lepas tu en suami balik dari Lumut bawa 2 packs karipap segera tapi homemade (emak kepada budak kapal dia yang buat). Tinggal goreng dan makan je. Memang yummeh la.. Nampak sangat saya buat tak sedap.. Waaaa... Tak pun dia kesian sebab penat nak buat dengan anak-anak lagi.. Positif..


Ok la.. Sampai ketemu lagi..

Tuesday, November 26, 2013

Family Day KD Amin 2013

Cerita pasal Family Day KD Amin (kapal hubby bertugas) pada 16 Nov 2013 yang lalu..


Event buat dekat Lumut, so on thursday tu en hubby halfday and pulang ke KL.. Jumaat tengahari kami gerak ke Lumut.. Tak tidur di hotel biasa. Kami sewa hotel luar biasa lain. Tapi Azhad sibuk cakap nak tidur hotel. Bila lalu depan hotel biasa tu dia cakap nak tidur sini.. Haha.. Adakah apa yang dia faham tidur hotel tu kena tidur hotel yang kami selalu sewa. Hotel lain bukan hotel. Ataupun sebab hotel yang baru kami sewa tu tak best. Tak de feel macam hotel.. Hehehe.. Ada-ada je Azhad Nayli ni...


Lepas check in, kami cari makan di Tesco Manjung. Hajat nak ke waterworld Marina tapi dah lewat, macam tak berbaloi je.. So kami isi perut je dulu.. Lepas makan, layan anak2 main. Macam la dekat KL takde benda-benda ni kan. Tapi dah diorang sibuk nak main, layankan je la.. Lepas tu terus balik.. Malam tu layan Tv je.. Nak keluar pun malas..





Esoknya, yakni hari event kami bersiap dan pergi ke Restoran Dayang Teluk Batik seawal 830am. Tunggu CO kapal dalam 915am baru beliau tiba. Lepas tu baru makan dan banyak games untuk anak-anak dan pasangan suami isteri, juga cabutan bertuah. Semua diselang-selikan.. Kami tak join apa-apa pun sebab anak-anak kecil lagi. Kang kami join siapa nak jaga anak-anak. Anak-anak pun tak join apa-apa mainan sebab tak faham apa lagi.. Tapi Azhad ada juga la excited nak join main isi air dalam botol guna span. Bila dah bagi span dia bukan masukkan air dalam botol, tapi duk celup-celup baldi orang lain, pastu lari. Malu.. Hehehe.. Bila main tiup belon sampai pecah pun dia nak join. Orang bagi la belon, dia tiup tapi tak kembang-kembang pun belonnya.. Lastly rebut sebanyak mana gula.. Dia rebut tapi bila abi suruh amik banyak-banyak dia cakap, "abang nak 1 je". Sudahnya bapak dia yang kutip gula-gula letak kat tangan dia.. Azhad ooo Azhad..


Tapi sambil-sambil orang main game tu, ada beberapa anak-anak orang lain termasuk anak kami yang belum layak main sukaneka tu buat mainan sendiri.. Diorang main pasir masuk dalam bekas.. Dah pakai handsome bergaya main pasir lak.. Adik siap duduk lagi. Orang panggil buat tak dengar je..





Cabutan bertuah, semua orang dapat.. Tapi ikut la tuah dapat yang nilainya berapa.. Kami dapat Thermos Pot brand Elba je.. Ok la tu.. Memang ada plan nak beli something like that yang memudahkan nak buat air, tak payah nak tunggu air masak if orang bertandang ke rumah.. Macam la ada orang nak datang. Huhu





First price adalah TV berapa inci ntah. Grand price kereta mainan kanak-kanak yg boleh naik tu.. Macam yang Ummi Nayli Collections ada jual tu.. Ada yang sanggup tukar grand price dia dengan kereta tu tau sebab anak dok merengek nak. Lagipun Tv semua orang dah ada.. Hehehehe



Ok la.. Sampai sini je dulu. Ada kelapangan menaip lagi.. Wassalam..


Thursday, November 14, 2013

Rawatan Batuk/Selesema Oleh Dr Pemes, Dr Nadir Khan..

Status di Fb pagi ini membuatkan ku teringat untuk story sikit pasal benda ni..


It's been a long period.. Azhad batuk-batuk. Paling teruk bila pagi dalam pukul 3-4 pagi atau/dan 7-8 pagi.. Macam nak terkeluar anak tekak dia. Batuk kering, takde kahak. Selalu batuk sampai terjaga. Bagi makan/minum madu pun tak reda. At last mak terpaksa bagi ubat batuk supaya tekak dia lega, baru boleh tidur balik. For me, anak demam atau batuk, ubat is the last choice. Tapi kalau bapaknya ada, ubat adalah pilihan utama. Sigh.. Penat jaga pantang..


Mak search sana sini petua untuk sembuhkan batuk. Baca info pasal batuk. Jumpa la discussion pasal teknik ni. Google lagi jumpa la klinik yang ada rawatan macam tu.. Bila tengok address, ala tak jauh pun. Nak cari sendiri boleh tapi nak bawa 2 orang hero ni sendirian? Memang tak boleh la sebab kena ada orang pegang kedua-duanya.. So nak tak nak kena la tunggu en suami ada di KL..


Finally, Deepavali dan Awal Muharam en suami ambil cuti Isnin tu so direct cuti sampai Selasa. Hari isnin 4/11/13 kami pergi klinik tu.. Call dulu takut Doc yang buat rawatan tu cuti ke, kan..


Kami sampai klinik tu pukul 1130 pagi. Actually en suami dan Azhad je masuk. Arsyad and me tunggu dalam kereta sebab takde parking. Kang tak pasal-pasal dapat surat cinta dari DBKL lak.. Dalam 45 minit juga kami tunggu. En suami cakap macam klinik kerajaan, penuh.. Dipenuhi oleh kanak-kanak dan suara budak menangis.. It was so scary i guess. But i know, Azhad mesti as always. Play here and there. Dia bukan tau takut apa pun.. Gaya je la, tapi kuat nangis gak tu.. Huhuhu..



Layankan budak comel dalam kereta


Bila turn Azhad, en suami dan Azhad masuk. Doc tanya sejarah bersalinkan Azhad. Normal or bedah, Azhad pernah kena tahan wad, etc. En suami yang masuk so i'm not so sure apa lagi yang ditanya and he not even tell me in details. Lepas dah tanya serba sedikit, diorang keluar kejap sebab doc nak buat persiapan. Time tu terus en suami dan Azhad ke kereta suruh saya masuk dengan Azhad sebab saya cakap nak tengok sendiri macam mana doc buat, walaupun dah tau daripada bacaan pengalaman mommies lain.. Actually kalau we both dapat masuk sekali lagi bagus, tak payah i nak explain lagi dekat en suami.. Tapi apakan daya, van DBKL siap tunggu belakang kereta kami lagi.. Gggrrrr


Step 1: Nebulizer/Steam
It was second time for Azhad. So takde la dia meraung macam masa 1st time hari tu.. Lebih cool.. Tapi sebab lama sangat sampai dia boring, tanya itu ini.. Last2 bagi dia main handphone je.. Ada la dalam 15minit.. Buat neb ni utk cairkan kahak.



Amik gambar bagi dia diam kejap..


Kalau dekat rumah boleh buat sendiri guna wap. Caranya sediakan air panas dalam bekas, kemudian tiarapkan anak atas peha kita dan halakan muka anak pada bekas berisi air panas tu supaya dia hidu wap tu.. Boleh juga masukkan sedikit viks untuk bagi rasa lega.. Make sure jangan bagi makan atau minum susu dalam masa 2 jam.. Takut muntah..


Azhad dan Arsyad time buat steam dekat rumah meraung-raung mungkin sebab kena meniarap tu. Time salah seorang buat, yang lagi seorang tengok dan join nangis. Stress mak!

Buat sehingga wap habis atau dalam 10-15 minit. Tapi mak berjaya buat 5 minit je sebab masing-masing pakat menangis berduet..


Step 2: Percussion/Tepuk
Dah siap steam, tepuk belakang badan anak. Buat tapak tangan bentuk 'cupping' (ada lubang di tengah) dan tepuk belakang. Jangan tepuk tulang belakang. Tepuk bahagian kanan seminit, kiri seminit. Lepas tu tepuk bahagian depan kanan seminit, kiri seminit. Tujuannya untuk longgarkan dan mudahkan kahak keluar.. Bagus kalau anak muntah sebab dia buang kahak dan lendir. Kalau tak muntah, kahak tu akan keluar melalui najis..


Kalau anak jenis berhingus or kahak banyak Dr tu buat suction juga. Tapi Azhad tak buat sebab dia tak berkahak. Dr cakap pengambilan ubat batuk hanya memberhentikan batuk dan menyebabkan kahak terkumpul, lama-lama melekat tu yang anak tak sihat all the time. Betul juga rasanya. Sebab Azhad memang penggemar ubat. Macam-macam jenis ubat bapak dia bagi bila batuk tak baik-baik. Dari ubat klinik, beli di farmasi untuk kanak-kanak, tak berkesan beli yang herb lak.. Kalau gula hacks hitam tu relax je dia makan. Ubat pun dah tak jalan, orang cakap dah immune.. Tapi kalau bapak dia takde, saya tak suap pun.


Masa buat both Nayli ni, dua-dua tak muntah. Tapi ada la berhingus sebab nangis.. Tapi effect nya datang malam lepas buat tu.. Azhad yang jarang muntah, terus muntah-muntah. Sejam sekali bangun muntah. Dia tak batuk teruk pun. Batuk sekali terus muntah. Lepas tu sambung tidur balik. Nasib baik tak meragam. Arsyad kalau batuk memang sampai muntah biasanya. Tapi lepas buat steam and percussion tu dia tak muntah pun. Tapi bila dia berak tengok dalam pampers nampak macam lendir kahak. We will know the difference between najis berak dengan kahak, i guess!


Now after more than a week buat steam n percussion dekat both Nayli ni setiap pagi, Azhad dah tak batuk di pagi hari. Siangnya masih batuk tapi takde la seteruk dulu. Alhamdulillah la. So lepas ni dah tak perlu suap ubat batuk. I hope bapaknya amik pengajaran la atas apa yang berlaku ni.. Jangan main suap ubat sambareno je walaupun dipreskripsikan oleh doctor. Dari pemerhatian mak, orang yang sakit sikit makan ubat tu lebih kerap jatuh sakit..


Teknik ni memang nampak macam kejam dan nak sembuh makan masa sikit, tapi at least kita usaha keluarkan kahak tu dari badan anak sebab diorang tak reti buang kahak sendiri. Kalau makan ubat memang cepat tindakbalasnya tapi kahak tu terkumpul, tu yang senang je datang balik penyakitnya..


Ok la.. kalau korang nak pergi bawa anak ke klinik ni boleh google je. Dah pemes dah klinik ni.. ni address

KLINIK WANGSA
No 46 Jalan 2/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju,
KualaLumpur
Tel : 03-41421614


dekat dengan Menara kausar, belakang LHDN. *Pic ehsan GOOGLE*


Please call dulu tanya Dr Nadir Khan bertugas bila.. Sebab Dr ni je yang buat rawatan tu.. Yang lain i'm not sure..


ni rupa Dr tu. Masih handsome bergaya.. *Pic ehsan GOOGLE jgk*


Sekarang ni bangun tidur je Azhad akan cakap, "Abang dah baik batuk dah". Nampak mak pegang periuk nasi pun cakap macam tu.. Fobia gitu sebab mak guna periuk nasi so air tu keep hot.. Bila tengah setting alat untuk buat, dia dah tahu. Dah nangis cakap tak nak buat, dah baik dah. Tapi masih berdiri dekat-dekat tempat mak set up. Kalau budak lain dah lari menyorok dalam bilik kan.. Memang anak yang taat abang ni.. Adik lak dok kacau-kacau je orang setting, bila kena tangkap, hamik kau.. hehe


Ok la.. Sehingga ketemu lagi..

Wassalam..

Thursday, October 31, 2013

Bercuti di Lumut 2013


Assalamualaikum


Alhamdulillah en suami selamat pergi dan kembali dari bertugas demi negara tercinta. 11 Ogos (4 Syawal) beliau pulang ke Lumut, 13 Ogos belayar ke LD dan setelah beberapa kali tertunda akhirnya 15 Oktober (Raya Haji) baru beliau kembali ke pangkuan anak-anak dan isteri.. Sepatutnya turn raya haji di Kelantan, tapi disebabkan kerja tahun ni saya dan anak-anak beraya di Melaka manakala en suami beraya di atas kapal. Malam 15hb tu baru kami bertemu kembali..


En suami ambil cuti seminggu lebih sebab nak uruskan hal rumah yang tergendala sebab beliau belayar dan balik kampung beliau.. Tapi dalam cuti tu sibuk juga uruskan hal kerja.. Jumaat 18hb tu beliau ada meeting di Lumut, beliau ajak kami bertiga ikut, bercuti katanya.. Saya ok je sebab lama tak bercuti kan.. Tapi rupa-rupanya, Sabtu tu dia nak balik Kelantan so dari Lumut dah dekat.. Patutla.. Hmmpppphhh


Ok, nak cerita sikit pasal percutian ni.. Kami sampai Lumut pada Khamis, 17hb malam.. Sewa hotel biasa sebab dekat dengan base, bawah hotel ada 7 Eleven dan kedai makan, dan yang penting ada Wifi sebab line di sana sangat teruk. So ada wifi boleh la mak online macam biasa sementara en suami bekerja.. Anak-anak macam biasa la, aktif dan teruja.. Malam tu kami sampai pun dah lewat, lepas makan terus tidur je. Esoknya sementara en suami bekerja mak melayan anak-anak macam biasa.. Tapi pukul 10 lebih baru diorang bangun. Mana taknya, tidur dalam air cond kan.. Siap berselimut lagi. Kalau tak jangan haraplah..



Sama je style tidur kan..


Pukul 2 lebih baru kami check out dan check in hotel lain... Untuk hari kedua tu en suami sewa bilik di Golden Bay Resort sebab ada pool untuk anak-anak mandi.. Sebelum masuk hotel sempat pergi kapal en suami, dia nak jumpa contractor. Dapat la Azhad naik kapal abi. Tapi time tu Arsyad tidur lak. So abang naik dulu.. Teruja sungguh dia, saya duduk dalam kereta je dengan arsyad.


Siap pusing steering lagi..


Tunggu contractor tapi tak datang jadi kami balik hotel je. Azhad dah tak sabar nak mandi pool.. Lepas makan, lepak-lepak kejap, dalam pukul 5 kami turun. Takut lewat nanti hujan.. Kesian tak dapat mandi.. 3 jejaka kacak tu je mandi. Saya tak kuasa nak basahkan badan. Lagipun bukan pandai berenang pun.. Azhad macam biasa, drama king.. Mula-mula tak nak masuk sebab ada 'fish' besar dalam kolam. Arsyad macam biasa memang berani.. Mandi dalam 30-45 minit je.. Budak-budak ni tak puas mandi lagi tapi ajak naik sebab dah banyak sangat telan air klorin..





Balik bilik bilas dalam bilik air.. Bilik air ada tub, mandi tub pula budak-budak ni.. Memang sakan main air.. Lepas anak-anak mandi, mak pula mandi. Hajat dihati nak berendam lama-lama, tapi tak sempat pun sebab dengar Arsyad uk ek uk ek.. Lepas saya mandi, susukan Arsyad terus dia tidur. Kepenatan mandi kolam.. Malam tu ada bola TRW vs ATM Pusingan Pertama. Tapi malangnya bilik hotel tu ada 2 channel je, AXN dgn apa ntah.. En suami ada cakap nak pergi tengok di kapal.. Rasa-rasa apa saya cakap? Hehehe.. terus dia melekat je dalam bilik.. Tak agak-agak, kan..



Esoknya kami sarapan di lobi hotel, sarapan je la disediakan. Azhad sibuk nak mandi kolam lagi, tapi tak bagi pun sebab kedua-dua hero sudah berhingus hidungnya.. Lepas sarapan naik bilik balik dan layankan diorang mandi tub je.. Jadi la kan.. Sebelum gerak ke Kelantan, singgah kapal en suami untuk ambil barang-barang dari Sabah yang nak bagi ibubapanya.. Sempat la bergambar dua beradik tu..


Peluk adik ketat-ketat takut adik lari jatuh ke laut..



Dalam pukul 2 petang kami gerak, dalam pukul 11 malam baru sampai. Macam lebih kurang je dari KL ke Kelantan. Berhenti rehat 2 kali, lepas tu hujan dan jalan sesak tu yang lambat sampai. Duduk sana tak lama pun, 3 hari 2 malam je.. Takde aktiviti sangat pun. Cuma Ahad tu kami tengok rumah en suami, hampir siap dalam bulan Nov ni dah boleh duduk. Hari Isnin sebelum balik kami pergi klinik sebab kedua-dua hero masih selsema dan nafas berbunyi. Pergi klinik terus Dr bagi neb untuk kedua-duanya. Pertama kali bagi mereka.. Meraung tak ingat la masing-masing..



Siap jerit cakap "tak nak"



Lepas dah neb tu baru nafas diorang tak berbunyi.. Alhamdulillah.. Dari klinik kami pergi kedai gunting rambut. Juga pertama kali bagi mereka berdua.. Sebelum ni abi diorang mesin je. Ni sebab dah besar macam tak handsome je botak, so kami potong bagi pendek. Mungkin anak-anak tak serasi rambut panjang, ni mak saya dan en suami la cakap... Azhad macam biasa la.. Nampak je macho, berani. Tapi menangis juga.. Hehehe.. Ye la sebab orang tak dikenali pegang kepala dia. Kalau abi dia buat, dia suka je.. Adik ok je tak menangis tapi kena dukung.. Habis baju dan tudung saya dengan rambut dia.. Huhu..



Hero menangis kena potong rambut..


Pukul 3 lebih baru kami gerak pulang, tapi ke Lumut dulu sebab en suami ada kerja. Jadi bermalam lagi 1 malam di Lumut. Kami menginap di hotel biasa, Valley View Hotel. Memang puas hati la duduk situ dibandingkan dengan resort tu. Dah la mahal tapi kemudahan tak memuaskan.. Air cond tak boleh control suhu atau off. Kena tarik kunci dari tempat dia, maksudnya kena tutup semua lampu, tv kalau nak tutup air cond. Tub takde tutup untuk takung air. Toilet tak boleh flush. Line telefon pun takde, apatah lagi wifi.. Sedih betul.. Huhuhu


Ok la.. Tu je coretan buat kali ni.. Takde apa yang menarik pun.. Berjalan jauh tapi duduk hotel je..

Tuesday, October 29, 2013

Daftar Haji..

Assalamualaikum



Alhamdulillah, kami sudah daftar untuk pergi haji dengan Lembaga Tabung Haji..






Owh ni slip daftar untuk anak-anak kami Muhammad Azhad Nayli dan Muhammad Arsyad Nayli yang en suami daftarkan pada 25 Oktober 2013. Mereka diperuntukkan pergi haji pada tahun 2066, waktu tu umur mereka 56 tahun (Azhad) dan 54 tahun (Arsyad).. Huhuhu... Dah daftar seawal usia 3 tahun dan 1 tahun pun giliran mereka 50 tahun keatas..


Kami suami isteri dah daftar haji pada Mei 2013, dan tahun peruntukkan kami adalah 2060.. Masa tu usia dah 77 tahun. Entah hidup lagi ke tidak.. Kalau panjang umur pun, entah larat ke tidak. Tapi tu tahun jangkaan sahaja, target kami nak pergi sebelum umur 50 tahun. Kalau dapat pergi sekeluarga lagi bagus..



Untuk maklumat daftar haji boleh klik link ini Daftar Haji.. Kena ada minimum RM1300 dalam akaun Tabung Haji, atau boleh guna duit KWSP. Macam saya dan anak-anak untuk daftar haji ni dibayar oleh en suami. Alhamdulillah. Beliau buat potongan gaji setiap bulan bagi kami bertiga, dirinya juga. Bagi anak-anak, duit kelahiran dan duit raya akan disimpan dalam Tabung Haji juga.. Sebab tu beza jumlah duit kami dalam TH tak banyak, dah maknya tak nak simpan duit sendiri dalam TH. Huhuhu.. Bukan tak nak, tak teringat je..


Walaupun belum pernah jejak kaki ke Tanah Suci, tiap kali tengok Kaabah di TV rasa terpanggil je.. Terfikir bila la dapat ke sana.. Insyaa Allah.. Sedang berusaha ke arah itu.. Semoga dipermudahkan..


Ok la.. Jumpa lagi nanti..


Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha 2013

Assalamualaikum..





Lembu pun pandai berkorban.. Apa pengorbanan anda?


Berkorban, niat kerana Allah swt. Insyaa Allah besar ganjarannya... Ingat tu ejau!!!


Semoga berbahagia kalian di sisi keluarga, dan selamat pergi dan kembali.

Wassalam

Tuesday, September 10, 2013

Azhad Nayli Ku Sudah 3 Tahun 4 Bulan

Assalamualaikum


6 Sept yang lepas genap usia Azhad 3 tahun 4 bulan, tapi masih belum ada update pasal Azhad lagi.. So dikesempatan ini nak update sikit pasal Azhad ni..






Budak 3 tahun sepatutnya dah boleh apa ye? Rata-rata anak kawan-kawan dah petah berbicara. Dah boleh buat teman bersembang kan. Sama juga la dengan Azhad. Cuma dia ni pelat sikit banyak. Rasanya macam pernah inform sebelum ni kot.. Pastu ada orang mengaku dia dulu pun pelat. OK! Lega mak!! Sebutan dia semua nak kena bunyi "a" di depan.. ummi = ami, ibu = abu, tido = ado, minum = anum, pintu = antu scary tau.. banyak lagi la kalau nak disenaraikan.. pastu banyak yang sebutannya seakan-akan sama walaupun maksudnya lain, contoh ascho = tesco, biskut, esok.. ayam = ayam, sayang, geram, salam.. dudok = duduk, cekodok.. haa! amik ko! pening mak. kena tengok situasi bila dia bercakap. Pelat huruf L.. polis = ayish, salam = ayam, jalan = ayam.. Banyak sangat nak list sampai tak hengat dah. Tapi ada huruf yang dia boleh certain word contohnya dia boleh sebuat "kakak", tapi bila suruh sebut katak jadi macam cicak lak. Dia yang confuse ke mak yang confuse? Hehehe


Saya ada la ajar dia sebut ikut suku kata, contoh po-lis.. po dia sebut po. lis dia sebut ayish.. po-lis, jadi po-ayish.. huhu.. tak dapek nak nolong.. rasa macam nak hantar dia ke tadika je next year sebab nak suruh dia belajar bercakap. tapi boleh pandai cakap ke nanti. takut cikgu lak naik hangin bila tak faham apa azhad ni cakap. huhu.. insya Allah, lama-lama nanti pandai la cakap tu kan.. takut berjangkit kat adik lak pelatnya. adik pun tengah belajar menyebut sekarang ni..


Ok! Berbalik kepada cerita Azhad, dia dah diajar menggunakan tandas bulan Jun lepas.. Kalau tak silap sehari sebelum anniversary kami. On anniversary, 14 june Azhad berjaya buang air besar dalam jamban buat pertama kalinya.. hehehe.. Rumah saya ni semua tandas duduk, untuk kanak-kanak susah nak naik dan duduk. Saya gunakan Children Toilet Chair untuk Azhad, senang dia boleh naik sendiri dan duduk pun tak takut bontot masuk toilet bowl tu.. Toilet chair ni portable, so nanti tak nak guna boleh lipat dan simpan. Tak makan space yang banyak pun.. Sampai sekarang Azhad belum free diaper 100% sebab malam dan nak tidur siang akan pakai diaper. Kalau tak, lencun la tilam kalau tak pakai diaper dan lupa nak alas dengan waterproof mattress protector. Kalau tertidur siang tak pakai diaper saya akan alaskan dengan waterproof protector ni, memang serap air kencing dan tak tembus langsung. Lepas tu terus masuk mesin dan jemur.. Tak renyuk pun lepas kering balik.. Memang best.. Kedua-dua barang ni memang perlu ada if nak mudah train anak free diaper.. Boleh klik links di setiap barang tersebut untuk detail k.. Sempat lagi promo tu.. Kekekeke


Bab makan, ada masa tak nak makan nasi. Ada masa nak makan nasi. Dah pandai demand. Nak geger = berger, nasi, mee, ascho, awah = buah, kitkat, shushu, ayam, popok = keropok, dudok = cekodok .. Layankan je la selagi dia nak makan. Nak kena rajin la maknya yang pemalas ni..


Lately ni kesihatan Azhad terganggu sikit. Selesema dan batuk. Selesema kejap ok, bila jumpa cousins yang berhingus nanti jangkit balik. Bila cousins dah ok, dia amik turn, jumpa lagi berjangkit balik. Sampai kesudah rotate penyakit tu.. Tapi ok la on and off kan.. Cuma batuknya je tak stop lagi.. Tapi ada kurang la dari sebelum ni. Batuk dia bukan sepanjang hari.. Batuknya menjelang 3-4 pagi atau/dan 7-8 pagi, batuk teruk.. Tapi siang hari dan malam ok je.. Pergi klinik doc cakap degupan jantung dia sangat laju dan kuat, abnormal. Suspected radang paru-paru. Sedih dan risaunya hati Allah je tahu.. Dah la time tu husband nak belayar.. Risaunya fikir if Azhad admitted ward siapa nak jaga dia, Arsyad sebab both pun bukan nak dengan orang lain.. Tapi Alhamdulillah, lepas 3 hari pergi semula klinik tu doc cakap paru-paru dia ok.. Tapi Azhad still batuk lagi.



Dekat klinik masa check up 2nd time. Tak macam orang sakit pun. Aktif..



Kemudian saya teringat kisah di fb pasal anak orang tu selalu tak sihat bila consume susu lembu dan doc sarankan tukar ke susu kambing. Lepas tu anak dia jarang demam.. Dan saya fikir, mungkin Azhad juga alah dengan susu lembu. Sebab dia sangat suka minum susu.. Saya beli fresh milk Good Day atau Farm Fresh. Tak main la Anmum yang dah ditepungkan tu.. So saya stop dulu susu dan semua makanan yang mengandungi susu lembu. Alhamdulillah, memang nampak perubahannya. Dia masih batuk di pagi hari tapi tak sampai terjaga dari tidur. Dan ada waktunya tidur tak batuk langsung. Beberapa hari ok, tetiba batuk teruk balik lepas makan Kit Kat.. Ni favorite dia juga gara-gara tengok Raja Lawak, relak la Kit Kat kan ada.. Bila tengok plastik Kit Kat tu memang ada tulis mengadungi susu tepung.. Aiyooo... memang confirm la awak tak boleh makan dan minum berasaskan susu lembu sayang oi.. kesian sebab semua favorite dia tu.. Bila shopping di tesco mesti minta kit kat dan susu.. Saya cakap tak boleh, abang batuk. Nasib lah dia faham dan tak mengamuk. Nanti nak cari kat mana ada jual susu kambing fresh sebab Azhad suka minum susu so boleh ganti susu lembu tu. Hope boleh terimala tekaknya nanti..


Azhad sekarang dah kurang menangis. Waktu abi mula pindah ke Lumut, susah nak tidurkan Azhad. Asyik minta sapu minyak kat perut dia. Tak kisah la minyak apa. Dok cakap sakit perut sambil nangis.. Dah isi minyak pun nangis lagi. Memang nak kena la.. Bagi satu dua das, nak nangis sangat kan.. Pun tak diam lagi, sampai letak kat luar bilik 2-3 kali baru nak tidur. Bila dekat luar nangis dan pandai cakap abang nak tidur, tarik masuk bilik diam kejap lepas tu nangis balik. Letak balik kat luar, biar dia nangis sorang.. Lepas tu masuk bilik diam dan tidur. Boleh pun tidur.. Stress gaban mak nak melayan tambah lagi saya dah ngantuk. Tu tak kerja tu, kalau kerja macam mana la gayanya.. Lagi teruk anak tu kena kot.. Baran saya ni memang tak turun lagi dah beranak 2 pun. Makin naik ada la kot. Huhuhu.. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, senang je dia tidur. Tak payah peluk-peluk dah.. Boleh tidur sendiri dengan syarat saya kena tidur/baring juga la.. Memang lepas hubby pindah lumut saya dah ajar dia tidur bantal sendiri. Kalau ada abi, abi dia rajin peluk, tidur atas lengan. Apa gila mak nak peluk dua orang budak. Yang adik tu ye la sebab menyusu lagi.. Sekarang abang menangis kalau adik kacau dia tengah main. Sekarang ni tengah gila main lego.. Abang susun tinggi-tinggi, nanti datang gergasi pergi robohkan 1Malaysia abang tu. Nangis la abang. Manja tol.. Adik kalau rebut pun bukan buat main. Rebut dan buang. Memang saja usik abang.. Kalau berebut mainan pun suara abang je lebih menjerit or nangis. Adik relak je..



Main lego buat 1Malaysia


Azhad dah boleh diharap untuk tengok-tengokkan adik. Tapi adik dengan dia sama besar je.. Asyik kena wrestling je.. Hehe.. Dah boleh harap minta tolong apa-apa. Angkat barang, kalau kat kedai stock sampai dua beradik ni yang beria nak tolak kotak masuk stor.. Bila posman datang pick up barang, dia yang beria nak bagi kat abang posman. Pandai cakap "emm edapnya" bila makan. Bila buat salah nanti cakap "maaf" sambil hulur tangan nak salam.. sweet je.. suka peluk saya dan cakap "ayam ami". Bila saya main dengan arsyad, gomol, geletek, terbangkan arsyad, ayunkan adik atas kaki dan banyak lagi MESTI abang datang dan cakap "abang nak". Yang mana boleh buat tu saya buat juga dekat dia macam geletek, gomol.. Yang saya tak larat tu saya akan buat juga kejap tapi nanti saya cakap, "nanti abi buat". Sampai bila saya main dengan adik, dia cakap nak juga, belum sempat saya jawab dia akan cakap "abi buat". Sedih mak. Terus saya panggil dia dan buat juga la yang termampu macam buat dekat adik. Takut nanti dia terasa hati.. Bukan tak nak buat, tapi dah 17kg patah pinggang/kaki mak nanti.. Huhu.. Dah pandai bila suruh bergambar. Kalau tak dulu orang nak amik gambar dia, sibuk nak tengok dekat camera juga..


Pipi tembam tapi tinggi. Orang ingat dah 4 tahun..


Di majlis besday 2pupu Azhad, anak sepupu saya..


Ok la.. Nanti cerita lagi.. Daa~~

Wednesday, August 28, 2013

Website Free & Promo Sikit!

Assalamualaikum


Semalam check account terkejut tengok amount yang bertambah dengan cepat. Baru Ahad tengok, eh.. Tapi dah boleh agak sebab apa cuma macam terkejut sikit la sebab diberitahu akan masuk dalam tempoh 30 hari bekerja. Bila beritahu macam tu saya kira hujung Oktober baru dapat. Lagi-lagi berhubungkait dengan kerajaan ni. U know how they work! Oopppss


Nak tau duit apa?



Tahu tak Ummi Nayli Collections dah ada website sendiri? Tak tahu? Ok tak pe. Tak kecil hati pun!!!! Haha macam marah tu.. Jom klik UMMI NAYLI COLLECTIONS. Tu klik dekat words yang semua huruf besar tu.


Dah tengok website UNC? Amacam? Best tak? Cun kan! Boleh connect dengan facebook, blog, twitter etc terus tu. Untuk ada website sendiri kena bayar tau. Bayaran ikut pakej yang kita nak la. Ikut budget. Kalau bisnes kecil-kecilan macam UNC ni saya peruntukan RM1000 ke bawah je. PER YEAR ye. Kalau memang syarikat besar boleh la ambil pakej RM2000 ke atas. Tapi saya dapat website ni for FREE!! Tak percaya?


Nak tahu macam mana boleh dapat? Sila klik link INI



Kerajaan ada peruntukan RM1000 bagi setiap usahawan online yang nak buat website sendiri. Tapi kena domain ada .my la. Setiap website boleh apply sekali seumur hidup. Kena ada website dulu baru boleh apply. Kira kena dulukan duit sendiri dekat web developer baru nanti kerajaan bayar balik. Yang bestnya, macam saya dapat untung sikit sebab bayar website tu RM 900+, kerajaan bagi RM1000. If korang nak buat website dengan harga RM500 pun boleh, masih dapat RM1000. Kira untung RM500. Jika buat lebih dari RM1000, kena tambah duit sendiri la. Tapi free ni untuk tahun pertama je la. Selepas tu kena la bayar sendiri. Tak kisah la kan. Yang penting free. Kekekeke.. Lepas tu kena promo bagi website dikenali. Tapi walaupun dah ada website, facebook dan beberapa agent pengiklanan lain tetap platform terbaik untuk iklankan product. Website ni kira tempat orang place order la.


Nak list kronologi application grant ni
14/6 - Bayar dan register website dengan web developer
21/6 - Submit details pada web developer
1/7 - Start promo website
5/7 - Hantar application grant
16/8 - application grant diluluskan
26/8 - duit masuk. Yeay!


Kira cepat juga la diorang buat kerja kan bila tolak cuti raya lagi. Mungkin sebab tak ramai yang apply kot. So tunggu apa lagi? Jom buat website sendiri wahai rakan bisnes. Banyak benefit ada website ni. Antaranya:

- Customer boleh tengok sendiri availability items. Tak perlu tanya dan tunggu seller jawab. Most of the time tak dapat notification di page facebook. Nanti customer cakap seller sombong, tak nak jual barang.
- Boleh pilih sendiri nak guna courier service apa. Ikut suka anda. UNC menawarkan khidmat Pos Laju dan Gdex. Biasanya untuk barang besar dan berat dalam Semenanjung Gdex lebih murah dan cepat. Tapi jika customer nak guna Pos Laju yang lebih mahal pun boleh. Asalkan bayar. Hehehe. Barang kecil dan ringan Pos Laju adalah pilihan terbaik. Barang berat dan besar ke Sabah/Sarawak Pos Parcel lebih murah tapi dapat dalam seminggu. Kalau sanggup bayar guna Gdex atau Pos Laju apa salahnya. Hehehe
- Boleh pilih cara bayar. Bank in/transfer atau bagi pengguna kad kredit boleh bayar guna paypal. No account akan diberi melalui email once dah confirm order. Tak payah nak tunggu seller pm account no. Lagi mudah dan cepat kan!
- Order di website lebih terjamin. Facebook or email anytime je boleh kena hack. Saya sendiri pernah kena masa guna Facebook as Jaja Online Shoppe tahun 2011. Time tu friendlist dah nak dekat 5000, terpaksa buat fb baru add friend balik. Nak cari balik customer yang dah buat bayaran lagi jenuh.. Hackers ni dapat email, habis fb pun di hack nye. Apa yang diorang dapat dengan hack email dan fb ntah la kan.


Bagi owner website pula, order di website lebih senang nak update status pending, shipped, booked. Tak la tercicir nanti. Boleh tengok sales monthly berapa dan banyak lagi la. So kawan-kawan yang ada bisnes online berdaftar dan memang serious boleh la buat website ni. Untuk dapatkan web developer ni boleh google je dan buatlah pilihan terbaik.



PROMO sikit... Sale berlangsung 28/8 sehingga stock habis..




Till then. Da~~




Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, August 24, 2013

Aidilfitri 2013

Assalamualaikum..


Dah 17 Syawal ni.. Macam mana raya korang? mesti seronok, kan. lagi-lagi yang beraya di kampung sendiri.. tak kira la kampung kat mana, kampung sendiri juga best.. macam kami laki bini la. saya cakap raya kat Melaka lagi best sebab berjalan jumpa saudara, makan ketupat, lemang, rendang dan lain-lain. tapi hubby cakap tak best sebab takde nasi, penat jalan lama-lama. bila balik kelantan, saya cakap raya sana tak best sebab takde makanan tradisi kita, beraya 2,3 rumah je lepas tu duduk rumah.. hubby cakap best makan nasi dagang, satay, tak penat nak berjalan.. ye la sebab kita dah biasa dengan benda tu dari kecil sebab tu kita rasa best walaupun orang luar rasa tak best.. Apa yang penting dapat berkumpul dengan keluarga..


Tahun ni kami beraya di Melaka.. Kali kedua beraya di kampung saya dalam tempoh 6 kali beraya sebagai suami isteri.. So perasaan teruja tu lain macam sikit la. Walaupun selalu berjumpa, tapi berkumpul time raya ni lain! Lagi-lagi tahun ni semua beraya di Melaka. Memang seronok! Tahun ni cucu mak ayah dah 6 orang. 5 lelaki, 1 perempuan.. Hero belaka.. Memang havoc giler dengan jeritan budak-budak ni. Yang anak dara tu tak kalah ok!


Tak tahu nak cerita apa sangat sebab dah lama. Lupa! Pergi beraya tak sakan sangat pun. Pergi rumah nenek/datuk saudara belah mak dan ayah je. Tapi mak ayah kami tak ikut tahun ni. Mereka tunggu di rumah je.. So happening tu kurang sikit la. Nak sembang dengan nenek/datuk saudara tu macam kurang sikit la.. Tak reti. Nasib la tahun ni semua ada beraya di Melaka. Kalau harap saya pergi tanpa abang dan kakak, memang tidak lah! Jom cuci mata dengan gambar yang ada je la..



Tema tahun ni.. Gold kot. tak tahu nak cakap warna apa.. hehe




our BIG family.. semua ada..




hero sulungku Azhad Nayli



hero bongsuku Arsyad Nayli



sisters



hero kecik ummi



3 hero dalam hidupku



hero2 tidur kepenatan.. dalam kereta dah pengsan ni!



hari raya kedua dengan anak adikku.. Izz zafri yg suka posing..



budak handsome baru bangun tidur. monyok je muka



sama comel kan walaupun tak sama rupa. kekekeke perasan!



4 saudara bermacam cara.. sweet je gambar ni



aktiviti di malam hari.. beria azhad.. izz mcm amik gambar sendiri je



izz landing atas perut arsyad yg sedang tidur



confuse agaknya tengok abang ni boleh tidur dalam keadaan bising.. hehehe



abi layan anak-anak dan anak buah main bunga api



seronok dia tengok bunga api



hero ni melecur jari tangan dan kaki gara-gara main bunga api. tapi tak reti serik.. hero sangatkan.



shopping untuk masak lauk raya.. lain beno muka depa ni kan.. tapi perangai sama je.. lasak tak hengat!



tengah tunggu abang masuk toilet..



Tahun ni special sikit sebab selain lauk-lauk raya yang biasa bagi orang selatan (ketupat, lemang, kuah kacang, rendang ect), rumah kami juga sediakan nasi dagang.. Dimasak khas oleh suami terchenta.. hahaha.. sebab tekak dia tak lalu makan ketupat ni.. tak kenyang katanya. yela, selama 30 tahun hidup raya makan nasi dagang, kan. janggal lak rasanya.. tapi i ni raya kat kelantan 3 kali tak makan ketupat, rendang, kuah kacang, relax je. hidup je lagi.. hahaha.. sebab i tak reti nak buat lagipun bukan ada orang makan pun.. 


ok tu je buat masa ni.. serious tak boleh fikir nak mengarang. jeles tengok orang dok hapdet belog.. sehingga ketemu lagi..

Tuesday, August 20, 2013

Beraya di Sungai Canai


Assalamualaikum..


Lama betul tak update blog.. Masih belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIT BATIN..


Ahad lepas (18/8) kami sekeluarga kecuali adik bongsu beraya di Tanjung Malim. Rumah adik ayah. Memang setiap tahun akan pergi beraya di sana. Kitorang adik beradik pun tak kisah beraya ke sana walaupun luar dari Melaka dan Kuala Lumpur. Orang buat baik, dibalas baik la kan. Tapi kalau orang buat taik, sebelah rumah pun tak nak toleh.. Hehehe


Dulu masa kecik-kecik kalau pergi sana mesti mandi sungai. Eh takde la mesti.. Tapi selalunya la.. Bila dah besar ni memang lamaaaaa giler tak mandi. Saya banyak kali juga ajak diorang mandi bila pergi sana tapi tak jadi sebab selalu sampai lewat. Kali ni abang yang ajak dan kami nekad keluar awal supaya sampai sana belum panas lagi.. Awal-awal pun pukul 10 lebih juga baru gerak. Hahaha.. 1115 sampai umah Busu. Minum, makan kuih raya, sembang sikit pukul 12 kitorang gerak ke Sungai Canai.. Mak, ayah, ajim dan izz anak ijai je tinggal..


Tempatnya tak jauh pun tapi sebab lalu jalan kampung, tambahan pula kami lama tak pergi so tak ingat jalan sangat tu yang makan masa sikit nak sampai. Dalam 30 minit kot.. Dah sampai tu cari port baik n terus terjun.. Eh takde la terjun pun sebab tempat ni berbatu..





Azhad memula excited. Orang tengah cari tempat untuk letak barang dia sibuk nak mandi. Bila Pak Long marah terus nak balik. Lepas pujuk baru nak mandi.. Dah kesejukan sibuk ajak balik.. Umpan la makanan.. Nasib la kami bawa bekal.. Pagi tu saya goreng bihun, nuget dan burger. Kak Long pun bawa bekal sikit, nasi goreng dan keropok. Makan sambil main air.. Lepas tu celup burger dalam air dan makan. Apa da Azhad ni.. Huhu


Arsyad lak memang suka sangat mandi.. Kalau kat rumah pun memang suka main air.. Dia paling beria.. Mak ngah yang pegang Arsyad sebab saya layan Azhad. Mak ngah makan, acik ijai pula pegang dia. Siap tepis tangan orang tak bagi pegang, nak jalan sendiri.. Macam dah besar sangat.. Lepas tu siap apungkan diri.. Biasala budak besar tu tak reti takut lagi.



Seronok dapat main air



Adik masih enjoy, abang dah ajak balik


Azhad orang pertama salin baju sebab dia yang sibuk nak balik. Lepas dia, salinkan adik pula walaupun adik belum ada tanda nak naik padahal jari dah kecut seribu.. Lepas tu saya pun salin baju.. Bila kami dah salin baju, yang lain-lain pun mula salin baju juga. Lagipun time tu dah pukul 2 lebih.. Dalam 230 kami gerak turun sampai rumah busu sebelum pukul 3.. Arsyad dan Aisy pengsan dalam kereta lagi.. Penat sungguh main air.. Arsyad dah nak balik baru bangun..



Pengsan kepenatan


Sampai umah Busu makan nasi dulu.. Lapar lagi walaupun dah makan masa mandi.. Tak lama lepas makan nasi, dihidang bubur kacang pulak. Memang terbaik! Hehehe.. Pukul 4 baru kami gerak balik KL.. Kitorang kalau beraya umah Busu memang lama. Kalau tak mandi sungai pun memang duduk situ lama.. Paling sekejap 2 jam kot.. Sempat la abang dan adik-adikku tidur. Lakiku kalau ada pun tidur juga.. Dia pun pelik.. Hahaha. Lakiku pernah beraya sini masa Azhad 1y+ tahun 2011..


Ok la.. Off dulu.. Nanti update pasal raya aritu..

Related Posts with Thumbnails