Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

Robot Kuasai Dunia

Beberapa hari lepas saya layan Azief tengok span kuning berseluar dalam empat segi a.k.a SpongeBob SquarePants.. Episod masa tu kecoh pasal Robot Kuasai Dunia.. seperti biasa, si kuning itu memang kecoh lebih..


spongebob

Ciri-ciri robot yang dinyatakan oleh SpongeBob itu adalah bermata merah, menggunakan battery, tangan bersepit, tak boleh ketawa, tiada perasaan.. errmmm.. apa lagi ye??


Rasa-rasanya dalam banyak-banyak ciri-ciri tu ada tak yang kena dengan korang??


Kalau yang guna bateri dan tangan bersepit tu mungkin la tidak kan. tapi yang lain tu mungkin ada. lagi-lagi tak boleh ketawa dan tiada perasaan. cuba tengok orang-orang besar/atasan. yang diorang tahu, ape yang dorang nak jadi/ada. tak kira la macam mana. tak peduli orang bawahan sakit ke apa. tak boleh nak dibawa bergurau dan berbincang pun.. tapi tak semua macam tu walaupun most of them macam tu..


Tapi kalau ikut dunia kita sekarang ni, maksud robot tu bukan la robot bertangan, berkaki macam Irobot tu.. tapi lebih kepada teknologi yang ada. yang makin pesat berkembang..


irobot

Cuba perhatikan sekeliling kita.. kalau ada yang tak ada handphone memang tak sah. zaman sekarang ni budak darjah 1 pun ada handphone. budak umur 1 tahun pun dah tahu guna handphone.. tekan sana, tekan sini.. main game la.. 'smile, smile' la iaitu amik gambar.. dah tu teknologi makin canggih dengan iPhone la.. ermmm apa lagi ye.. daku bab teknologi ni fail sikit.. nak online dah tak payah cari PC/laptop lagi. guna handphone pun dah boleh.


Sebut pasal PC/laptop, orang dah jarang guna PC. kalau ada pun kat ofis je. itu pun guna desktop flat screen. nak jumpa yang masih guna monitor yang besar gedabak tu bukan main susah lagi.. kalau personal used, orang sekarang lebih gemar guna laptop atau lebih kecil lagi netbook. senang nak angkut kemana-mana.. dengan kemudahan wireless dimana-mana dan kemurahan broadband, lagi suka la orang angkut laptop instead of angkut anak bini atau adik-beradik berjalan.


Dengan keadaan manusia sekarang yang sibuk mengejar kemewahan sampai masa untuk family pun takde. Pagi pergi ofis, balik dah malam. Hujung minggu kalau cuti pun mengadap laptop/pc main facebook la, blogging la.. Kalau gunakan social network tu ke jalan yang betul tak pe juga. ni ada yang guna social network tu untuk cari gaduh, tipu orang dan seangkatan dengannya. Memang tak berbaloi..


Tu belom kira lagi yang asyik mengadap TV.. pagi, petang, siang & malam.. 24/7.. eh macam tak kerja lak.. AF, Jangan Lupa Lirik, Raja Lawak, Sinetron, dll.. spesis ni lagi suka habiskan masa dengan menonton TV/movie dari bergaul sesama rakan dan keluarga..


Kalau anak-anak pula sibuk dengan Play Station yang dah siri bape ntah sekarang ni. zaman adik-adik daku dulu PS2.. sekarang dah PS berapa ye??


Tu baru sikit. Banyak lagi kelekaan kita terhadap benda-benda tak bernyawa tu dan membuktikan betul la kata span kuning tu.. robot dah kuasai dunia kita. makin ramai manusia yang tak berperasaan dan leka dengan robot, macam korang yang hadap laptop/PC sekarang ni la. hehe..


Tak salah nak ikut peredaran zaman. berfacebook, tweet mengtweet. tapi pastikan naluri kemanusian kita masih wujud. jangan sampai robot menguasai diri kita.. Renung-renungkan.. Fikir-fikirkan..

Thursday, May 27, 2010

Mental, Fizikal & Suami

Hi all.. Alhamdulillah.. baby dah berusia 3minggu.. 3minggu juga la saya dah berpantang. tapi takde la pantang sangat. ape yang boleh ikut, saya buat. apa yang macam leceh dan tak selesa saya tak buat.. huhuhu... nanti-nanti la cerita pasal pantang ni. entry kali ni nak cerita pengalaman menyusukan bayi buat pertama kalinya.. :)



breastfeed

Sepatutnya kena susukan baby sebaik dilahirkan walaupun susu takde lagi. time tu kolustrom je baru ada. tapi saya lepas baby lahir masa dalam labour room (time kena jahit dan rest~bg milo, air suam dan roti) saya tido je.. rasa tak larat sangat. kadang2 tengok baby kat sebelah. roti tak berusik, milo dan air suam luak seteguk je.. lepas tolak masuk ward balik~1jam lebih after delivered baru susukan baby.. kekok tu takyah cakap la kan.. 1st time mommy.. malu lagi bila orang lain tengok b***** kita. bukan takat tengok, pegang lagi sebab nak tunjuk cara menyusukan yang betol. tapi malu tu kena tolak tepi la. fikir dia pun ada benda yang sama juga.. huhuhu.. salah seorang dari nurse tu cakap, kalau tak susukan baby dalam tempoh 2jam after deliver baby akan lupa macam mana nak isap..


Hari pertama dan kedua takde masalah sangat. sebab baby tidor je.. kalau bangun pun tak nangis. bukan la tak nangis langsung. cuma takde la nangis dengan teruk. bila nangis, susukan baby.. kalau masih nangis maksudnya ada benda lain yang tak kena.. cek pampers baby lak. kalau 2 benda ni setel biasanya baby akan diam dan tido dengan lena..


Masuk hari ketiga, i mean malam ketiga (Sabtu malam) baby mula meragam.. nangis aje.. dah susukan dan tukar pampers pun masih nangis. last-last mak suruh bagi air suam.. kalau ikutkan saya memang tak nak bagi.. sebab nurse cakap kalau nak fully breastfeed tak perlu air suam. tapi sebab susu memang takde lagi dan baby keep nangis, saya pasrah. hubby pula cakap "esok nak beli susu tepung. stand by. sian baby lapar" arrgghhhhh.... haruslah daku meratap hiba malam tu. niat nak fully bf baby tak dapat sokongan suami.. saat macam tu pada sape harus saya mengadu?? thanks to Yanie & her mom atas nasihat dan sokongan kalian berdua..


Esoknya (Ahad) bangun pagi dengan mata bengkak.. haruslah saya down gila malam tu kan.. mak marah sebab nangis. ye la orang dalam pantang ni kena kawal emosi kalau tak boleh meroyan jadinya. tapi nasib baik lah saya tak terbawak-bawak rasa sedih tu.. sedih dengan hubby.. tapi mula-mula macam tak endahkan baby gak. tapi bila fikir baby bukan tahu ape, dia lapar nangis la.. pastu baru saya peluk baby balik.. huhu.. memang emosi orang dalam pantang ni sensitif..


Mak bidan yang datang urut suruh minum air banyak. kalau ikot pantang mak saya jangan minum air banyak takot luka lambat kering. tapi kalau nak susukan baby haruslah minum air banyak.. so air yang keluar sama dengan air yang masuk.. kalau catu air masuk lama-lama kering la air dalam badan.


Dan alhamdulillah.. susu saya banyak after kejadian tu.. siap awal2 susu ada tu sampai bengkak b*****. tapi nasib baik la tak sampai demam. tapi bengkak susu ni memang sakit.. huhuhu... owh kejadian bengkak ni terjadi sebab jarang susukan baby. sepatutunya 2 jam sekali kena suskan baby. at least!! kalau baby tido kena kejut. tapi tu la kan.. tengok baby tido rasa kesian lak nak kejutkan. tu yang bengkak jadinya.. atas sebab tu juga la susu lambat keluar awal2 tu. jarang susukan baby, so stimulation tu kurang la. nak kejut baby takot nanti bila baby sucks susu takde baby nangis. so baik biar dia tido. tapi tu tanggapan yang salah yang telah saya buat. harap2 next baby benda ni tak akan berulang.


Sekarang ni saya banyak minum air masak, milo, susu anmum dan horlicks je.. lain-lain makanan atau minumam yang boleh tambah pengeluaran susu macam dalam ni saya tak amik lagi. takot benda-benda tu sejuk ke, berangin ke.. nanti kembung perut la baby Azhadku itu..


Bagi siapa-siapa yang memasang hajat nak fully bf ni memang kena kuat semangat la.. sebab?? bila masalah pengeluaran susu dah settle akan timbul masalah lain pula... masalah ni tak la besar mana. tapi kena kuat dari segi mental dan fizikal.


Orang kata baby boy kuat minum. Tak tahu nak setuju ke tak sebab belom ada baby girl so tak boleh nak compare. tapi kadang saya macam setuju je.. sebab Azhad sangat kuat minum. pantang buka mata nak susu. bila dah menyusu tu tak cukup sebelah, nak sebelah lagi.. tell me.. banyak tak banyak dia minum. melainkan kalau dia dah ngantok sangat.. isap 3,4 kali dah tido.. tapi mulut tu macam tak nak lepas je puting.. nak bergayut je.. aduh... masak, masak!!


Pastu lagi satu perangai Azhad ni, (rasanya baby lain pun macam ni kot) bila nak menyusu tu tak reti sabar. mulut tercari-cari, kadang-kadang berdecap-decap. tapi bila kita suakan puting kat mulut dia boleh lak dia kalih tempat lain, tak pun dia masuk mulut sikit pastu kuar balik.. macam orang bergado nak susukan Azhad.. kalau macam tu disiang ari boleh la sabar. tapi bila malam hari, aduhh.. naik fed up juga dibuatnya. macam putus semangat je.. mane taknya, mata tengah ngantuk nak kena tunggu dia isap sampai tido.. tu tak kira lagi dengan sakit puting masa dia isap.. nak nangis rasa, tapi awal-awal je, lama-lama ok. tu kena refer teknik yang betol kat sini.. kalau tak boleh berdarah dibuatnya..


Sekarang ni tak keja boleh la hadap dia je.. nanti kalau ada rezeki bekerja macam mana tu? memang penat la.. dengan pumping session lagi.. so daku memang salute la ibu-ibu bekerja yang mampu fully bf baby mereka. *tabik spring* toing toing toing.. tapi kalau tak kerja, dah tu tak fully bf bukan ke satu kerugian???


Pastu kena tahan mental bila dengar cakap-cakap orang luar ni.. ada taw yang berbunyi "ko yang nak sangat bagi susu badan, bla bla bla" bila cakap sakit kena gigit atau mengeluh baby asik nak menyusu je.. silap-silap ada pula yang cakap "bagi susu badan tapi tak kaya-kaya pun" teetttt...


Bagi susu badan bukan semata-mata nak jimat.. tu bonus pada pengeluar-duit-beli-susu, dapat jimat kat situ. tapi tujuan utama bf ni nak bagi baby yang terbaik, dan ada kelebihan untuk ibu tu sendiri gak.. selanjutnya baca sini.. disamping itu dapat la juga kurangkan beban kalau keluar shopping. tak payah dah bawak susu, botol, air bagai. tapi ni kalau case berani breastfeed openly. kalau malu-malu tu kena la bawak susu perah.. :p


So, apa yang penting? kerjasama persediaan mental dan fizikal.. juga sokongan dari insan terdekat terutama suami.. dan sebagai 1st time mom jangan malu bertanya..


DR Rozmey :: 2 ALAM

One fine day,

hubby: Rasa macam nak tengok je.. Best ke cerita dia sampai target RM12 juta. Dah la pelakon semua tak kenal.

ayang: Dia saja letak target macam tu. So that nanti orang akan tertanya-tanya 'best sangat ke' dan buatkan orang rasa nak tengok. Macam awak la..


Tu antara dialog saya dan suami mengenai filem 2 ALAM, terbitan sulung dR Movie Production.. Sepatutnya ditayangkan pada 8 Mei lepas tapi tunda dan tayang hari ini. So ada siapa-siapa yang tengok ke? Boleh la share serba sedikit pasal movie tu.


2 alam dr rozmey

Actually kitorg laki bini baru kenal dr Rozmey tu. kalau korang ada tengok Raja Lawak 4 minggu ke-3 rasanya, yang JD buat lawak pakai rambut palsu tu, kitorg terpinga-pinga apa pasal semua orang gelak.. SUMPAH kitorg tak taw pun akan kewujudan dr tu.. bila muka beliau keluar tiap-tiap hari kat KOSMO! untuk promosikan 2 ALAM baru la kami tahu.. Padahal beliau ni pemes sebab product pelangsing Jusmate5, ntah ape benda lagi tah. huhuhu


jd raja lawak 4

Tapi apa yang bagus tentang dr ni, walaupun beliau baru 1st time cebur diri dalam dunia perfileman tapi semangat dan keyakinan diri beliau sangat tinggi. Sebab tu la beliau mampu jadi doc. Kalau tak jadi la macam saya.. Tapi tu la orang kita.. Selalu pandang rendah kat orang, tak boleh tengok orang lain lebih dan selalu judge a book by its cover.. Macam mane nak maju?? Huhuhu


Erm.. ada yang bertanya.. nape dalam radio DJ sebut nama beliau D R Rozmey, bukan doktor Rozmey. ada sape-sape boleh jawab??

Wednesday, May 26, 2010

Kesan Bertungku

Dah 20 hari daku melahirkan Azhad.. nak kata 20 hari berpantang tu macam tak berapa nak kena je.. huhuhu.. tapi daku tak bertungku pun sebab tukang urut yg dihired cakap dia lebih suka bertanggas... dalam saat-saat macam ni daku jumpa la 1 artikel ni pasal kesan bertungku.. jom baca..



BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.


Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.


Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.


Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin. Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal.


Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut). Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit. Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula.





credit to
harian metro Tanya Pakar (Dr Adilah Ahmat)

Tuesday, May 25, 2010

Lagi lambat, makin degil.. Betul ke??

YeaY
setelah 19 hari akhirnya tali pusat Azhad putus jua
lama kan!
huhuhu


ramai orang kaitkan tempoh tali pusat cabut ni dengan kedegilan
lagi lambat tali pusat cabut, makin degil la seseorang itu..


boleh pakai ke?
mungkin kebetulan je kot


harap-harap Azhad kami tak degil
kata abi Azhad "baby penyayang sebab sayang nak pisah dengan tali pusat"
kata ummi Azhad "penyayang biar bertempat. kalau penyayang sangat bahaya"
huhuhu..



so what say u??

Sunday, May 23, 2010

Masing-masing Sendiri

Alhamdulillah
mr hubby dah selamat sampai di KK
akhirnya kami dipisahkan lagi oleh Laut China Selatan
setelah 23 hari saya dan hubby bersama
tapi abi dan baby dapat bersama 17 hari je


Nak buat macam mane..
tuntutan kerja
InsyaAllah June nanti mr hubby balik KL
ada kursus di MINDEF
harap2 tak cancel la..


Malam ni merupakan malam pertama
baby dan ummi tidor tanpa abi disisi..


Ehh...
ape pulak!!


Kat HUKM hari tu kan kitorg dah tidor sendiri!!


Errmmmm...
abi dah mula merindui baby tu..
ummi pun dah rindu abi
takde sape nak tolong pujuk baby malam2 lagi


Harap2 baby tak banyak ragam
sian kat ummi kena jaga baby sorg2
huhuhu~~~


Wednesday, May 19, 2010

Dosa Dengan Facebook

Salam..

Bercakap pasal dosa ni, daku pun bukan la arif sangat.. Tapi artikel ni daku baca somewhere dan rasa berbaloi-baloi kalau dishare bersama rakan-rakan. Semoga kita sama-sama amik iktibar dari ape yang dibincangkan..


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-



1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.


Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.



2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.


Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran


Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.


Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.


Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.


Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.


Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.



KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


so macam mane kawan-kawan? setuju tak?? ada yang tak setuju ke.. jangan malu-malu share pandangan anda..


Friday, May 14, 2010

Crochet Baby Set

YeaY
Semalam dapat parcel dari Rahafza @ Angah
Crochet baby set yang ditempah telah pun siap


Taraaaa....


crochet baby set


Cantikkan..
combination of green and purple
Suka sangat
Tapi agak besar la
Tak kisah pun sebab baby boleh pakai lama sikit
Ingat nanti nak tempah sweater pula
Tapi Angah macam bz nak viva je
Tengok la macam mane


Siapa-siapa yang nak tempah boleh tengok FB Angah
Actually Angah ni rakan sekolah mr hubby kat MRSM Kopu dulu..


Tunggu tika dan saat yang sesuai untuk pakaikan kat Azhad
ooo ye.. rama-rama tu nampaknya kena buang
tak sesuai...
huhuhuhu~~

Hari ni HARI GURU ke???

Siaran TV hari ini banyak tayang drama bertemakan Hari Guru
Membuatkan kami tertanya-tanya
Hari ni Hari Guru ke???
Hari Guru 14 Mei ke 16 Mei???


Aduhh...
Ini la akibatnya apabila sekolah telah lama ditinggalkan
Almost 10 tahun kami meninggalkan zaman persekolahan


Ape-ape pun
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru
Tak lupa kepada semua tenaga pengajar di IPT ~takde hari pensyarah kan???
Hargai la jasa dan ilmu yang guru kita turunkan


Tak ingat Hari Guru tak bermakna tak menghargai jasa guru.. huhu


~kami dalam entry kali ini adalah saya dan suami


curi info pasal Hari Guru kat SINI

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Tema Hari Guru 2010 adalah:



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Thursday, May 13, 2010

6 Mei 2010 @ HUKM

Hari ini (khamis), masa ini (10.17pm), pada minggu yang lepas maka lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.22kg, panjang 50cm di HUKM, Cheras.


Kelahiran bayi yang comel ni memang dinanti-nanti oleh abi dan ummi beliau setelah puas menunggu dari 1 Mei; due yang diberi oleh klinik di KK membawa kepada 4 Mei; due yang diberi oleh klinik di KL dan akhirnya penantian kami berakhir.


Nak story sikit perjalanan sepanjang proses kelahiran our little precious.


Pagi tu daku terjaga Subuh awal sikit, dalam pukul 6.20am. Set alarm 6.30am.. Sejak due dan overdue memang tidor tak pernah lena. asik terjaga je. Risau sepanjang masa. Tapi pagi tu masa terjaga tu perut rasa sakit memulas. Tapi tiada bahan toksid yang dibuang pun. So after wudu' before solat daku cakap kat mak "perut sakit rasa memulas je". mak balas, "ada darah tak. kena hati-hati. dah tanda tu.." something like that la.. tapi memang tak bleeding la.. so daku solat seperti biasa..


Pas solat, dalam pukul 7am daku dan husband breakfast nasi goreng air tangan mak. masa tu sakit kejap ada kejap takde dan tak la sakit sangat. Lepas makan dalam pukul 7.30am kitorg masuk bilik balik. Sembang-sembang. Tiba-tiba...


Daku rasa ada air mengalir kat bawah tu.. Tengok-tengok seluar basah. Terus keluar tunjuk kat mak dan mak kata air dah pecah. Perasaan masa ni?? Ermm.. YEAY!!! Baby nak keluar. Tapi takot juga sebenarnya.


Pastu terus kitorg (hubby, emak, ayah & azief) siap-siap ke HUKM.. masa tengah mandi tu boleh pula azief cakap "baby dah siap".. ceh.. macam tahu je dia..


Kitorang sampai HUKM almost pukul 9am sebab jalan jem.. almaklum la time orang pergi keja..


Tunggu punya tunggu, dalam pukul 9.30am lebih baru masuk ward. Masa check up before masuk ward bukaan baru 1.5cm.. Doc akan cek balik every 4 hours.. Sepanjang dalam ward tu hubby je yang setia menemani sebab tak boleh masuk ramai-ramai. Lepas tu, kekerapan sakit (contraction) makin kerap.. rasanya macam 2,3 minit sekali. Biasakan 5 minit sekali.. wahh.. baby memang tak sabar..


Pukul 1 lebih Doc datang and check lagi bawah tu.. Guess what?? After 4 jam baru 2cm buka.. ada nurse tu suruh jalan-jalan biar cepat buka. owh.. tengah-tengah sakit tu nak suruh jalan lagi.. Abang & isteri ada datang jenguk bawak air zam-zam & kurma, tapi daku buat layan tak layan je sebab tengah sibuk layan sakit..


Next cek pukul 5 lebih. masa ni dah buka 4.5cm.. pastu terus nurse kat situ tolak gi labour room.. masa kat dalam labour room, hanya husband je boleh masuk. mak dan ayah tunggu kat luar. masa tu azief telah dihantar pulang. Kat dalam labour room tu boleh dengar macam-macam bunyi dari bilik-bilik lain. Time tu tak fikir takut ke ngeri ke sebab rasa sakit dah mengatasi segalanya. Dan dalam labour room tu juga la nak jerit puas-puas pun sebab masa kat ward tak boleh sebab ada baby.. Ward tu campur yang belom dan sudah melahirkan.


Perghh... contraction tu maha hebat sakit dia. nurse cakap jangan teran lagi. tapi daku tak boleh tahan, bila datang contraction tu teran je. pastu baru lega. nurse bekalkan gas untuk tahan sakit tapi rasa macam tak effect ape pun... ye.. daku tak amik epidural taw...


Dalam pukul 8 lebih cek lagi.. masa ni baru buka 8cm.. another 2cm.. cepat la buka abis.. dah tak tahan tanggung sakit. hubby boleh lak cakap tunggu sampai pukul 12am baru bersalin. dia nak tarikh 7hb.. daku jeling je la time tu. tak taw orang tengah sakit dia suka suki je cakap macam tu.


Tepat jam 10mlm ~daku taw sebab sempat tengok jam atas kepala lepas hampir sehari menjerit nurse masuk dan suruh teran.. dia suruh teran macam nak berak je. daku dah habis daya teran tapi tak keluar juga. setelah cubaan yang entah keberapa kali baru keluar sikit. hold kejap sebab nafas habis dan tekak penuh angin.. utk pengetahuan sepanjang kat ward aritu daku tak makan ape pun. makan pisang 2,3 kunyah sakit datang melanda.. just minum air je.. lepas amik nafas balik, teran dan akhirnya tepat 10.17pm lahirla bayi lelaki kami.. ~ada gak angka 7 tu... Alhamdulillah.. kami dibenarkan keluar hospital keesokan harinya..


Azhad 12 jam selepas dilahirkan. muka sembab lagi..


beberapa perkara yang daku alami ketika proses kelahiran ni
-dalam sela masa contraction tu ada juga la terlelap sebab tahan sakit
-dalam masa relax tu boleh pula daku teringat blog dan fb.. sengal kan??
-dalam masa contraction tu daku rasa macam tak nak beranak lagi
-dalam labour room daku asik ingat nama Azhad je.. kami memang belom decide nama baby lagi time ni..


sehari selepas kelahiran hubby ada berkata, "ni 1st dan akhir B masuk". "kenapa? tak adil la bagi adik-adik nanti" hubby jawab, "tido termimpi-mimpi. makan pun terbayang-bayang" huhuhu... pastu hubby mengadu sakit pinggang sebab dia tolong support bahu daku, dan dia pun meneran gak.. ~dia yang kata... hehehe


Alhamdulillah.. hajat kami nak anak sulong lelaki dimakbulkan Allah.. semoga Azhad jadi insan seperti namanya, jadi anak yang soleh dan dapat membimbing adik-adik kejalan yang diredhai Allah.. ~baby baru berapa hari dah cakap pasal adik.. huhuhu


Syukur juga sebab hajat daku nak bersalin normal dimakbulkan Allah...


Tuesday, May 11, 2010

MANMY~Permata Hati Kami

Alhamdulillah
Permata hati ummi dan abi dah selamat didaftarkan pagi tadi
Dengan ini confirm la nama baby

Muhammad Azhad Nayli B. Mohd Yusairi


presenting..



baby boy

kisah disebalik nama nih..
actually kitorg dah ada 3 nama untuk anak lelaki
nak initial A sbb huruf lain mcm lmbat sangat dalam ape2 urusan nanti~since ada Muhammad kat depan
tp my 1st choice adalah Azhad~dari awal pregnant dah berkenan nama ni
hubby pula nak tengok rupa baby dulu~beliau mula2 tak setuju nama ni. dah ujung2 pregy baru beliau setuju utk masuk dalam list..
tapi masa tengah sakit nak bersalin tu kepala otak saya dok teringat Azhad je
jadinya bila dah kuar baby saya btaw hubby
dan beliau pun setuju la nak letak Azhad


maksud nama
Muhammad - Yang Terpuji
Azhad - Yang Zuhud
Nayli - Pencapaianku



ps:baby byk ikut rupa abi ke ummi??


Sunday, May 9, 2010

Berakhirnya Penantian

Lama daku berdiam diri
Ada yang tercari-cari kah??
Mesti ada yang tertanya-tanya
Mane ejau@liza ni? Dah selamat bersalin ke?


WAAHHHH..
Perasan tak ingat!!!




baby boy
the pic tells everything



Ada yang tak paham ke??
ermm.. HARU!!!



ok2.. let me tell everyone


Dengan rasa syukur kehadrat Ilahi
Penantian kami sudah berakhir
Saya telah selamat melahirkan baby BOY
seberat 3.22kg
sepanjang 50cm ~tinggi baby la tu
secomel ABI & UMMI
pada
060510; 2217 @HUKM



cerita pasal detik2 kelahiran di entry akan datang
tungguuu....


Tuesday, May 4, 2010

Baby ooo Baby

Hi there...
just a short update..


i am still hold a tittle of 'mom-to-be'
baby seems not ready to pop out


EDD dari Klinik KK adalah pada 1st May
dan Pantai Dalam (PD) beritahu 4th May as my EDD
so nak ikut yang mane ye??


masa gi HUKM aritu Doc kira guna EDD yang PD bagi
so selepas 9 hari dari 4hb baru pergi hospital kalau saya tak bersalin juga
untuk induce or ape yang patut


please guys wish for us
semoga Allah permudahkan dan percepatkan kelahiran ini
mommy, daddy and the whole family and friends tak sabar nak tengok baby


Saturday, May 1, 2010

1st May 2010

Eh.. dah 1st May la.. tapi baby tak nak pop out lagi.. tanda-tanda pun macam takde.. harap-harap sempat la kalau nak keluar ari ni.. tp kalau overdue pun tak nak la lama sangat. takut kena induce.. sakiittttt... kan??


Hari ni juga merupakan hari besar bagi beberapa orang kawan dan saudara saya...


Wedding Zira, a friend from FKM, UTM.. kenduri umah beliau ari ni kat Manjung. sori for not attending darling..


Koyen's wedding, also a friend from FKM, UTM.. coursemate lagi tu.. ari ni majlis umah bini dia. esok baru umah Koyen.. both kat Kluang... congratz to u.. hadiah nanti daku pos ye...


Also my cousin, adik saudara, Ain baya Ijai. tahun ni 25 tahun so cun la tu kawin umur macam tu kan.. wedding kat Palong negori.. my siblings semua pergi.. mak dgn ayah je tak pergi takot kalau daku nak terberanak pula... again. sori for not attending and drag mom n dad..


Owh ya.. hubby balik KL ari ni.. walaupun belum ada rasa nak bersalin lagi, tapi kitorang rasa macam dalam sehari dua ni.. harap tak la overdue lama sangat nanti buat rugi cuti hubby je.. huhu


Bila confirm hubby nak balik, daku pun apa lagi. simpan sikit kek yang daku buat aritu nak bagi hubby rasa.. nak taw ape komen beliau??

"Manis.."

eh tu pun ada yang cakap tak cukup manis taw.. hehe


Ermm... rasa macam nak ajak hubby keluar gi jalan2 je ni..huhu


Selamat Hari Pekerja kepada yang bekerja..


Related Posts with Thumbnails