Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 9, 2011

9 Bulan: Macam-macam Azhad

Assalamualaikum..


ini merupakan entry pertama di Kuala Lumpur selepas pindah ke KL ni.. huhu... maksudnya sekarang saya dah ada di KL la... Last week 1 Feb dah terbang dari KK ke KL.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Azhad as usual, sangat OK!!


tersenyum simpul :)




Oh.. hari ni Azhad dah 9 bulan 3 hari. nak coret sikit pasal sepanjang 9 bulan ni.. macam-macam Azhad.. lepas satu, satu.. risau, sedih, semua ada..


Dimulakan dengan kisah demamnya.. rupanya demam nak tumbuh gigi.. lepas tu naik lak campak.. Alhamdulillah Azhad tak banyak ragam.. walaupun ada meragam tapi masih boleh handle, walaupun kadang-kadang betul-betul menguji kesabaran. betul orang kata, kalau nak tengok sikap sebenar seseorang, tengok bila dia handle baby.. haha.. sangat nampak true colours I.. :p


Lepas tu Azhad beberapa kali jatuh katil.. Alhamdulillah dalam 48 jam pantau, takde komplikasi apa-apa.. tapi risau gak sebab gap jatuh tak lama. selang 2-3 hari gitu..


Yang paling mencabar, bila tangan kanan Azhad terkehel.. serious! sedih sebab dia nangis gila-gila... jerit-jerit.. kesian sangat tengok.. Alhamdulillah lepas urut tangan Azhad semakin ok dan boleh main seperti biasa..


Last week, malam kitorg sampai KL tu terus balik kampung hubby.. gara-gara rindu cucu, tok abah Azhad sanggup drive dari Tumpat ke KL untuk ambil kitorg. almaklumla.. tengah cuti CNY confirm la takde tiket bus, train.. flight ada tapi mahal! Tapi dia bawa member untuk gilir-gilir drive. so tak penat sangat la.. kat Kelantan, diorang buat kenduri aqiqah Azhad on Thursday. Alhamdulillah.. Azhad ok.. nak je dengan orang.. walaupun selalu berkepit dengan ummi dan abi je.. so selamat la dari kena kutuk or sindir.. huhuhu


balik ke KL dihantar.. dah pandai amik, pandai la hantar, kan.. huhu... perjalanan dari 1030am Sabtu. pukul 11pm lebih baru masuk KL.. pukul 12am lebih baru sampai rumah. jalan jammed. nasib balik Sabtu, Ahad lagi super duper JAMMED!



*sekadar gambarh hiasan* b4 terbang ke KL



Sampai rumah mak, before tidur Azhad main-main lagi.. tiba-tiba dia menjerit kuat.. abi dia angkat je jerit.. ingatkan apasal. rupa-rupanya tangan kiri azhad pula terkehel.. ADUYAI!! Azhad ooo Azhad... dia meniarap, bila nak balikkan badan semula dia tinggal tangan, tu yang terlipat tangan.. masa tu almost 2am.. esok paginya dalam pukul 930am terus kitorg bawa gi jumpa bidan yang membidankan saya.. sekali tolak je, terus baik.. tapi masa dia buat tu memang ganas la. tak peduli Azhad nangis ke jerit ke. kalau kat KK tu bidan tu takut-takut je..


Last but not least.. hadiah sempena birthday azhad yang ke 9 bulan.. Azhad kena cirit birit.. ADUYAAIIII.... ni dah masuk 4 hari. dari Ahad hari tu. sebab musabab tak la diketahui. nak kata saya makan bukan-bukan, tak juga, cuma yang ingat masa berhenti di Gua Musang saya ada makan mee goreng. mungkin cara masak tak betul ke.. lepas tu masa dalam kereta on the way, tok ma azhad ada suap kacang.. ermmm.. orang kata dua benda ni angin. tapi kalau mee tu, before ni selalu je saya makan mee, Alhamdulillah takde apa pun.. tapi mak saya cakap kalau makan, 24 jam je dah abis buang. ni dah masuk hari ke-4. bontot bonet Azhad pun dah merah.. bila cuci je nangis.. tangan sampai gigil-gigil tahan sakit.. sian sangat..

nak kata kuman, azhad memang tak reti masuk barang dalam mulut.. errmmmm.. takkan sebab saya makan sambal a.k.a cili kering kat rumah mak ni. sebab kalau kat KK saya guna cili boh ready made je.. nampak gayanya kena puasa sambal dulu la. tengok macam mana, ada kurang ke tak.. tak bestnya makan takde sambal.. huhuhu.. minta-minta azhad ok.. takut gak dehydrate tak pasal-pasal masuk ward nanti..



*lagi gambar hiasan* kat KLIA tunggu achik amik



dalam tak best tu, ada gak yang best bulan ni.. pertama, azhad tumbuh gigi bawah sebatang.. lepas tu dah pandai sebut mamama, bababa, dadada.. sekarang dapat perkataan baru yayayaya.. hehe.. masa kat kelantan perasan gigi atas tumbuh lagi sebatang menjadikan total gigi baru tumbuh 2 batang.. suka! azhad gak suka menyanyi. pantang dengar lagu or iklan kat tv, terus pandang. tapi ni dah lama.. start perasan masa mula bagi makan. sibuk nak makan, sibuk la tengok shahir af nyanyi. nasib baik la shahir tu handsome dan suar sedap.. kekekeke... dalam bilik air kalau nak mandi pun nyanyi.. ni mesti sebab ummi selalu nyanyikan time mandi lagu "sabun di bilik mandi.sabuunn" hehehe


azhad dah pandai duduk. tapi bukan duduk sendiri. kena dudukkan lah. dia dah boleh stay, tak jatuh. tapi masih letak bantal belakang dia, takut terjatuh gak.. kalau nak jatuh azhad pandai tahan guna tangan. dah boleh meniarap dari duduk.. songsang la pulak. biasa budak meniarap, merangkak baru duduk.. huhu... azhad juga suka main tali, wayar, reben, kertas, plastik.. kalau bagi mainan dia, dia tak berapa nak main.. ermm.. nk jadi engineer juga ke? abi azhad cakap tak payah la sebab pening kepala. tapi apa-apa keje pun pening kepala gak kan.. huhuhu


ps: seperti biasa, entry gila panjang apabila lama tak update... kekekeke...


2 comments:

Ira said...

kejap je azhad da besar. 3 bln lg azhad setahun. rasa cam baru je g tgk azhad kat umah. masa tu azhad asik tido je. muka kecik je. hehe.. skg ni da besar ek. ummi dia pun cam susah je nk dukung. dlu sblh tgn je ko pegang dia liza. hehe.. cpt betul masa berlalu.

tp dr dlu sampai skg ni.. azhad, mana rambut u?? hehe..

liza said...

tau takpe. dulu boleh je angkat sebelah tangan. sekarang ni dua belah tangan pun tak larat.. hehe...

tu la.. lambat rambut tumbuh. orang sibuk suruh letak tonik tapi malas. nak biar secara semulajadi.. hehehe

Related Posts with Thumbnails