Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 18, 2014

Azhad Nayli Is $, eh 4!

Assalamualaikum..


6 Mei 2014 genaplah usia Muhammad Azhad Nayli B Mohd Yusairi yg ke 4 tahun. Syukur alhamdulillah dipanjangkan usianya, diberi kesihatan yg baik.. Semoga Azhad Nayli akan membesar menjadi insan berguna kepada agama, dipanjangkan usia yg barakah.





4 tahun... Macam-macam dia dah pandai, walaupun anak orang lain ketika usia macam ni mungkin dah lebih advance.. Tapi kami tak nak push sangat. Biar dia membesar ikut flow yang sepatutnya, naturally..


Bab diaper-free di malam hari, finally saya surrender.. Selepas sebulan lebih. Bila en suami balik, dia kesian tengok anak nangis-nangsi tengah malam bila kejutkan utk kencing. Bila cerita dekat mak, mak cakap biarlah pakai diapers dulu.. These are the reasons. No moral support. Tambah lagi Azhad bila setiap kali kejut untuk kencing akan nangis, bikin mak HOT temper di tengah malam. Dari ko tak naik angin, jadi berangin je. Kalau bab basuh mattress waterproof protector, kain batik, cadar etc apa adahal.. So, pakaikan je diaper bila dia tidur, tak kira siang atau malam.


Anakku ni dah besar.. Dulu minat Barney, lepas tu Upin Ipin, Thomas.. Dan sekarang kegemarannya adalah Ultraman.. Normal budak umur 4tahun minat Ultraman ni walaupun ganas. Kalau tak dapat Ultraman, Power Rangers atau Ryukendo pun boleh. Asalkan yg lawan-lawan dan bukan kartun.. Ok.. tak macam budak lain suka tengok kartun.. 617 kami hanya akan buka bila dah takde cerita dekat channel lain tapi ada Ryukendo.. Tapi bila dah pandai layan 611 ni dia dah kenal Hagemaru, Maruko, Strawberi & Karipap, Elly & Epit..


Antara koleksi Ultraman Azhad..


Baju Ultraman pertama dia.. Pandai request nak baju Ultraman.. Nasib jumpa..


Lagi baju ultraman.. Anak minta 1 je.. Bapak selagi jumpa, dibelikannya..


Kesian anak2ku birthday semua takde buat birthday party bagai. Selalunya pergi makan2 je. Tapi tahun ni tak pun. Mak belikan mini kek fevret Azhad je.. Order hari birthday dia, tapi akak yg biasa tu tak dapat hantar, keesokan harinya baru dia hantar. Pastu ingatkan bapak balik nak bawa kami pergi makan2, tapi dia diam je.. Sibuk siapkan rumah dekat BS tu, so mak diamkan je la.. Insyaa Allah nanti akan buat birthday party juga tapi tunggu umur yg dia boleh ingat, sbb mcm skrg ni 4 tahun dia ingt ke? Mcm membazir je, anak tak tau apa2 mak yg beria.. Tapi apa2 pun ikut pendapat dan pendapatan masing2 la kan..


Ermm.. apa lagi eh.. Tu je kot dulu buat masa ni.. Apa2 pun.. Syukur Alhamdulillah dia menunjukkan perkembangan yg banyak dan sentiasa sihat..

Sunday, May 4, 2014

Sedikit Info Untuk Yang Baru Mula Nak Berniaga

Assalamualaikum..





Ramai orang kita bila ajak berbisnes bagi alasan TAK PANDAI, MALU, TAK ADA MODAL, TAK ADA MASA dll..


Meh nak share pengalaman peribadi saya..


1. TAK PANDAI bisnes..
Ada ke orang yg lahir terus pandai dalam sesuatu benda? Semuanya kena belajar kan. Budak nak menyusu pun kena belajar cara menyusu yg betul.. Kalau tak, menangis kelaparan la.. Sama juga la dalam hal bisnes ni... Saya langsung takde basic bis. Belajar dekat u dulu course engineering lagi.. Memang sangat jauh menyimpang kan. So bila tak pandai ni kena BELAJAR la.. Belajar banyak caranya.. Antaranya BERTANYA dgn yg lebih berpengalaman.. Jgn malu bertanya. Malu bertanya sesat jalan.. Kemudian rajin2 buat RESEARCH/STUDY.. Nak meniaga kena ada ILMU dari segi marketing, product. So do u homework, dari bermain game dkt fb tu kan.. Belajar dari PENGALAMAN. Kalau jual sekali takde orang beli, jangan putus asa. Teruskan sehingga dapat customer. Dah dapat customer pertama tu nanti baru la tahu macam mana perasaannya, dan terus bersemangat lepas tu.. Lebih2 lagi bila dapat feedback positif dari customer.. Waahh.. Baru terasa bestnya bisnes.. Dapat gembirakan orang lain juga..


2. MALU..
MALU adalah PENGHALANG utk berjaya. Eh.. siapa kalau kenal saya zaman belajar (sek-uni) memang tahu la saya ni mmg pemalu. Serious! Tapi dalam dunia maya ni, buat apa nak malu. Kita type je apa yg kita nak sampaikan. Orang bukan nampak pun.. Buang rasa malu tu. Tapi kalau orang panggil utk presentation skrg ni confirm saya malu.. Hehe.. Tapi mcm yg sy beritahu, kalau bis online ni sepatutnya takde alasan malu lagi. Melainkan kalau bis offline. Tapi bis offline pun bukan susah sgt. Sembang2 je dgn opismate pasal product kita. Yg penting ada ILMU utk share dgn mereka. Beli atau tak belakang kira. Kalau tak beli jangan frust pula. Cuba lagi.. Kena improve dari pengalaman di reject sebelum ni..


3. TAK ADA MODAL..
Saya juga bermula dgn 0 modal. Saya hanya amik upah menjual barang orang (dropship). Zaman 2010 tu komisyen rendah.. RM2-RM8 je.. Tapi zaman sekarang banyak sangat barang best, komisyen boleh dapat RM50/barang.. Kena pandai cari.. Dari komisyen tu la saya kumpul dijadikan modal utk amik stock sendiri utk untung yg lebih lagi. Dari jadi agent dropship ni la kita boleh belajar cara bisnes, komunikasi dengan pelanggan dan supplier, kenal marketing barang apa yg senang dijual dll..


4. TAK ADA MASA..
Masa saya jadi agent dropship tu, seller saya ni bekerja. Tapi memang sangat RAJIN la. Even time dia bekerja, kalau saya tanya pasal stock dia masih boleh jawab. Kalau dia lupa, balik cepat2 dia confirmkan. Weekend dia amik stock. Malam buka booth di Giant kalau tak silap. TIME MANAGEMENT tu kena pandai. Saya pasti memang ramai yg bekerja masih buat side income melalui online bis ni.. Rasanya lagi senang sebab boleh buat secara online dan offline dgn officemate.. Kalau yg bekerja sy faham mmg agak suntuk masa sbb balik nak layan anak dan suami. Tapi fb page skrg boleh schedule post, kerja pun masih boleh sharing product kita. Rata2 guna handpone canggih, nak online di mana2 pun boleh. Tengah lunch pun boleh sharing product di fb.. Bagi surirumah, sepatutnya takde alasan tak ada masa.. Daripada masa digunakan main game dekat fb, apakata gunakan masa tu utk cari side income. Tak kisah la kalau suami kita boleh bagi beribu ringgit walaupun kita tak kerja. Tapi bila ada duit hasil penat lelah sendiri ni, lebih bermakna..


Untuk berjaya kena RAJIN. Bukan senang nak senang.. Kalau banyak sangat alasan memang tak akan ke mana.. Dengan bisnes, masa kita flexible. Masa dgn anak2 lebih banyak. Tak perlu risau anak dibawah jagaan orang lain. Sakit demam depan mata kita. Masak walau tak sedap pun, tetap air tangan ibu yg masuk dalam perut anak2..

Semoga sharing ni bermanfaat buat ibu2 yg berniat nak berniaga terutama surirumah yg nak tolong suami.. Jika ada terkurang harap boleh tambah.. Kalau ada tersilap mohon dimaafkan..




Wednesday, April 16, 2014

Qaseh Gold : Berita Baik..

Assalamualaikum..


Good news utk bulan ini..





Alhamdulillah.. Dapat la 1 tiket free worth RM120 ke dinner utk meraikan Usahawan Qaseh Gold.





Usaha tangga kejayaan.. Dalam 3 bulan je, kalau masuk awal sikit kemungkinan besar boleh ikut pergi Beijing Hong Kong Disneyland for FREE.. Tetiba pihak pengurusan tukar destinasi ko!




Promo stokis bulan April ni, siapa achieve target yg dia bagi dapat 1 tiket free ke dinner tu.. Dan so far saya dah capai target tu, insyaa Allah akan dapat lagi 1 tiket free ke dinner tu.. Rasa best je kan. Boleh pergi dgn husband yg banyak menyokong walau dari jauh ~Lumut, Sabah, Langkawi..


Tapi sayaannnggg~~~


Tarikh dinner tu berkemungkinan en suami berada di Sabah... Kecewa jugak la.. Kalau boleh memang nak pergi sebab ni sebagai reward atas usaha selama ni, dan ni je la peluang utk berdinner bagai. Ye la, orang tak kerja. Kalau kerja selalu ada Family Day la, Annual Dinner la, itu la, ini la.. Kan....


Tapi insyaa Allah.. akan berusaha juga utk pergi.. Mak, ayah, abang, kakak, adik ada kan.. Akan difikirkan caranya kemudian..


Selain dari tu, bulan ke 3 berbisnes Qaseh Gold ni saya dapat 3 orang RANIA (rakan niaga/pengedar) dah.. Syukur Alhamdulillah.. Dua darinya memang kawan, diorng try makan QG dan berpuas hati terus minat jadi dealer. Sebab diorang pun mmg bisnes minded. Dah ada platform bisnes online. Lagi sorang kawan dari UNC. Tak kenal pun. Tapi beliau pun dah amalkan makan QG ni, bila puas hati terus jadi dealer. Alhamdulillah.. Semoga kami dibawah rangkaian SSN terus sukses..


Tetiba je cerita pasal Qaseh Gold kan. Insyaa Allah ada masa cerita details pasal productnya.. Tapi kalau nak cepat boleh wassap 0133811136 atau pergi je page Ummi Nayli Collections (FanPage)


Sihat itu jihad!!!

Monday, March 17, 2014

Potty Training Azhad Yang Belum Sempurna

Assalamualaikum


Azhad dah 3 tahun 10 bulan 6 March lepas tapi masih belum diapers-free sepenuhnya lagi. Start potty train dari Jun 2013, masa tu umurnya 3 tahun 1 bulan, almost 9 bulan tapi masih belum 100% berjaya lagi. Lama giler kan. Actually masih belum diapers-free masa tidur dan berjalan je.. Tidur siang dan malam memang akan pakaikan diaper sbb takut terkucil.





Tapi start Khamis 6 March tu saya dah ajar Azhad tidur tanpa diaper. Siap set alarm lagi untuk bangun kejutkan Azhad ke toilet. Hari pertama tu fail sbb saya kunci jam pukul 215am, bangun2 dah basah. Padahal dia tidur lewat juga dalam pukul 12am dan dah ke toilet sebelum tidur.


Lesson learned. Lepas tu sebelum pukul 2am kena bangun ajak dia pergi toilet. Lagi sekali lepas solat subuh dalam pukul 630am macam tu. Pukul 9am dia bangun tengok tv tak pergi toilet sampai la waktu mandi dalam pukul 1030-11am, tengok keadaan mak dia. Kalau bz lambat sikit la dia mandi.. Huhu..


Dalam tempoh seminggu lebih ni ada 2-3 kali dia terkucil sebab maknya tak sedar alarm berbunyi. Tapi Azhad masih boleh tidur macam takde apa-apa yang berlaku. At least kalau dia terjaga sebab basah mungkin dia boleh set otak lepas ni kena bangun bila rasa nak kencing atau seluar akan basah! Tapi dia selamba je tidur. Sebelum tidur dah pesan banyak kali dan dah ke toilet. Kalau malam tu dia susah nak lelap, 2-3 kali masuk toilet kencing. Tapi dia malam-malam memang kuat minum air. Memang kena stand by botol air dekat tempat tidur. Tu yang kencing banyak.


Selain tu, kalau keluar berjalan pun saya akan pakaikan dia diaper. Tapi tengok tempat dituju dan tempoh. Kalau pergi shopping groceries saya dan anak2 je memang akan pakaikan diaper sbb susah sikit tengah shopping tetiba nak kencing kena tolak trolley ke toilet, lepas tu nak bawa masuk adik juga dalam toilet. So lebih selamat pakaikan dia diaper. Tapi kalau abi dia ada tak pakai la sbb sorg boleh bawa Azhad, sorg boleh jaga adik. Kalau balik kampung pun pakaikan diapers sbb dia confirm akan tidur takut terkucil atas seat kereta, naya je. Mmg pernah terjadi pun. Dah park kereta tinggal angkat barang je, dia cakap nak kencing terus basah. Time tu masih diawal training. Masih belum boleh tahan lagi..


Walaupun ada orang cakap Azhad lambat diaper-free tapi pada saya kira ok juga la dengan keadaan dia yang pelat. Masa mula train dia memang pekat pelatnya. Susah nak faham tapi Alhamdulillah berjaya juga walaupun tak sepenuhnya.. Apa-apa pun mula dari makpaknya la. Kalau cepat mula, cepat la nampak hasilnya.


Ni pun tergerak nak ajar dia tak pakai diaper malam sebab dah tergerak hati nak potty train adik lak. Tunggu stock Toilet chair sampai minggu ni sebab nanti montot kecik tu masuk dalam toilet bowl lak. Malas nak beli alas biasa sebab nanti nak kena dukung dia letak atas tu. Kalau toilet chair tu pandai la dia naik sendiri. Sebelum ni dah ada masa train abang dulu, tapi dah patah dikerjakan adik masa diorang mandi..





Ok la. Sebelum tutup, ada tips utk anak tak kencing malam selain kena bangun 2x setiap malam? Nasib baik lah mak kerja sendiri. Kalau tak, mau tersengguk dkt tempat kerja. Nak kejutkan Azhad pukul 2am dan 6am pun seksa juga. Kalau ada tips boleh share..


Sehingga ketemu lagi..

Saturday, March 15, 2014

Doa Untuk MH370

Ya Allah!

Pejam celik, pejam celik. Genap 1minggu kehilangan MH370!

Deep inside my heart, I know they all are safe!

Semoga Allah swt permudahkan urusan pencarian MH370!

Sepatutnya en suami dah balik KL weekend ni. Tapi kapalnya kena join misi SAR di Selat Melaka.
Pusing sampai Sumetara, Langkawi tapi tak jumpa apa-apa..



Takde nama kapal en suami dlm ni sbb ni yg SAR di LCS


Semoga yang mencari dan dicari sentiasa di bawah rahmatNya.



YA ALLAh. KAU BERILAH PETUNJUKMU. 
KAU PERMUDAHKANLAH USAHA PENCARIAN MH370.



Jangan pernah berhenti berdoa!




Friday, February 7, 2014

2 Bulan Punya Cerita

Assalamualaikum..


Wah! wah! wah!



Bersawang habis rumah ni. Dah 2 bulan tak masuk. Biasa jenguk dari luar je. Tahun pun dah berganti.. Dah masuk Feb 2014 pun.. Happy tak berapa new year la ye..


6 Feb genap sebulan En Suami belayar ke East Malayisa.. Insyaa Allah hujung bulan ni akan berada dipangkuan isteri keluarga tercinta.. Alone with kids? Biasa dah.. Alhamdulillah boleh handle walaupun kadang-kadang macam nak gila.. Lagi-lagi bila masing-masing buat perangai.. Stress mak.. Jangan ingat jadi housewife ni relax tau.. Lagi-lagi WAHM.. Anak, bisnes.. Nasib laki takde. Kalau laki ada jadi 3in1 lak.. Huhu.


Nak story sikit beberapa aktiviti sepanjang 2 bulan ni.. Takde la in details, kang takde orang nak baca lak..


2 minggu sebelum abi belayar, kami bawa anak mandi pool dekat Kompleks Renang Cheras, KL depan HUKM.. Budak-budak ni berpelampung sekejap je, lepas tu perasan dah besar sangat tak nak pakai pelampung. Lagi-lagi yang adik tu. Ingat dah besar sangat main nak terjun je.. Jenis tak takut air.. Ikut suka dia.. Bila kitorang paksa pakai pelampung dia mengamuk keluar dan sepak pelampung tu. So funny!




Mandi pool.. Nampak sama besar je kan..


Selalunya lepas mandi pool diorang akan selesama. Ye la banyak air masuk hidung. Lepas tu bercampur dengan budak-budak lain yang mungkin sedang selesema so senang sangat sakit. Tapi hari tu diorang tak selesama, tapi demam panas! Mungkin sebab berendam dalam keadaan panas terik. Walaupun kitorang pergi sana dalam pukul 1030am tapi terik lain macam. Nak pukul 12pm baru cuaca redup sikit. Takkan nak pergi lewat, kompleks tu tutup pukul 12pm..


Hari isnin Azhad start demam, Rabu dia kebah sambung dengan adik lak.. Memang selalu macam tu.. Demam bergilir-gilir. Biasanya demam 3 hari je lepas tu sihat.. Tapi kali ni Arsyad demam panas sangat (39+). Saya pun masukkan ubat bontot yang dah stand by di rumah. Memang sangat senang masukkan dekat bon Arsyad. Compare bila masukkan dalam bon Abang, nangis macam hape je.. Adik diam je siap boleh sembang-sembang lagi.. Lepas tu sambung tidur. Esoknya bangun tidur tengok badan dan muka Arsyad penuh bintat..



Drum stick penuh bintat..


Try la sapu ubat, air asam tapi tak surut. Keesokan harinya tak ok juga baru bawa pergi klinik. Dr bagi ubat sapu dan ubat makan. Waduuhhh. Budak ni jenis liat makan ubat dan allergy ubat. Takut lagi makan, lagi teruk. Inform Dr dan dia bagi ubat yang tak de react. Tapi masih tak surut juga mungkin sebab ubat yang masuk dalam mulut sikit sangat compare ubat yang tumpah.. Ubat sapu pun tak jalan, lebih kepada bagi sejuk kulit kurangkan rasa gatal sebab macam bedak sejuk je..


Setibanya abi dari Lumut (baru balik dari belayar dan cuti tahun baru), terus di ajak ke klinik utk suntik je sebab Arsyad tak nak makan ubat. Alhamdulillah lepas suntik bintat semua hilang dan gatal-gatal yang memang dah lama ada pun tak gatal lagi..



Aktiviti wajib seminggu 2-3 kali akan bawa anak-anak turun main di playground bawah block. Dan biasanya kami akan turun pukul 12-1pm, sambil buang sampah lepas tu terus bawa diorang main. Eh, playground tu memang tak kena panas matahari walaupun main waktu tengahari macam tu sebab dikelilingi bangunan. Sebab tu saya bawa diorang main waktu macam tu.. Kalau 5-6petang biasanya ramai orang. Saya tak suka crowded lagipun kesian anak-anak nak main terbatas dan takut kena tolak sebab diorang kecil..



Adik dah pandai main buaian..



See.. tak panas pun..



Bila suami takde ni memang selalu la balik kampung, ikut akak. Kalau hubby tak belayar dia akan balik KL weekend, so memang tak sempat nak balik kampung.. Walaupun kampung dekat laut tapi sangat jarang tengok laut. Hari tu rajin ajak adik bongsu, Ucu Man and akak ke laut. Main pasir je. Nak mandi tak boleh, kena pergi area lain..



Bersama abang saudara, Azief 6y



Adik jadi penyu di Melaka. hehe..


Arsyad dengan Ucu Man..



Latest activity, last weekend 2feb punya cerita.. Adik no 4, bawah saya, Ijai buat kenduri doa selamat masuk rumah baru. Dia beli rumah dekat kampung. Senang la laki bini orang Melaka takyah gaduh nak beli rumah dekat mana. Sambil tu celebrate birthday anak akak, azief (23jan), ijai dan anaknya, izz (5feb), ayah (8feb) dan isteri ijai, mas (28feb kot).. 5 orang sekali gus.. My kids baru baik demam terus segar bugar jumpa sepupu dan main air..



Birthday boys and girl..


Azhad (4y), Azief (6y), Afrina (4y).. Yg kecik lg 3 orang susah nak bekerjasama..



Pool besday present utk abg Azief, tapi utk kegunaan besama :)



Sedikit pekembangan kedua-dua Nayli ni.. Sekarang ni abang dah pandai main, tapi adik pula tukang kacau abang main. So selalulah diorang ni bergaduh.. Stress mak!! Abang masih pelat. Tapi ada improvement juga la. Kena rajin betulkan sebutan dia. Tapi most of the time mak tak betulkan pun sebab mak faham apa nak disampaikan. This is sooo wrong! OK! Lepas ni kena rajin ajar dia.. Adik dah banyak cakap tapi dia duk ulang suku kata yang sama. Contohnya perkataan yang disebut dengan betul GIGI, KAKAK, GIGIT sebab ulang suku kata yang sama. Kalau suruh sebut burger jadi geger, upin jadi pinpin macam tu lah. Normal ke ye? Abangnya sampai hari ni pun sebut burger geger.. Hehehe.. Kalau time diorang kurang sihat, tak berapa nak makan nasi geger la yang dimintanya..


Adik sekarang tengah rajin menolong. Kalau arahkan apa-apa, most of the time dia akan buat. Abang pula dah sampai tahap leka bermain dan susah nak minta tolong. Tapi bila minta tolong abang tak nak buat, saya suruh adik buat. Time tu barulah berebut nak buat sampai gaduh.. Sekarang kedua-duanya sedang belajar pakai pakaian sendiri.. Adik, semua benda nak buat sendiri. Agaknya betul orang cakap anak no 2 ni independent..



Adik pakai baju dah macam 'tube'. Abang pakai terbalik lak..



Kegilaan baru Azhad adalah terhadap Thomas. Masuk kereta terus pasang CD Thomas.. Baru-baru ni dia layan Ultraman pula.. Abi dia siap dah belikan cd ultraman di Sabah sebab murah.. Waduh.. Jenuh nak kena tengok ultraman dalam kereta lepas ni. Malas nak bawa cd naik rumah nanti tak boleh tengok cerita lain.. Azhad baru pandai layan cerita budak-budak sebab sebelum ni dia suka tengok drama je. Tapi sampai sekarang pun dia tak nak tengok kartun selain Upin Ipin dan Thomas. Dia lebih suka tengok cerita yang ada manusia.. Bagus at least takde la berimiginasi, dan mak dia pun tak bosan kena hadap Ceria je.. Kekekeke



Ok la.. tu je buat masa ni. Ada masa cerita lagi..


Friday, December 6, 2013

Azhad 3 Tahun 7 Bulan

Alhamdulillah hari ni genap Muhammad Azhad Nayli berusia 3 tahun 7 bulan.. Waahhhh... Lama gitu tak update perkembangan anak-anak setiap bulan macam masa baby dulu. Dah besar, tak berapa ketara sangat perkembangan anak-anak berbanding masa baby tu..



Tapi kali ni nak update serba sedikit mengenai Azhad.. Seperti sedia maklum, Azhad ni pelat bila bertutur. Semua perkataan dia akan sebut dengan hurup a di depan. Contohnya ami untuk umi, abu for abu, ateh for uteh dan banyak lagi.. Finally, Azhad panggil saya umi pada usianya 3 tahun 6 bulan. Mula-mula dia panggil umi macam pelik la rasa sebab selama ni dok panggil ami je.. Lama-lama baru rasa ok. Ibu pun dah boleh sebut.. Lidah dah lembut la. Bila kita ajar sebut by suku kata dia boleh ikut. Tapi bila dia sebut dalam penggunaan dia akan sebut yang pelat tu. Mungkin tak ingat atau tak biasa lagi.. Ada tu saya ajar dia sebut PUTIH sebab kereta mainan dia warna putih. Ok la dia boleh sebut putih dan kenal warna putih. Tapi bila dah pandai sebut PU, semua benda kat depan digantikan dengan pu lak. Contohnya pudih untuk pedih, pujau untuk hijau... Gelak je la mak. Nak buat macam mana.. Slow-slow la kan.. Dia boleh bercakap, faham apa yang kita cakapkan dan boleh bertindakbalas kira syukur Alhamdulillah la..




Dah pandai bergambar.. Siap cakap peace yo lagi..



Azhad tak takut kucing rupanya..


Dah takut naik motor. Kalau abi pergi Desa Pandan naik motor ada juga dia ikut. Masa kecik dia takut..


Pasal kesihatan dia, Alhamdulillah dah tak batuk teruk macam dulu.. Memang sangat-sangat recommend kawan-kawan praktikkan teknik Steam and Percussion macam dalam ENTRY NI.. Memang lambat baik batuknya tapi at least anak-anak tak disumbat dadah.. Bab makan pun memang senang sangat. Alhamdulillah tak payah sumbat apa-apa suppliment pun dia kuat makan. Tapi ada pasang surut la. Ala.. Macam kita juga la. Ada masa selera besar, ada masa takde selera nak makan. So don't worry la kalau anak tu takde selera sangat yang penting keep offering them, biar makan sikit-sikit tapi kerap. Lagi satu, saya pegang kata-kata ni, "anak tak akan biar diri mereka kelaparan". Bila lapar pandai-pandai la diorang minta. Bila dah pandai cakap, minta melalui bercakap macam sekarang. Bila tak reti bercakap lagi, ajak pergi dapur tunjuk itu ini sambil menangis macam masa adik baru lahir. Abang tantrum je.. Mak tak berapa faham lagi apa yang dia nak, dengan jaga anak kecil lagi, haruslah hampir meroyan.. Tapi itu la pengalaman yang mendewasakan kita..


Azhad ni kalau saya marah adik, dia mesti backing cakap, "No marah adik". Tapi dia buat adik menangis boleh pulak.. Buat muka tak bersalah lagi... Dah pandai cakap "sayang ummi", "sayang abi". Dah pandai request nak makan karipap, biskut dengan milo, cekodok, nasi lemak.. Nak tak nak kena la belajar masak apa yang dia nak..


Ermmm tu je kot setakat ni.. Ada masa update pasal adik lak..

Thursday, December 5, 2013

My First Attempt Karipap

Assalamualaikum..


Lama tak cerita pasal masak-masak.. Mood mencuba resepi memang takde sejak beranak 2 ni. Tak sempat weii.. Padahal memang pemalas pun walau anak 1 dulu.. Tapi baru-baru ni, (tak la baru sangat dah 3 minggu lebih kot) teringin lak buat karipap tapi malas nak pergi kedai beli bahan-bahannya. Biasa kalau pergi kedai UNC memang tak singgah mana-mana pergi atau balik. Sebab susah sikit nak shopping dengan heroes ni. Padahal time en suami belayar ke Sabah selama 2 bulan tu boleh pulak shopping barang-barang dapur bawak anak-anak. Ni sebab tau weekend en suami ada so tunggu beliau balik baru suruh beliau belikan barang dan saya buatkan.. Nampak sangat mengada-ngada, kan..



So lepas complete segala bahan-bahannya, saya pun berperang la di dapur. Makan masa juga la sebab nak kena layan budak-budak kecik ni. Kejap nak minum, kejap nak itu, kejap nak ini.. Selepas beberapa lama akhirnya siap juga karipap ku.. Sorry la takde gambar, bukan sebab tak sempat amik gambar dah habis di belasah. Tapi sebab karipap ku huduh.. Tak reti kelim.. Masa uli tepung tu macam nak give up juga sebab adunan lembik, so tambah tepung lagi sampai rasa ok.. Bila dah boleh di bentuk tak reti nak kelim pulak. Tapi usaha juga la asalkan ada bentuk dan tak terbuka masa goreng. En suami lagi la.. Hahaha... Gelak dulu... Dia pun tak reti kelim tapi ada hati nak membantu.. Sudahnya dia buat karipap gulung. Hamik kau... Wakakaka..


Walaupun karipap ku huduh dan tak berapa cukup rasa, tapi habis kau.. Both Azhad Nayli dan Arsyad Nayli dengan mak bapak dia berebut.. Tak sempat nak goreng lagi habis. Maklum la, lama sangat tunggu.. Kelaparan masing-masing.. Itulah keajaiban air tangan ibu kan.. Kekekeke... Poyo je.. Lepas tu Arsyad tidur kekenyangan karipap buatan emaknya..



Tarikh upload gmbar ni dlm fb adalah 17.11.13



Ni saya tepek resepi yang saya dapat dr myresipi.


Bahan-bahan ( 20 biji )

250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

INTI
5 biji keledek
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
air

Cara-cara

Untuk membuat kulit karipap
  • Campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 
  • Gaul rata gune sudu sbb panas. 
  • Bancuh air+garam. Masukkan sedikit2. 
  • Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti
  • Kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  • Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. 
  • Masukkan pes kari dan kacau rata. 
  • Kemudian masukkan kentang,air dan garam sekucup rasa. Masak sehingga keledek empuk dan air kering.

Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim.
Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
Karipap Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.




Rasanya macam gagal sikit resepi ni, sebab tadi baru jumpa resepi yang lebih detail... Hehe.. Salahkan resepi lak, kan.. Takpe lepas ni kalau buat lagi kita cuba resepi lain pulak.. Kena pergi cari benda alah ni kalau nak buat lagi.. Baru cun..


acuan karipap, gambar dari google


Tapi kan, seminggu lepas tu en suami balik dari Lumut bawa 2 packs karipap segera tapi homemade (emak kepada budak kapal dia yang buat). Tinggal goreng dan makan je. Memang yummeh la.. Nampak sangat saya buat tak sedap.. Waaaa... Tak pun dia kesian sebab penat nak buat dengan anak-anak lagi.. Positif..


Ok la.. Sampai ketemu lagi..

Tuesday, November 26, 2013

Family Day KD Amin 2013

Cerita pasal Family Day KD Amin (kapal hubby bertugas) pada 16 Nov 2013 yang lalu..


Event buat dekat Lumut, so on thursday tu en hubby halfday and pulang ke KL.. Jumaat tengahari kami gerak ke Lumut.. Tak tidur di hotel biasa. Kami sewa hotel luar biasa lain. Tapi Azhad sibuk cakap nak tidur hotel. Bila lalu depan hotel biasa tu dia cakap nak tidur sini.. Haha.. Adakah apa yang dia faham tidur hotel tu kena tidur hotel yang kami selalu sewa. Hotel lain bukan hotel. Ataupun sebab hotel yang baru kami sewa tu tak best. Tak de feel macam hotel.. Hehehe.. Ada-ada je Azhad Nayli ni...


Lepas check in, kami cari makan di Tesco Manjung. Hajat nak ke waterworld Marina tapi dah lewat, macam tak berbaloi je.. So kami isi perut je dulu.. Lepas makan, layan anak2 main. Macam la dekat KL takde benda-benda ni kan. Tapi dah diorang sibuk nak main, layankan je la.. Lepas tu terus balik.. Malam tu layan Tv je.. Nak keluar pun malas..





Esoknya, yakni hari event kami bersiap dan pergi ke Restoran Dayang Teluk Batik seawal 830am. Tunggu CO kapal dalam 915am baru beliau tiba. Lepas tu baru makan dan banyak games untuk anak-anak dan pasangan suami isteri, juga cabutan bertuah. Semua diselang-selikan.. Kami tak join apa-apa pun sebab anak-anak kecil lagi. Kang kami join siapa nak jaga anak-anak. Anak-anak pun tak join apa-apa mainan sebab tak faham apa lagi.. Tapi Azhad ada juga la excited nak join main isi air dalam botol guna span. Bila dah bagi span dia bukan masukkan air dalam botol, tapi duk celup-celup baldi orang lain, pastu lari. Malu.. Hehehe.. Bila main tiup belon sampai pecah pun dia nak join. Orang bagi la belon, dia tiup tapi tak kembang-kembang pun belonnya.. Lastly rebut sebanyak mana gula.. Dia rebut tapi bila abi suruh amik banyak-banyak dia cakap, "abang nak 1 je". Sudahnya bapak dia yang kutip gula-gula letak kat tangan dia.. Azhad ooo Azhad..


Tapi sambil-sambil orang main game tu, ada beberapa anak-anak orang lain termasuk anak kami yang belum layak main sukaneka tu buat mainan sendiri.. Diorang main pasir masuk dalam bekas.. Dah pakai handsome bergaya main pasir lak.. Adik siap duduk lagi. Orang panggil buat tak dengar je..





Cabutan bertuah, semua orang dapat.. Tapi ikut la tuah dapat yang nilainya berapa.. Kami dapat Thermos Pot brand Elba je.. Ok la tu.. Memang ada plan nak beli something like that yang memudahkan nak buat air, tak payah nak tunggu air masak if orang bertandang ke rumah.. Macam la ada orang nak datang. Huhu





First price adalah TV berapa inci ntah. Grand price kereta mainan kanak-kanak yg boleh naik tu.. Macam yang Ummi Nayli Collections ada jual tu.. Ada yang sanggup tukar grand price dia dengan kereta tu tau sebab anak dok merengek nak. Lagipun Tv semua orang dah ada.. Hehehehe



Ok la.. Sampai sini je dulu. Ada kelapangan menaip lagi.. Wassalam..


Thursday, November 14, 2013

Rawatan Batuk/Selesema Oleh Dr Pemes, Dr Nadir Khan..

Status di Fb pagi ini membuatkan ku teringat untuk story sikit pasal benda ni..


It's been a long period.. Azhad batuk-batuk. Paling teruk bila pagi dalam pukul 3-4 pagi atau/dan 7-8 pagi.. Macam nak terkeluar anak tekak dia. Batuk kering, takde kahak. Selalu batuk sampai terjaga. Bagi makan/minum madu pun tak reda. At last mak terpaksa bagi ubat batuk supaya tekak dia lega, baru boleh tidur balik. For me, anak demam atau batuk, ubat is the last choice. Tapi kalau bapaknya ada, ubat adalah pilihan utama. Sigh.. Penat jaga pantang..


Mak search sana sini petua untuk sembuhkan batuk. Baca info pasal batuk. Jumpa la discussion pasal teknik ni. Google lagi jumpa la klinik yang ada rawatan macam tu.. Bila tengok address, ala tak jauh pun. Nak cari sendiri boleh tapi nak bawa 2 orang hero ni sendirian? Memang tak boleh la sebab kena ada orang pegang kedua-duanya.. So nak tak nak kena la tunggu en suami ada di KL..


Finally, Deepavali dan Awal Muharam en suami ambil cuti Isnin tu so direct cuti sampai Selasa. Hari isnin 4/11/13 kami pergi klinik tu.. Call dulu takut Doc yang buat rawatan tu cuti ke, kan..


Kami sampai klinik tu pukul 1130 pagi. Actually en suami dan Azhad je masuk. Arsyad and me tunggu dalam kereta sebab takde parking. Kang tak pasal-pasal dapat surat cinta dari DBKL lak.. Dalam 45 minit juga kami tunggu. En suami cakap macam klinik kerajaan, penuh.. Dipenuhi oleh kanak-kanak dan suara budak menangis.. It was so scary i guess. But i know, Azhad mesti as always. Play here and there. Dia bukan tau takut apa pun.. Gaya je la, tapi kuat nangis gak tu.. Huhuhu..



Layankan budak comel dalam kereta


Bila turn Azhad, en suami dan Azhad masuk. Doc tanya sejarah bersalinkan Azhad. Normal or bedah, Azhad pernah kena tahan wad, etc. En suami yang masuk so i'm not so sure apa lagi yang ditanya and he not even tell me in details. Lepas dah tanya serba sedikit, diorang keluar kejap sebab doc nak buat persiapan. Time tu terus en suami dan Azhad ke kereta suruh saya masuk dengan Azhad sebab saya cakap nak tengok sendiri macam mana doc buat, walaupun dah tau daripada bacaan pengalaman mommies lain.. Actually kalau we both dapat masuk sekali lagi bagus, tak payah i nak explain lagi dekat en suami.. Tapi apakan daya, van DBKL siap tunggu belakang kereta kami lagi.. Gggrrrr


Step 1: Nebulizer/Steam
It was second time for Azhad. So takde la dia meraung macam masa 1st time hari tu.. Lebih cool.. Tapi sebab lama sangat sampai dia boring, tanya itu ini.. Last2 bagi dia main handphone je.. Ada la dalam 15minit.. Buat neb ni utk cairkan kahak.



Amik gambar bagi dia diam kejap..


Kalau dekat rumah boleh buat sendiri guna wap. Caranya sediakan air panas dalam bekas, kemudian tiarapkan anak atas peha kita dan halakan muka anak pada bekas berisi air panas tu supaya dia hidu wap tu.. Boleh juga masukkan sedikit viks untuk bagi rasa lega.. Make sure jangan bagi makan atau minum susu dalam masa 2 jam.. Takut muntah..


Azhad dan Arsyad time buat steam dekat rumah meraung-raung mungkin sebab kena meniarap tu. Time salah seorang buat, yang lagi seorang tengok dan join nangis. Stress mak!

Buat sehingga wap habis atau dalam 10-15 minit. Tapi mak berjaya buat 5 minit je sebab masing-masing pakat menangis berduet..


Step 2: Percussion/Tepuk
Dah siap steam, tepuk belakang badan anak. Buat tapak tangan bentuk 'cupping' (ada lubang di tengah) dan tepuk belakang. Jangan tepuk tulang belakang. Tepuk bahagian kanan seminit, kiri seminit. Lepas tu tepuk bahagian depan kanan seminit, kiri seminit. Tujuannya untuk longgarkan dan mudahkan kahak keluar.. Bagus kalau anak muntah sebab dia buang kahak dan lendir. Kalau tak muntah, kahak tu akan keluar melalui najis..


Kalau anak jenis berhingus or kahak banyak Dr tu buat suction juga. Tapi Azhad tak buat sebab dia tak berkahak. Dr cakap pengambilan ubat batuk hanya memberhentikan batuk dan menyebabkan kahak terkumpul, lama-lama melekat tu yang anak tak sihat all the time. Betul juga rasanya. Sebab Azhad memang penggemar ubat. Macam-macam jenis ubat bapak dia bagi bila batuk tak baik-baik. Dari ubat klinik, beli di farmasi untuk kanak-kanak, tak berkesan beli yang herb lak.. Kalau gula hacks hitam tu relax je dia makan. Ubat pun dah tak jalan, orang cakap dah immune.. Tapi kalau bapak dia takde, saya tak suap pun.


Masa buat both Nayli ni, dua-dua tak muntah. Tapi ada la berhingus sebab nangis.. Tapi effect nya datang malam lepas buat tu.. Azhad yang jarang muntah, terus muntah-muntah. Sejam sekali bangun muntah. Dia tak batuk teruk pun. Batuk sekali terus muntah. Lepas tu sambung tidur balik. Nasib baik tak meragam. Arsyad kalau batuk memang sampai muntah biasanya. Tapi lepas buat steam and percussion tu dia tak muntah pun. Tapi bila dia berak tengok dalam pampers nampak macam lendir kahak. We will know the difference between najis berak dengan kahak, i guess!


Now after more than a week buat steam n percussion dekat both Nayli ni setiap pagi, Azhad dah tak batuk di pagi hari. Siangnya masih batuk tapi takde la seteruk dulu. Alhamdulillah la. So lepas ni dah tak perlu suap ubat batuk. I hope bapaknya amik pengajaran la atas apa yang berlaku ni.. Jangan main suap ubat sambareno je walaupun dipreskripsikan oleh doctor. Dari pemerhatian mak, orang yang sakit sikit makan ubat tu lebih kerap jatuh sakit..


Teknik ni memang nampak macam kejam dan nak sembuh makan masa sikit, tapi at least kita usaha keluarkan kahak tu dari badan anak sebab diorang tak reti buang kahak sendiri. Kalau makan ubat memang cepat tindakbalasnya tapi kahak tu terkumpul, tu yang senang je datang balik penyakitnya..


Ok la.. kalau korang nak pergi bawa anak ke klinik ni boleh google je. Dah pemes dah klinik ni.. ni address

KLINIK WANGSA
No 46 Jalan 2/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju,
KualaLumpur
Tel : 03-41421614


dekat dengan Menara kausar, belakang LHDN. *Pic ehsan GOOGLE*


Please call dulu tanya Dr Nadir Khan bertugas bila.. Sebab Dr ni je yang buat rawatan tu.. Yang lain i'm not sure..


ni rupa Dr tu. Masih handsome bergaya.. *Pic ehsan GOOGLE jgk*


Sekarang ni bangun tidur je Azhad akan cakap, "Abang dah baik batuk dah". Nampak mak pegang periuk nasi pun cakap macam tu.. Fobia gitu sebab mak guna periuk nasi so air tu keep hot.. Bila tengah setting alat untuk buat, dia dah tahu. Dah nangis cakap tak nak buat, dah baik dah. Tapi masih berdiri dekat-dekat tempat mak set up. Kalau budak lain dah lari menyorok dalam bilik kan.. Memang anak yang taat abang ni.. Adik lak dok kacau-kacau je orang setting, bila kena tangkap, hamik kau.. hehe


Ok la.. Sehingga ketemu lagi..

Wassalam..

Thursday, October 31, 2013

Bercuti di Lumut 2013


Assalamualaikum


Alhamdulillah en suami selamat pergi dan kembali dari bertugas demi negara tercinta. 11 Ogos (4 Syawal) beliau pulang ke Lumut, 13 Ogos belayar ke LD dan setelah beberapa kali tertunda akhirnya 15 Oktober (Raya Haji) baru beliau kembali ke pangkuan anak-anak dan isteri.. Sepatutnya turn raya haji di Kelantan, tapi disebabkan kerja tahun ni saya dan anak-anak beraya di Melaka manakala en suami beraya di atas kapal. Malam 15hb tu baru kami bertemu kembali..


En suami ambil cuti seminggu lebih sebab nak uruskan hal rumah yang tergendala sebab beliau belayar dan balik kampung beliau.. Tapi dalam cuti tu sibuk juga uruskan hal kerja.. Jumaat 18hb tu beliau ada meeting di Lumut, beliau ajak kami bertiga ikut, bercuti katanya.. Saya ok je sebab lama tak bercuti kan.. Tapi rupa-rupanya, Sabtu tu dia nak balik Kelantan so dari Lumut dah dekat.. Patutla.. Hmmpppphhh


Ok, nak cerita sikit pasal percutian ni.. Kami sampai Lumut pada Khamis, 17hb malam.. Sewa hotel biasa sebab dekat dengan base, bawah hotel ada 7 Eleven dan kedai makan, dan yang penting ada Wifi sebab line di sana sangat teruk. So ada wifi boleh la mak online macam biasa sementara en suami bekerja.. Anak-anak macam biasa la, aktif dan teruja.. Malam tu kami sampai pun dah lewat, lepas makan terus tidur je. Esoknya sementara en suami bekerja mak melayan anak-anak macam biasa.. Tapi pukul 10 lebih baru diorang bangun. Mana taknya, tidur dalam air cond kan.. Siap berselimut lagi. Kalau tak jangan haraplah..



Sama je style tidur kan..


Pukul 2 lebih baru kami check out dan check in hotel lain... Untuk hari kedua tu en suami sewa bilik di Golden Bay Resort sebab ada pool untuk anak-anak mandi.. Sebelum masuk hotel sempat pergi kapal en suami, dia nak jumpa contractor. Dapat la Azhad naik kapal abi. Tapi time tu Arsyad tidur lak. So abang naik dulu.. Teruja sungguh dia, saya duduk dalam kereta je dengan arsyad.


Siap pusing steering lagi..


Tunggu contractor tapi tak datang jadi kami balik hotel je. Azhad dah tak sabar nak mandi pool.. Lepas makan, lepak-lepak kejap, dalam pukul 5 kami turun. Takut lewat nanti hujan.. Kesian tak dapat mandi.. 3 jejaka kacak tu je mandi. Saya tak kuasa nak basahkan badan. Lagipun bukan pandai berenang pun.. Azhad macam biasa, drama king.. Mula-mula tak nak masuk sebab ada 'fish' besar dalam kolam. Arsyad macam biasa memang berani.. Mandi dalam 30-45 minit je.. Budak-budak ni tak puas mandi lagi tapi ajak naik sebab dah banyak sangat telan air klorin..





Balik bilik bilas dalam bilik air.. Bilik air ada tub, mandi tub pula budak-budak ni.. Memang sakan main air.. Lepas anak-anak mandi, mak pula mandi. Hajat dihati nak berendam lama-lama, tapi tak sempat pun sebab dengar Arsyad uk ek uk ek.. Lepas saya mandi, susukan Arsyad terus dia tidur. Kepenatan mandi kolam.. Malam tu ada bola TRW vs ATM Pusingan Pertama. Tapi malangnya bilik hotel tu ada 2 channel je, AXN dgn apa ntah.. En suami ada cakap nak pergi tengok di kapal.. Rasa-rasa apa saya cakap? Hehehe.. terus dia melekat je dalam bilik.. Tak agak-agak, kan..



Esoknya kami sarapan di lobi hotel, sarapan je la disediakan. Azhad sibuk nak mandi kolam lagi, tapi tak bagi pun sebab kedua-dua hero sudah berhingus hidungnya.. Lepas sarapan naik bilik balik dan layankan diorang mandi tub je.. Jadi la kan.. Sebelum gerak ke Kelantan, singgah kapal en suami untuk ambil barang-barang dari Sabah yang nak bagi ibubapanya.. Sempat la bergambar dua beradik tu..


Peluk adik ketat-ketat takut adik lari jatuh ke laut..



Dalam pukul 2 petang kami gerak, dalam pukul 11 malam baru sampai. Macam lebih kurang je dari KL ke Kelantan. Berhenti rehat 2 kali, lepas tu hujan dan jalan sesak tu yang lambat sampai. Duduk sana tak lama pun, 3 hari 2 malam je.. Takde aktiviti sangat pun. Cuma Ahad tu kami tengok rumah en suami, hampir siap dalam bulan Nov ni dah boleh duduk. Hari Isnin sebelum balik kami pergi klinik sebab kedua-dua hero masih selsema dan nafas berbunyi. Pergi klinik terus Dr bagi neb untuk kedua-duanya. Pertama kali bagi mereka.. Meraung tak ingat la masing-masing..



Siap jerit cakap "tak nak"



Lepas dah neb tu baru nafas diorang tak berbunyi.. Alhamdulillah.. Dari klinik kami pergi kedai gunting rambut. Juga pertama kali bagi mereka berdua.. Sebelum ni abi diorang mesin je. Ni sebab dah besar macam tak handsome je botak, so kami potong bagi pendek. Mungkin anak-anak tak serasi rambut panjang, ni mak saya dan en suami la cakap... Azhad macam biasa la.. Nampak je macho, berani. Tapi menangis juga.. Hehehe.. Ye la sebab orang tak dikenali pegang kepala dia. Kalau abi dia buat, dia suka je.. Adik ok je tak menangis tapi kena dukung.. Habis baju dan tudung saya dengan rambut dia.. Huhu..



Hero menangis kena potong rambut..


Pukul 3 lebih baru kami gerak pulang, tapi ke Lumut dulu sebab en suami ada kerja. Jadi bermalam lagi 1 malam di Lumut. Kami menginap di hotel biasa, Valley View Hotel. Memang puas hati la duduk situ dibandingkan dengan resort tu. Dah la mahal tapi kemudahan tak memuaskan.. Air cond tak boleh control suhu atau off. Kena tarik kunci dari tempat dia, maksudnya kena tutup semua lampu, tv kalau nak tutup air cond. Tub takde tutup untuk takung air. Toilet tak boleh flush. Line telefon pun takde, apatah lagi wifi.. Sedih betul.. Huhuhu


Ok la.. Tu je coretan buat kali ni.. Takde apa yang menarik pun.. Berjalan jauh tapi duduk hotel je..

Tuesday, October 29, 2013

Daftar Haji..

Assalamualaikum



Alhamdulillah, kami sudah daftar untuk pergi haji dengan Lembaga Tabung Haji..






Owh ni slip daftar untuk anak-anak kami Muhammad Azhad Nayli dan Muhammad Arsyad Nayli yang en suami daftarkan pada 25 Oktober 2013. Mereka diperuntukkan pergi haji pada tahun 2066, waktu tu umur mereka 56 tahun (Azhad) dan 54 tahun (Arsyad).. Huhuhu... Dah daftar seawal usia 3 tahun dan 1 tahun pun giliran mereka 50 tahun keatas..


Kami suami isteri dah daftar haji pada Mei 2013, dan tahun peruntukkan kami adalah 2060.. Masa tu usia dah 77 tahun. Entah hidup lagi ke tidak.. Kalau panjang umur pun, entah larat ke tidak. Tapi tu tahun jangkaan sahaja, target kami nak pergi sebelum umur 50 tahun. Kalau dapat pergi sekeluarga lagi bagus..



Untuk maklumat daftar haji boleh klik link ini Daftar Haji.. Kena ada minimum RM1300 dalam akaun Tabung Haji, atau boleh guna duit KWSP. Macam saya dan anak-anak untuk daftar haji ni dibayar oleh en suami. Alhamdulillah. Beliau buat potongan gaji setiap bulan bagi kami bertiga, dirinya juga. Bagi anak-anak, duit kelahiran dan duit raya akan disimpan dalam Tabung Haji juga.. Sebab tu beza jumlah duit kami dalam TH tak banyak, dah maknya tak nak simpan duit sendiri dalam TH. Huhuhu.. Bukan tak nak, tak teringat je..


Walaupun belum pernah jejak kaki ke Tanah Suci, tiap kali tengok Kaabah di TV rasa terpanggil je.. Terfikir bila la dapat ke sana.. Insyaa Allah.. Sedang berusaha ke arah itu.. Semoga dipermudahkan..


Ok la.. Jumpa lagi nanti..


Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha 2013

Assalamualaikum..





Lembu pun pandai berkorban.. Apa pengorbanan anda?


Berkorban, niat kerana Allah swt. Insyaa Allah besar ganjarannya... Ingat tu ejau!!!


Semoga berbahagia kalian di sisi keluarga, dan selamat pergi dan kembali.

Wassalam

Tuesday, September 10, 2013

Azhad Nayli Ku Sudah 3 Tahun 4 Bulan

Assalamualaikum


6 Sept yang lepas genap usia Azhad 3 tahun 4 bulan, tapi masih belum ada update pasal Azhad lagi.. So dikesempatan ini nak update sikit pasal Azhad ni..






Budak 3 tahun sepatutnya dah boleh apa ye? Rata-rata anak kawan-kawan dah petah berbicara. Dah boleh buat teman bersembang kan. Sama juga la dengan Azhad. Cuma dia ni pelat sikit banyak. Rasanya macam pernah inform sebelum ni kot.. Pastu ada orang mengaku dia dulu pun pelat. OK! Lega mak!! Sebutan dia semua nak kena bunyi "a" di depan.. ummi = ami, ibu = abu, tido = ado, minum = anum, pintu = antu scary tau.. banyak lagi la kalau nak disenaraikan.. pastu banyak yang sebutannya seakan-akan sama walaupun maksudnya lain, contoh ascho = tesco, biskut, esok.. ayam = ayam, sayang, geram, salam.. dudok = duduk, cekodok.. haa! amik ko! pening mak. kena tengok situasi bila dia bercakap. Pelat huruf L.. polis = ayish, salam = ayam, jalan = ayam.. Banyak sangat nak list sampai tak hengat dah. Tapi ada huruf yang dia boleh certain word contohnya dia boleh sebuat "kakak", tapi bila suruh sebut katak jadi macam cicak lak. Dia yang confuse ke mak yang confuse? Hehehe


Saya ada la ajar dia sebut ikut suku kata, contoh po-lis.. po dia sebut po. lis dia sebut ayish.. po-lis, jadi po-ayish.. huhu.. tak dapek nak nolong.. rasa macam nak hantar dia ke tadika je next year sebab nak suruh dia belajar bercakap. tapi boleh pandai cakap ke nanti. takut cikgu lak naik hangin bila tak faham apa azhad ni cakap. huhu.. insya Allah, lama-lama nanti pandai la cakap tu kan.. takut berjangkit kat adik lak pelatnya. adik pun tengah belajar menyebut sekarang ni..


Ok! Berbalik kepada cerita Azhad, dia dah diajar menggunakan tandas bulan Jun lepas.. Kalau tak silap sehari sebelum anniversary kami. On anniversary, 14 june Azhad berjaya buang air besar dalam jamban buat pertama kalinya.. hehehe.. Rumah saya ni semua tandas duduk, untuk kanak-kanak susah nak naik dan duduk. Saya gunakan Children Toilet Chair untuk Azhad, senang dia boleh naik sendiri dan duduk pun tak takut bontot masuk toilet bowl tu.. Toilet chair ni portable, so nanti tak nak guna boleh lipat dan simpan. Tak makan space yang banyak pun.. Sampai sekarang Azhad belum free diaper 100% sebab malam dan nak tidur siang akan pakai diaper. Kalau tak, lencun la tilam kalau tak pakai diaper dan lupa nak alas dengan waterproof mattress protector. Kalau tertidur siang tak pakai diaper saya akan alaskan dengan waterproof protector ni, memang serap air kencing dan tak tembus langsung. Lepas tu terus masuk mesin dan jemur.. Tak renyuk pun lepas kering balik.. Memang best.. Kedua-dua barang ni memang perlu ada if nak mudah train anak free diaper.. Boleh klik links di setiap barang tersebut untuk detail k.. Sempat lagi promo tu.. Kekekeke


Bab makan, ada masa tak nak makan nasi. Ada masa nak makan nasi. Dah pandai demand. Nak geger = berger, nasi, mee, ascho, awah = buah, kitkat, shushu, ayam, popok = keropok, dudok = cekodok .. Layankan je la selagi dia nak makan. Nak kena rajin la maknya yang pemalas ni..


Lately ni kesihatan Azhad terganggu sikit. Selesema dan batuk. Selesema kejap ok, bila jumpa cousins yang berhingus nanti jangkit balik. Bila cousins dah ok, dia amik turn, jumpa lagi berjangkit balik. Sampai kesudah rotate penyakit tu.. Tapi ok la on and off kan.. Cuma batuknya je tak stop lagi.. Tapi ada kurang la dari sebelum ni. Batuk dia bukan sepanjang hari.. Batuknya menjelang 3-4 pagi atau/dan 7-8 pagi, batuk teruk.. Tapi siang hari dan malam ok je.. Pergi klinik doc cakap degupan jantung dia sangat laju dan kuat, abnormal. Suspected radang paru-paru. Sedih dan risaunya hati Allah je tahu.. Dah la time tu husband nak belayar.. Risaunya fikir if Azhad admitted ward siapa nak jaga dia, Arsyad sebab both pun bukan nak dengan orang lain.. Tapi Alhamdulillah, lepas 3 hari pergi semula klinik tu doc cakap paru-paru dia ok.. Tapi Azhad still batuk lagi.



Dekat klinik masa check up 2nd time. Tak macam orang sakit pun. Aktif..



Kemudian saya teringat kisah di fb pasal anak orang tu selalu tak sihat bila consume susu lembu dan doc sarankan tukar ke susu kambing. Lepas tu anak dia jarang demam.. Dan saya fikir, mungkin Azhad juga alah dengan susu lembu. Sebab dia sangat suka minum susu.. Saya beli fresh milk Good Day atau Farm Fresh. Tak main la Anmum yang dah ditepungkan tu.. So saya stop dulu susu dan semua makanan yang mengandungi susu lembu. Alhamdulillah, memang nampak perubahannya. Dia masih batuk di pagi hari tapi tak sampai terjaga dari tidur. Dan ada waktunya tidur tak batuk langsung. Beberapa hari ok, tetiba batuk teruk balik lepas makan Kit Kat.. Ni favorite dia juga gara-gara tengok Raja Lawak, relak la Kit Kat kan ada.. Bila tengok plastik Kit Kat tu memang ada tulis mengadungi susu tepung.. Aiyooo... memang confirm la awak tak boleh makan dan minum berasaskan susu lembu sayang oi.. kesian sebab semua favorite dia tu.. Bila shopping di tesco mesti minta kit kat dan susu.. Saya cakap tak boleh, abang batuk. Nasib lah dia faham dan tak mengamuk. Nanti nak cari kat mana ada jual susu kambing fresh sebab Azhad suka minum susu so boleh ganti susu lembu tu. Hope boleh terimala tekaknya nanti..


Azhad sekarang dah kurang menangis. Waktu abi mula pindah ke Lumut, susah nak tidurkan Azhad. Asyik minta sapu minyak kat perut dia. Tak kisah la minyak apa. Dok cakap sakit perut sambil nangis.. Dah isi minyak pun nangis lagi. Memang nak kena la.. Bagi satu dua das, nak nangis sangat kan.. Pun tak diam lagi, sampai letak kat luar bilik 2-3 kali baru nak tidur. Bila dekat luar nangis dan pandai cakap abang nak tidur, tarik masuk bilik diam kejap lepas tu nangis balik. Letak balik kat luar, biar dia nangis sorang.. Lepas tu masuk bilik diam dan tidur. Boleh pun tidur.. Stress gaban mak nak melayan tambah lagi saya dah ngantuk. Tu tak kerja tu, kalau kerja macam mana la gayanya.. Lagi teruk anak tu kena kot.. Baran saya ni memang tak turun lagi dah beranak 2 pun. Makin naik ada la kot. Huhuhu.. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, senang je dia tidur. Tak payah peluk-peluk dah.. Boleh tidur sendiri dengan syarat saya kena tidur/baring juga la.. Memang lepas hubby pindah lumut saya dah ajar dia tidur bantal sendiri. Kalau ada abi, abi dia rajin peluk, tidur atas lengan. Apa gila mak nak peluk dua orang budak. Yang adik tu ye la sebab menyusu lagi.. Sekarang abang menangis kalau adik kacau dia tengah main. Sekarang ni tengah gila main lego.. Abang susun tinggi-tinggi, nanti datang gergasi pergi robohkan 1Malaysia abang tu. Nangis la abang. Manja tol.. Adik kalau rebut pun bukan buat main. Rebut dan buang. Memang saja usik abang.. Kalau berebut mainan pun suara abang je lebih menjerit or nangis. Adik relak je..



Main lego buat 1Malaysia


Azhad dah boleh diharap untuk tengok-tengokkan adik. Tapi adik dengan dia sama besar je.. Asyik kena wrestling je.. Hehe.. Dah boleh harap minta tolong apa-apa. Angkat barang, kalau kat kedai stock sampai dua beradik ni yang beria nak tolak kotak masuk stor.. Bila posman datang pick up barang, dia yang beria nak bagi kat abang posman. Pandai cakap "emm edapnya" bila makan. Bila buat salah nanti cakap "maaf" sambil hulur tangan nak salam.. sweet je.. suka peluk saya dan cakap "ayam ami". Bila saya main dengan arsyad, gomol, geletek, terbangkan arsyad, ayunkan adik atas kaki dan banyak lagi MESTI abang datang dan cakap "abang nak". Yang mana boleh buat tu saya buat juga dekat dia macam geletek, gomol.. Yang saya tak larat tu saya akan buat juga kejap tapi nanti saya cakap, "nanti abi buat". Sampai bila saya main dengan adik, dia cakap nak juga, belum sempat saya jawab dia akan cakap "abi buat". Sedih mak. Terus saya panggil dia dan buat juga la yang termampu macam buat dekat adik. Takut nanti dia terasa hati.. Bukan tak nak buat, tapi dah 17kg patah pinggang/kaki mak nanti.. Huhu.. Dah pandai bila suruh bergambar. Kalau tak dulu orang nak amik gambar dia, sibuk nak tengok dekat camera juga..


Pipi tembam tapi tinggi. Orang ingat dah 4 tahun..


Di majlis besday 2pupu Azhad, anak sepupu saya..


Ok la.. Nanti cerita lagi.. Daa~~

Wednesday, August 28, 2013

Website Free & Promo Sikit!

Assalamualaikum


Semalam check account terkejut tengok amount yang bertambah dengan cepat. Baru Ahad tengok, eh.. Tapi dah boleh agak sebab apa cuma macam terkejut sikit la sebab diberitahu akan masuk dalam tempoh 30 hari bekerja. Bila beritahu macam tu saya kira hujung Oktober baru dapat. Lagi-lagi berhubungkait dengan kerajaan ni. U know how they work! Oopppss


Nak tau duit apa?



Tahu tak Ummi Nayli Collections dah ada website sendiri? Tak tahu? Ok tak pe. Tak kecil hati pun!!!! Haha macam marah tu.. Jom klik UMMI NAYLI COLLECTIONS. Tu klik dekat words yang semua huruf besar tu.


Dah tengok website UNC? Amacam? Best tak? Cun kan! Boleh connect dengan facebook, blog, twitter etc terus tu. Untuk ada website sendiri kena bayar tau. Bayaran ikut pakej yang kita nak la. Ikut budget. Kalau bisnes kecil-kecilan macam UNC ni saya peruntukan RM1000 ke bawah je. PER YEAR ye. Kalau memang syarikat besar boleh la ambil pakej RM2000 ke atas. Tapi saya dapat website ni for FREE!! Tak percaya?


Nak tahu macam mana boleh dapat? Sila klik link INI



Kerajaan ada peruntukan RM1000 bagi setiap usahawan online yang nak buat website sendiri. Tapi kena domain ada .my la. Setiap website boleh apply sekali seumur hidup. Kena ada website dulu baru boleh apply. Kira kena dulukan duit sendiri dekat web developer baru nanti kerajaan bayar balik. Yang bestnya, macam saya dapat untung sikit sebab bayar website tu RM 900+, kerajaan bagi RM1000. If korang nak buat website dengan harga RM500 pun boleh, masih dapat RM1000. Kira untung RM500. Jika buat lebih dari RM1000, kena tambah duit sendiri la. Tapi free ni untuk tahun pertama je la. Selepas tu kena la bayar sendiri. Tak kisah la kan. Yang penting free. Kekekeke.. Lepas tu kena promo bagi website dikenali. Tapi walaupun dah ada website, facebook dan beberapa agent pengiklanan lain tetap platform terbaik untuk iklankan product. Website ni kira tempat orang place order la.


Nak list kronologi application grant ni
14/6 - Bayar dan register website dengan web developer
21/6 - Submit details pada web developer
1/7 - Start promo website
5/7 - Hantar application grant
16/8 - application grant diluluskan
26/8 - duit masuk. Yeay!


Kira cepat juga la diorang buat kerja kan bila tolak cuti raya lagi. Mungkin sebab tak ramai yang apply kot. So tunggu apa lagi? Jom buat website sendiri wahai rakan bisnes. Banyak benefit ada website ni. Antaranya:

- Customer boleh tengok sendiri availability items. Tak perlu tanya dan tunggu seller jawab. Most of the time tak dapat notification di page facebook. Nanti customer cakap seller sombong, tak nak jual barang.
- Boleh pilih sendiri nak guna courier service apa. Ikut suka anda. UNC menawarkan khidmat Pos Laju dan Gdex. Biasanya untuk barang besar dan berat dalam Semenanjung Gdex lebih murah dan cepat. Tapi jika customer nak guna Pos Laju yang lebih mahal pun boleh. Asalkan bayar. Hehehe. Barang kecil dan ringan Pos Laju adalah pilihan terbaik. Barang berat dan besar ke Sabah/Sarawak Pos Parcel lebih murah tapi dapat dalam seminggu. Kalau sanggup bayar guna Gdex atau Pos Laju apa salahnya. Hehehe
- Boleh pilih cara bayar. Bank in/transfer atau bagi pengguna kad kredit boleh bayar guna paypal. No account akan diberi melalui email once dah confirm order. Tak payah nak tunggu seller pm account no. Lagi mudah dan cepat kan!
- Order di website lebih terjamin. Facebook or email anytime je boleh kena hack. Saya sendiri pernah kena masa guna Facebook as Jaja Online Shoppe tahun 2011. Time tu friendlist dah nak dekat 5000, terpaksa buat fb baru add friend balik. Nak cari balik customer yang dah buat bayaran lagi jenuh.. Hackers ni dapat email, habis fb pun di hack nye. Apa yang diorang dapat dengan hack email dan fb ntah la kan.


Bagi owner website pula, order di website lebih senang nak update status pending, shipped, booked. Tak la tercicir nanti. Boleh tengok sales monthly berapa dan banyak lagi la. So kawan-kawan yang ada bisnes online berdaftar dan memang serious boleh la buat website ni. Untuk dapatkan web developer ni boleh google je dan buatlah pilihan terbaik.



PROMO sikit... Sale berlangsung 28/8 sehingga stock habis..




Till then. Da~~




Published with Blogger-droid v2.0.8

Related Posts with Thumbnails