Wednesday, April 14, 2010

Insiden @ minggu 37

Salam 1 Malaysia

Pagi semalam check up di KKIA, Pantai Dalam.. tp ada permulaan hari yang tak berapa syiok..


jatuh
tak sedarkan diri
bleeding


tp tentula bukan saya.. kalau tak masakan saya boleh buat entry ni


kejadian tu berlaku pd seseorg yg tidak kami kenali. masa tu saya, mak & azief baru keluar dari lift. pastu peniaga kat situ bising2 . yang saya dengar "jatuh" je. dlm kepala hotak saya masa tu..

"apa yg jatuh?"
"takkan ada org jatuh dari tingkat atas. tragedi ni"


sekali tgk2 mmg ada budak jatuh atas jalan raya tu. tp bkn ada motor atau kereta pun. memang la ada tapi tak kacau dia pun. tiba-tiba je dia leh jatuh sendiri

rupa-rupanya budak tu ada sawan. tengah2 jalan tu jatuh muka tersembam kat jalan. tu yang berdarah..


tp yang menyirap darahnya kan, sikap orang Malaysia ni. majoriti kat situ wanita a.k.a kaum yang lemah~bila bab mcm ni ngaku la.. huhu.. so what do u expected?? takkan la nak suruh makcik-makcik kat situ angkat budak lelaki yg umur lebih kurang 20tahun.. walaupun kurus..


tiba-tiba kat satu sudut tak jauh dari tempat kejadian, ada la seorg pakcik lelaki ~of course la pakcik tu lelaki kn.. bila makcik2 panggil dia, dia macam blur2. dah nampak ada budak tertiarap kat atas jalan tu boleh lak dia jalan dengan lenggang kangkung mak minah dia.. ayun tangan yang berasap..


pergghhh... gua angin betol tengok pakcik tu. pastu boleh pulak tanya
"anak sape ni?"

hello!!! penting ke nak taw anak sape dalam waktu macam tu?? at least do something la bro!! dia tnya sambil tengok2 budak tu tanpa usik. pas tu dia blah..


OMG!!!
nasib baik ini bukan kaum kerabat gua


pastu pak guard kat situ punya hal lak.. masa kejadian tak jauh sgt pun dgn tempat duduk dia. panggil2 tak dengar. sekali mak gua gi kat tempat dia lepak tu. taw dia tengah buat ape??
TIDURRR!!!

wow.. ini lah harapan penduduk flat ni utk jaga keselamatan kami.. TAHNIAH jaga... jaga ni pun sama mcm pakcik td.. dtg tengok2, mcm YB tengok tapak projek. pastu blah.. smbung tido agaknya


almost 20-30minutes gak la budak tu terbiar macam tu takde org bwk ke klinik. dari dia tertiarap smpai dia bangun duduk sendiri. nak bangun jalan mungkin tak larat dengan muka berdarah..

after that baru la dia di bwk ke klinik. tu pun setelah mak sy suruh anak kwn mak saya yang kebetulan lalu situ anta..


ayah saya?
masa panggil kat teksi dia, dia takde pulak. jadinya kena cari alternatif lain la


bila difikir-fikir balik.. ermmm... macam mane la kalau bnda macam tu jadi kat family kita, org buat dek je.. kalau yang sakit tu silap-silap boleh mati

sebelum ni pun terfikir gak. saya ni tiap ari dok umah sendiri je dgn Azief.. buatnya time dok berdua tu pulak sakit nak bersalin, mcm mane tu? kadang org tak fikir keadaan kita, tp nak ckp lebih-lebih pun masing2 ada life sendiri.. harap dijauhkan la.. semoga Allah permudahkan urusanku dan perlihara kita semua..


tp yg sempat saya perasan.. masa kejadian tu, azief sembunyi kat celah-celah motor. takut agaknya.. lagi2 dgn darah tu.. sy pun tak tengok dekat-dekat. risau lak ngandung-ngandung ni tgk bnda2 mcm tu..


tp mak saya nmpk seperti super heroin. walau tak buat ape tp dia pk kan sesuatu utk tolong budak tu

ok.. tamat sudah pasal insiden tu


some update pasal check up arini

i gained another 0.2kgs for this week.. seb baik la tak naik mencanak sebab saya rasa saya semakin kerap lapar lately ni

yg lain2nya seperti biasa jua.. Alhamdulillah takde ape mslh sgt bg saya dan baby


Semalam pas check up tak terus balik umah.. Naik train ke KL Central, pastu gi PJ Sek 14, kedai mak.. Patutnya dari klinik tu boleh je naik bus ke KL Central tp malas nak sesak-sesak dgn keadaan boroi mcm ni

tp dlm train saya tetap kena berdiri. seb baik la 2 stesen je, tu pun naik lenguh gk tumit ni berdiri..

ohhh.. org malaysia LAGI ~tp dlm train tu ramai foreigner je


luckily
dlm bus ke sek 14 tu ada brother yg baik ati bg minah boroi ni duduk. thanks so much. really appriciated it.. walaupun kadang-kadang saya segan nak guna kelebihan 'wanita mengandung' itu


so kat asia jaya tu byk gak bnda yg saya buat dan pegi. gi bank kuarkan duit, stand by utk bersalin. pastu hidupkan balik Maybank2u yg rupanya expired kalau tak aktif 6 bulan. beli Choc Indulgence kat Secret Recipe, mkn KFC belanja mak n azief.. dan snikers utk saya n mentos utk azief..



opss lupa..

di KL Central beli toblerone dgn hazelnut chocolate



waahhh... sakan mak buyong ni merayap dan melantak


sbnrnya dah mula sakit2 kat bwh perut nih.. ermmm.. tak lama lagi je ni.. tak kisah la bila-bila pun

cuma harap2 daddy ada masa dlm labour room nti.. AMIN..

9 comments:

Sharinginfoz said...

kek secret recipe sedap kan

Blogging: RM10,000 Sebulan

DiLLaiLa said...

mak aihh..dekat 20 min takde orang tolong??melampau seyy...

aku rasa kalo yang pitam tu mat saleh berebut orang kite nak tolong kot..kalo tengok kaler lebey kurang same je pastu kurus2 cam 'mat p*t' tu diorang buat bodo la kot...hmm..

ardinihumaira said...

oh snickers! huhu

liza said...

sharinginfoz:yup!! mmg sedap.. sll mkn choc indulgence je.. huhu

dilla:tu sbb jantan yg jatuh..cuba kalau awek.. tp mentaliti org msia mmg cmtu.. what to do??

Siti said...

alahai..sdihnye baca psl budak tu..teruknya la perangai..rasa mcm naks epak jer jantan2 kat situ..huhu

liza said...

dini:sejak2 pregy ni daku mmg suka snickers.. huhuhu

liza said...

siti:ye la.. kt ni nak bising lebih2 pun laki2 kat situ pangkat pcik or abg.. kalau adik2 dah kena kot.. huhu

bdk bucuk :P said...

lom kene kat family dorang kot. Wp apa org tu or sape org tu, kita kene arr tolong. tp tu arr sometimes org blurr tiba2 bila blaku insiden camtu dpn mata. reaction dia lmbt skit. tp dlm citer ko ni... diaorg cam sengaja je xnk tlg.

x sabar nk tgk baby ko la liza..

liza said...

tu la.. kalau blur2 pun takkan dah nmpk budak tu bleeding semua boleh tgk n blah je kn..

huhu.. baby on the way.. tunggu tika dan saat je ni.. hehehe

Related Posts with Thumbnails