Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

Shopping @ Pureen Sales!

Assalamualikum


Entry tertunda. Nak share pasal aktiviti shopping last week iaitu pada 4 Dis. Actually hari tu banyak tempat buat clearance sales. Kiko, pureen, Sogo etc. Mula-mula saya dapat info sales Kiko. Terus teruja nak pergi. Kalau tak de apa-apa untuk dibeli pun at least boleh cuci mata sikit. Last minute dapat tahu Pureen pun ada buat clearance sales. Terus niat dipesongkan. Sebab rasanya kalau Kiko tu macam tak banyak pilihan berbanding Pureen. Lagipun sales Pureen kat PJ je, Kiko kat Puchong, jauh sikit..



Kami sampai sana dalam pukul 3 pm. Memang tengah ramai. Tapi barang banyak lagi. Masa sampai tu hubby turun dulu. Saya tunggu Azhad yang baru tidur. Tak sampai hati nak kejut. Lepas 30 minit baru saya dan Azhad turun. Masa tu hubby berada di area pakaian. Rupanya hubby dah siap beli barang-barang lain. Ada sabun mandi Azhad, pampers baby, baby wipes dan tak lupa juga pampers ummi. Kekeke.. Beli sekali harung dah alang-alang kan..


Kat bahagian pakaian tu ada baju serendah RM1, tapi bukan 1 set la. Baju lain, seluar lain. Kena pandai pilih sebab ada yang takde size, koyak dan kotor.









Pyjama serendah RM12/set. Memang murah! Pilihan tak banyak untuk baby boy. Kalau baby girl banyak juga. Tapi kena pandai pilih la. Macam saya tak sempat nak memilih sangat sebab sibuk kejar Azhad, hubby lak pegang barang yang dah dibayar. Nak simpan dalam kereta, parking jauh lak! Tapi salute la kat hubby sebab berjaya gak sambar baju yang cute!





Inilah hasil shopping kami. Baju Azhad dan baby seorang 4 pasang. Ummi punya barang untuk lepas bersalin nanti. Habis almost RM300 juga tapi dapat banyak barang. Memang rasa berbaloi pergi.


Owh.. Ada tak yang tertanya-tanya kenapa saya tak ambil je baju yang saya jual untuk anak sendiri? Jawapannya, sebab kalau saya ambil barang jualan, hubby macam liat nak bayar balik. Sebabnya konon baju tu saya yang belikan. Kalau beli kat kedai macam tu memang confirm la guna duit beliau. Huhuhu. Kedekut betulkan saya. Hehe


Sehingga bertemu lagi!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 12, 2011

Digital Studio Contest! Please VOTE for Me!!!

Salam

Dah lama tak join contest.. kali ni nak join contest 'like' lak.. Harap kawan-kawan semua sudi like gambar yang saya pertaruhkan.





Caranya mudah je


FISRT STEP : Like DIGITAL Studio's Page at https://www.facebook.com/dgtalstudio

SECOND STEP : Like my picture!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=328524400494290&set=a.314468815233182.93209.112590772087655&type=3&theater


Please vote for my pic. siapa2 nak exchange vote boleh comment bawah pic ni..


Thank You In Advance

Saturday, December 10, 2011

Air Asia OH Air Asia!!!

Assalamualaikum


Stress!! Tension! Tapi yang lebih tepat SEDIH!!!


Semalam sekelip mata je habiskan RM150+ kat Air Asia.. memula dah YEAY!! Siap dah berangan macam-macam lagi. Tak lama lepas tu teringat something, then check balik!!


OMG!!!


Memang confirm akan BURN lah tiket tu. ARGHHH!!!


Sebabnya, saya dah berjaya tempah tiket ke Langkawi pada 24 Oct - 26 Oct 2012. RM150+ untuk 3 orang. baby dalam perut tak masuk lagi, dah lahir nanti baru beli lain.. kira murah la tu kan. tapi MALANGnya apabila 26 Oct itu merupakan HARI RAYA HAJI!!!! Tension i!! Dah la next year turn balik Kelantan. Kalau balik kg i harus la i dont mind since raya haji kitorang biasa-biasa je. lagipun dekat, nak balik kg tu anytime.. So berendam la air mata ni. Eh! Takde la berendam pun, mengalir sikit je. Dah la kepingin sangat nak ke Langkawi, dah dapat tiket boleh lak clash macam tu.


Suatu ketika dulu..



Sedih! Fikir punya fikir memang takde jalan keluar. Kalau call Air Asia tak kan dia nak layan punya! Redha dalam keterpaksaan je la. Pengajaran! Lain kali check calendar dulu. Memang dah check tapi check time cuti sekolah je. Tak nak time cuti sekolah, confirm penuh. Tak teringat langsung pasal raya haji..


Nasi dah jadi bubur. Bagi mengubati kekecewaan ini akan ku pujuk hubby ku untuk ke Cameron on the way back dari Kelantan nanti. Huhu..


Kalau raya haji tak jadi or di lewatkan/awalkan sikit tak boleh ke??? Huhuhuhu


Ok la. Chow chin chow dulu..


Saturday, November 19, 2011

Azhad & Penguin

Yeay!


Finally! After almost 2years dapat juga saya tengok wayang. Siap bawak Azhad lagi! Without mr hubby. Ha!! Sila percaya jangan tak percaya! Eh!! Banyak pula tanda seru macam marah je. Hehehehe


Alkisahnya semalam my sis datang umah ambil baju anaknya yang saya tolong belikan. Lepas tu mereka nak ke Mid Valley tengok movie. Saya pun teringin nak ke sana ada Maternity and Baby Expo (18/11-20/11). So saya follow la. Kitorang jadi single parent jap.


Sampai Mid Valley terus ambil tiket. Cerita apa? Happy Feet 2. Layankan Azief. Ingat nak tengok Alamak Toyol tapi bila fikir baik tengok kartun kot-kot Azhad tak meragam, kan. So i follow je la. Sebelum tengok wayang gi isi perut dulu. Wah!! Pandai Azhad makan sendiri. Lapar sangar gayanya. Hajat nak ambil pic dia yang tengah comot tapi tak sempat sebab nak tengokkan tangan dia yang pantas mencapai tu.





Lepas makan terus masuk panggung. Macam mana gelagat Azhad? Saya agak cuak sebenarnya takut Azhad menangis, lagipun time tu waktu tidur dia. Kang tak pasal-pasal kena keluar dari panggung lak. Masa masuk dalam tu terang lagi. Sempat Azhad main tangga dalam panggung tu. Bila dah start tayang iklan Azhad layan je tapi mulut tak berhenti mengomel dan menjerit excited. Bila agak-agak Azhad nak menjerit or menangis saya sumbat biskut dalam mulut dia. Diam la kejap. Lepas tu sambung membebel dan menjerit. Ada la juga amoi yang buat "sshhh" padahal bukan Azhad menjerit kuat or menangis pun. Budak tu excited tengok penguin joget. Dalam 10 minit selepas movie tu start terus tak dengar suara Azhad lagi. Sebab? Dah dapat ubat tidur dan terus lena dalam kebisingan dan kesejukan sampai abis cerita tu. Lega sikit. Tapi bila tiba-tiba sound kuat risaula jugak Azhad terkejut dan menangis. Tapi selamat dia lena diulit mimpi dalam dakapan hangit ummi dia ni. Hehehe..


Habis movie tu kami singgah expo dulu. Tapi tak round habis pun sebab tak larat nak dukung Azhad. Nak biar dia jalan sendiri kat booths tu confirm tak dapat tengok juga sebab sibuk kejar Azhad.. Tapi ramai yang beli pampers mamypoko. Murah kot. Tapi katanya dapat bantal free.. Nak beli barang untuk baby memang belum lagi. Kena tunggu 2-3 bulan lagi. Wajib pergi bersama tukang bayar. Kalau beli sendiri susah nak claim. Hehehe.


Budak lasak berlari. Tak larat weol nak kejar..




Eh. Nak review pasal movie ni sikit. Overall syok! Saya sebenarnya bukan peminat cartoon macam ni tapi bila dah tengok memang layan. Ada moral value gitu. Suara penguin sangat chomell. Menari shuffle macam Azhad. Abi Azhad cakap nak cari CD cerita ni. Mungkin nak suruh Azhad mantapkan tarian shuffle nya. Kekekeke



Wassalam~~


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 17, 2011

Sudah Separuh Jalan

Assalamualaikum


Sedar tak sedar sudah separuh jalan. Dah lebih separuh pun. Dah nak masuk minggu ke 21 dah! Tapi sekali pun saya belum pernah cerita tentang kandungan ni. Sian baby. Kalau time abang Azhad dulu tiap kali lepas check up mesti update. Kali ni tak larat nak update tiap kali lepas check up sebab 2 minggu sekali kena hadap akak-akak misi tu. Nak tahu sebab apa? Jom baca! Tak nak baca sudah. Huhuhuhu


Usia kandungan 10 minggu lebih (6/9/11) saya dah pergi register di KKIA Kg Pandan. Walaupun mengandung kali kedua saya pergi gak KKIA seawal 10 minggu. Eh dulu 6 minggu dah register tau! Sebab setiap pregnancy tak sama. So better dapat pemeriksaan awal. Berat masa tu 44.5kg bawah 45kg dapat la sticker hijau. Wah! Ringan betul i. Time muda remaja pun tak ringan macam tu. Huhuhu


1st scan @10weeks




3 minggu kemudiannya (27/9/11) saya melepak di KKIA lagi untuk check up. Alhamdulillah semua ok. Berat naik jadi 45.1kg. Seminggu sebelum tu saya bleeding sikit dalam 2-3 hari. Hari kedua ada pergi private clinic untuk check, tapi doc kata its normal bleeding di awal usia kandungan. Tapi kalau sikit la. Kalau bleeding sampai kena pakai pad tu perlu dibawa ke hospital segera. Saya ada tanya adakah sebab saya masih menyusukan anak? Doc cakap tak de masalah kalau menyusukan anak. Tak effect pun. Jangan angkat benda berat. Lepas tu baru teringat malam before bleeding tu kami shopping barang banyak giler so terpaksa menghulurkan tangan untuk angkat barang! Masa check up di KKIA tu ada la mentioned pasal bleeding ni, jadinya terpaksa lah datang after 2 weeks. Arghhh!! Doc KKIA bagi surat untuk rujuk hospital tapi tak pergi pun sebab dah tak bleeding, lagipun kitorang dah pergi private sebelum tu. Malas nak tunggu lama..


Selepas 2 minggu (12/10/11) kami pergi lagi melepak di KKIA. Berat semakin naik. Wah!! 45.9kg sudah! Yang tak bestnya hemoglobin rendah. 9.5 saje! Nak tak nak dapat lagi tarikh appointment lagi 2 minggu. Hubby naik stress!! Lepas tu pergi beli makanan yang boleh tambahkan darah. Delima, jambu batu, bayam. Hati ayam dan kerang saya reject awal-awal.. Delima bila makan boleh weng lak kepala. Terpaksa lah dilupakan.


Scan @16 weeks




Pemeriksaan berikutnya (25/10/11) hb naik sikit sangat. 9.8 je. Berat pulak yang senang naik jadi 47kg. So kena la datang lagi 2 minggu. Hubby semakin stress. Terus balik dari KKIA tu dia beli kerang 2 kilo. Balik dia rebuskan. Dan itu adalah menua harian saya. Sampai dah tak tahu nak masak apa kerang tu!


Last check up buat masa ni pada 8/11/11. Nurse confuse je bila hb makin turun lak, jadi 8.5. Gila rendah! Terpaksa ambil darah dan bawak ke Klinik Kesihatan untuk details check. Hasil bacaan darah dekat sana 11.1. Normal! Lega gila!! Nasib baik. Kalau tak kena bebel dengan hubby lak! Berat badan semakin menjadi-jadi naiknya. Dah sama berat time saya awal-awal mengandungkan Azhad. 49.1kg. Dulu 2 bulan awal berat turun sebab tak selera makan. Pastu naik dalam 2kg je.. Sekarang ni baru 4 bulan dah naik 4kg lebih.. Makan sama je macam biasa. Awal-awal dulu pun tak berselera sangat. Sekarang ni ok tapi takde la makan banyak pun sebab saya malas masak. Makan apa yang ada. Hubby nak balik dari keje baru masuk dapur. Tapi kadang tu tak sempat pun bila Azhad nak melekat je..


Seawal 17weeks dulu dah dapat rasa pergerakan baby. Lagi-lagi bila saya tukar posisi dari mengiring ke terlentang. Bila dah terlentang tu dapat rasa baby pun bergerak. Dia pun betulkan kedudukan dia kot. Huhu.. Sekarang ni dah rasa macam baby tendang. Saya rasa macam angin je perut. Confuse juga baby tendang ke angin walaupun bukan first time. Hehehe


Alhamdulliah, pregnant kali ni pun takde alahan. Takde muntah. Takat pening dan mual sikit. Cuma kadang takde selera nak makan masakan sendiri/masakan dari rumah sendiri. Nak makan beli or rumah orang je. Huhu.. Bankrap kalau tiap hari nak beli! Kali ni ada rasa sakit bahagian atas punggung, dekat dengan kelengkang, dan semalam masa tengah solat boleh pula rasa sakit tumit. Uik! Baru 20 weeks la dah sakit macam-macam. Badan semakin dimakan usia. Sebab tu sementara muda kena tambah anak. Hehehe


Mengidam? Alhamdulillah dari 1st pregnant sampai yang kedua ni saya takde mengidam yang bukan-bukan. Kalau setakat teringin tu adalah. Owh. Itu mengidam ke namanya? Mengidam tu macam teringin yang beria-ia kan. Saya teringin biasa je. Tak dapat pun takpe. Tapi bila mengandung ni hubby akan penuhi hajat sebaik mungkin, yang termampu terdaya la. Tetiba nak makan daging arnab macam mana? Haha. Tapi selalu bila mengandung teringin nak berjalan. Dulu dapat gi Kudat walaupun perjalanan memakan masa hampir 2jam dengan jalan yang teruk. Kali ni list banyak tapi tengok la kalau ada rezeki.. InsyaAllah.


Gender masih belum diketahui. Harapannya of course la baby girl biar sepasang. Tapi kalau boy jugak kami terima denga redha.. Huhu.. Dok jual baju baby ni geram je rasa. Kalau dah tahu gender haruslah amik baju yang berkenan simpan kat baby. Untung baby dapat baju murah. Bila murah dapat beli banyak. Time abang dulu, ummi belum jadi tokey. Tak pe, abang pun dapat gak nanti..


FYI, tiap kali check up kedua-dua heroes akan tunggu bersama. Balik dari klinik hubby terus pergi kerja. Kalau lewat sampai petang, terus tak masuk office. Kadang tu sanggup ambil cuti sebab penat menunggu. Azhad pula sampai tidur dalam kereta sebab terpaksa bangun awal dari kebiasaanya. Hubby cakap nak berlaku adil. Dulu time Azhad beliau sentiasa bersama, unless masa saya dah balik KL. Tunggu la sorang. Tu yang kalau boleh nak teman juga sekarang ni. Lagipun kalau saya tunggu sorang dengan Azhad siapa nak jaga Azhad time jumpa nurse!


Ok la. Dah panjang ni. InsyaAllah saya update 20minggu lagi. Haha. Time tu dah beranak kot! Ummi tak adil kat baby kan, malas nak update selalu. Update pasal abang Azhad pun jarang dah. Huhu. Sorry la sayang2, dulu masa mengandungkan abang Azhad ummi takde kerja boleh la ngadap laptop update blog. Sekarang ni ummi banyak kerja, dengan melayan kerenah abang Azhad lagi. Huhu.. Alasan!


Sehingga bertemu lagi. Daa~~


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 10, 2011

Raya Haji & Azhad 18 Bulan

Assalamualaikum


Salam Aidiladha kepada semua umat Islam. Semoga segala pengorbanan kita diberkatiNya dan dihargai.

Owh. Raya Haji kali ni kami pulang ke kampung emak dan ayah saya di Melaka. Raya puasa dah balik Kelantan seminggu lebih, takkan nak balik sana lagi walaupun raya haji kat sana lebih meriah. Kena la adil, bergilir. Tak kira la kalau saya boleh jumpa family setiap minggu, tapi setakat jumpa 3-4 jam je mana sama dengan balik kampung, tidur makan bersama kan.


As usual, raya haji kat sini takde yang menarik. Balik dari sembahyang raya makan dan aktiviti bebas. Tengok tv, tidur, sembang-sembang. Tiada aktiviti menziarah. Kalau kat kampung en suami, lepas sembahyang raya dia akan tolong lapah lembu korban. Tengah hari atau petang pergi makan kenduri orang yang buat korban. So.. En suami rasa boring la bila raya haji kat sini. Sama la juga macam saya rasa boring bila raya puasa kat sana. Kekekeke. Lain tempat lain caranya. Kenalah terima dengan hati terbuka! Raya haji kali ni akak dan abang beraya di rumah mentua masing-masing. So agak kurang bising la rumah tu. Kalau tak bising dengan suara anak buah bujang tu je..


Raya kali ni juga genap lah Azhad Nayli berusia 18 bulan iaitu 1 tahun 6 bulan. 6 bulan lagi ummi nak dapat PHD in breastfeeding. Semoga Allah permudahkan. InsyaAllah..


Dikesempatan yang ada ni saya nak update sikit pasal progress Azhad. Last update masa Azhad berusia 15 bulan. Lama tu. Huhuhu..


¢ Dah ada 4 gigi atas, 4 gigi bawah, gigi geraham atas dan bawah belah kiri
¢ Semakin pandai menurut perintah
¢ Dah berjaya panjat meja makan untuk main laptop
¢ Sibuk nak makan sendiri. Tapi bagi makan sendiri benda kering je macam biskut, cereal etc
¢ Pandai kiss orang apabila disuruh. Tapi cara kiss lain dari yang lain. Dia akan hulur dahi, pipi dekat mulut orang yang nak dicium. Siapa cium siapa tu ye? Huhu
¢ Dah boleh panggil 'umi abi' tapi kadang-kadang je
¢ Semakin banyak perkataan yang disebut, bermakna atau tidak
¢ Tak susah nak bagi makan ubat or vitamin
¢ Dah boleh tidur tanpa ummi dengan syarat ummi takde depan mata dia. Huhu
¢ Lebih suka berlari dari berjalan. Nak jadi pelumba lari negara kot. Huhu
¢ Pandai menyakat. Kalau lepas mandi mesti lari time nak pakai pampers sambil gelak-gelak. Lepas pakai pampers lari lagi time nak pakaikan baju dan seluar
¢ Semakin kuat menangis, compare masa dia baby dulu. Stress dibuatnya! Kalau ada masa nak story part ni. InsyaAllah


Apa lagi ye? Tu je kot. Tak pe la kalau perkembangan anak tu slow. Asalkan ada improvement day by day, tak pun week by week. Jangan terlalu risau bila anak lambat jalan, lambat bertutur. Tapi selalunya parents cool je, orang luar pula yang sibuk tolong risaukan.



Azhad dengan abi pada hari raya haji




Ok lah. Tu je untuk kali ni. Sehingga bertemu lagi. InsyaAllah..



Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 31, 2011

Short Trip Ke Lumut

Salam


Last thursday (27 Oct 2011) saya dan azhad follow hubby gi Lumut. hubby ada meeting on Friday. Saja nak berjalan. Bila lagi kan. hehe.. tapi tak de lah berjalan sangat sebab cuaca tak menentu. bila dok dalam bilik panas je. tengah siap-siap hujan membasahi bumi lak.. so hajat di hati nak ke Pangkor mengimbau kenangan masa awal-awal kahwin dulu terpaksalah di lupakan..




lena diulit mimpi


nak bangun bukan main payah gara-gara susah nak tidur. kitorang sampai khamis malam dalam pukul 11pm. azhad dah tidur masa dalam kereta. so bila masuk hotel tu dia fresh lagi. nak main je. sampai mengamuk abi dia tensen tak boleh tidur sebab ada meeting keesokan harinya.. malam kedua Alhamdulillah senang tidur.



Pagi Sabtu kitorang sempat pergi Teluk Batik. Saja nak bagi Azhad main laut walaupun kenyataannya ummi Azhad yang lebih-lebih, as usual. huhuhu..



"Abi. tak nak.. takut la" sambil kuat peluk abi..


"Yeay.. bestnya.. tak nak balik lagi" bila bawa naik marah lak..


"Bestnya main air ngn pasir ni.. kat rumah tak boleh!"




Actually masa mandi laut tu mood Azhad tak ok.. diam je. tak de gelak-gelak or membebel.. Sampai la time lunch dengan my best friend, Ilah yang kerja kat Mimet Lumut. Azhad tak nak duduk dalam baby chair. makan nasi pun kurang. mengamuk je.. tahu la tu ada yang tak kena. lepas makan, kitorang terus gerak balik KL.. tak sampai 10 minit dalam kereta Azhad dah tidur.. huhuhu.. ngantuk sangat la tu. mana taknya pukul 9am dah di kejutkan. selalunya dia akan bangun sendiri tak kira la pukul berapa pun. huhu


ok la. insyaAllah ada masa ada lah entry baru.. tak menyempat betul sekarang ni. baru seorang. dah 2 nanti macam mana la gamaknya.. huhuhu


AdioS!!


Tuesday, October 25, 2011

Sama Tak Serupa

Hello mommies!


Sama tak?


Hehehe.. Kebetulan pulak! Ni gambar masa sepupu kawin awal bulan aritu. Lagi gambar nanti-nanti lah. Just selingan je ni. Tujuan utama nak show off cerita sikit pasal hasil meniaga 2 bulan ni yang telah dihabiskan dalam masa beberapa minit je. Huhuhu~~




Alhamdulillah, selepas bayar apa yang patut, bagi pada siapa yang patut, duit dalam kedua-dua account ku masih banyak. tapi tak la sebanyak orang gaji tetap tu kn. tengok dekat fb pulak, harga benda ni tengah jatuh, jadi terus lah pagi khamis (20 oct 2011) tu saya sms en suami cakap nak beli benda ni. dia pun ok je.



Dulu orang buka akaun ASB, saya sibuk buka gak. tapi yang keluar lagi banyak dari masuk. lagipun bunga tak banyak. lambat nak kaya. hahaha..


Sekarang musim orang beli benda ni lak. insyaAllah tak kan ada kerugian. sebab dari zaman dulu pun harganya naik je.. boleh agak apa tak?? jom tengok!









itulah jongkong emas. jongkong la sangat.. gold bar lah! dua ketul yang sama, tapi nilai belian tak sama.. satu saya punya, satu en suami punya. en suami beli dah lama.. sebelum raya lagi. time tu harga 10g RM1731.. kalau tak silap. saya punya rm1826 untuk 10gram. 10g je yg termampu beli. insyaAllah ada rezeki nak tambah lagi. tapi ada target lain lak lepas ni..


dulu masa nak kahwin, tahun 2008, RM90 boleh dapat sebentuk cincin belah rotan. sekarang ni takde RM200 jangan mimpi.. so memang terbukti value emas ni makin tinggi..


owh.. ini bukan niat nak menunjuk ye. just untuk catatan sendiri. well, sekarang kan orang guna blog as diary. nak pakai buku ni leceh. masuk tahun baru kena buang. kalau tak semak samun rumah. huhuhu.. walaupun hartaku bukan lah rumah bernilai separuh juta, bukan juga kereta import buatan korea.. tapi at least, dengan duduk di rumah, membesarkan anak yang semakin 'baik' ada juga hasilnya.. bak kata orang,


"berapa banyak yang kamu dapat tak penting, yang penting berapa banyak yang kamu simpan"


owhhh.. ada yang berbunyi ke, "orang dah lama beli, dia baru nak beli"

better late than never kan.. hehehe


nak di jadikan cerita, keesokan harinya, jumaat, kami pergi ambil stock. boleh pula time kitorang pergi tu stock baru banyak masuk. naik rambang mata.. habis juga la duit hampir sama jumlahnya dengan beli emas.. berulang kali cakap kat en suami, "nasib baik dah beli emas. kalau tak, tak nampak untung ke mana, modal ke mana.." dan nasib baik jugak lah kereta kecik je.. dah penuh barang. kalau tak harus lah gigih pinjam bank bergerak.. kekekeke



daa~~


Friday, October 21, 2011

Pulut Mangga

Salam


Ni dinner ku semalam.





Setelah dengar beberapa minggu orang tu cakap pasal makanan ni, akhirnya dapat gak merasa. First time dengar dan makan. Sedap!


Walaupun orang cakap pulut boleh menyebabkan angin bagi ibu mengandung dan baby, tapi saya dan azhad tetap belasah. Alhamdulillah takde apa masalah..


Next time boleh buat sendiri. Tak susah pun tapi bergantung pada tahap kesibukan atau kemalasan.. Hehe.


Daa~~
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 16, 2011

Tickers Baru.. Hehehe~~

Fuhh!!


Lama tak berupdate blog ni!
Cuba tengok tikers kat atas ni.
apa yang korang nampak?


Kitorang dah kahwin 3tahun lebih.. lagi?
Azhad dah 1 tahun 5 bulan.
tapi dah 2bulan tak update cerita pasal azhad..
lagi? cuba tengok lagi sekali!

Adik Azhad is on the way
i am 16 weeks and 2 days pregnant..
YEAY!!
ini betul-betul bukan olok-olok taw..
so apa lagi?

ucapkan tahniah!
doakan semoga semuanya selamat hingga akhirnya
semoga this time baby girl pulak!

nanti-nanti cerita pasal azhad dan ummi in 1st trimester
daa~~~


ps: jom join giveaway di Ummi Nayli Collections

Saturday, September 24, 2011

Hadiah dari Filipina

Weee~~~


Seronok. Hari ni hubby pulang bawa hadiah. Eh! Tapi bukan dari beliau! Admiral Philippine yang bagi. Hubby cakap "awak bukan buat kerja dapat hadiah" Ayat orang jeles. Then saya reply la, "2 malam awak kerja malam orang penat jaga azhad. Dah la dia meragam" Hehehe


Actually bermula 20 hb hingga hari ni ( 24 hb) hubby di tugaskan untuk membawa deligasi askar dari Filipina. Habis dipusing satu KL. Tempat yang tak pernah pergi pun dapat pergi. Best la kan. Nak harap pergi sendiri bila ntah. Tapi hubby dok mengeluh penat. Lagipun diluar bidang kerja dia. Alaa.. Sesekali enjoy la. Next time kalau nak pergi jalan dah tahu. Huhuhuhu

Tapi tak nak komen lebih-lebih kerja orang. Kena batang hidung sendiri baru tahu!


Jom tengok apa yang saya dapat!


It's a box!




Bukan music box. Just an empty box. Macam tahu je saya memang sedang berangan nak cari box untuk simpan barang kemas yang tak seberapa itu..






Yeay! Semua dah tidur dalam bilik baru. Semoga lepas ni takde la bersepah lagi!



Jom tengok apa untuk hubby!



It's a box too! Siap ada nama lagi




Mula-mula hubby nak simpan je dalam almari kaca dia. Pastu saya ambil dan goncang. Ada bunyi. Saya suruh buka dulu mana tahu ada badge tulis Filipina ke, sebab Admiral tu cakap hadiah tu dr Filipina, tempat lain tak jumpa. So hubby pun menurut perintah je la..



Jeng! Jeng! Jeng!






Sekali curut daaa... Hubby dah la tak hisap rokok. So kena la sedekah kepada yang memerlukan. Daripada lemau macam tu je. Huhuhu. Kotaknya boleh la disimpan dalam almari kesayangan itu. Hehe



Sedang kami sibuk belek hadiah ada seorang budak sibuk mencelah. Eh Azhad takde hadiah. Tapi abi belikan coklat Toblerone masa gi airport hantar deligasi Filipina tadi. Eh! Tapi tu share taw. Bukan Azhad punya sorang. Budak kecik tak boleh makan coklat banyak nanti gigi rosak!



Ps: Tahniah buat Hasdilazira kerana selamat melahirkan Aimy Qairina pada Rabu lepas. InsyaAllah ko balik PJ nanti kami melawat k. Selamat berpantang..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 13, 2011

Salam Syawal 1432


Lambat sungguh nak update pasal raya, kan.. Busy mengalahkan menteri. Hehehe. Tak de la bz sangat, cuma tak sempat nak spend time depan laptop lama-lama. Anak bujang terchenta asyik nak berkepit!



Owwhhh. . Tahun ni xde gambar raya! Almaklumlah, raya rumah mentua, malu lak nak posing lebih-lebih padahal tuan rumah semua tak excited pun nak bergambar. Huhuhu. Jadinya snap gambar anak bujang nan sorang itu je. Tapi tak dapat banyak pun sebab anak bujang itu sibuk bermain..






Takde gambar bersampin dan bersongkok sebab tak sempat. TENSEN i!!! Hehehe


Itu adalah kali ke-2 saya beraya di sana. Raya kat sana, as usual. Hanya menziarah orang atasan, iaitu tok ayah (ayah kepada MIL), kakak MIL dan abang FIL. Lepas tu duduk rumah tunggu adik2 MIL datang. Adik la kena datang rumah kakak kan. Tak kan kakak nak cari adik lak. BANYAK CANTIK! ~Kalau memang cantik tak pe. Hehehe. Petang kami melepak rumah SIL. Baru senang hati nak bagi Azhad main, sebab kalau kat rumah MIL tu ada tangga, sibuk la anak bujang tu main panjat, turun. Dua kali jatuh tangga, hari awal sampai dan hari sebelum balik. Padan muka! Orang tak bagi main nak main jugak. Huhuhu. Apa punya mak la kan. hehe..


Hari raya ke-2 tak kemana pun. Malam je melepaskan hajat makan di Pantai Cahaya Bulan.. Thanks hubby melayan kerenah binimu ini. Itu pun bersebab, kalau tak mungkin dia malas nak layan. Hehehehe


Hari raya ke-3 kami gerak balik KL. Tak balik Melaka pun sebab hari raya ke-4 semua nak balik KL dah. Jumaat petang tu baru kitorang beraya rumah mak di Pantai Dalam..


Selepas seminggu lebih berehat, weekend lepas baru kami beraya. Sabtu kami 3 kereta pergi rumah sedara ayah di Puchong, Sg Buloh dan Tj Malim. Jauh berjalan tapi seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Ahad beraya rumah kawan satu course, iza. Lama tak jumpa. Last jumpa masa anak dia 6 bulan. Sekarang dah nak masuk 3 tahun pun anak bujangnya.. Cepat betul masa berlalu..


Ermm.. Itu je laporan raya buat masa ni. Kalau ada aktiviti beraya lagi nanti ku update. Kalau ada pic baru best nak story kn..


Dikesempatan ini ku susun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada yang tersinggung dengan kata-kata atau penaipan dalam blog ku.. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah. Yang kurang itu dari diri sendiri..


See ya!!


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 31, 2011

Aktiviti Azhad di Pagi Hari di Kelantan

Assalamualaikum



Jom tengok aktiviti azhad hampir setiap pagi di kampung abi azhad.






Anak u all ada? Kekekeke~~



Published with Blogger-droid v1.7.4


Thursday, August 25, 2011

Giliran Beraya Di Mana Tahun Ni?

Assalamualaikum


Raya mana tahun ni? Tahun ni turn orang kelate beraya dengan Azhad. Eh.. Azhad beraya dengan orang kelate. Owh.. Kami dah di kampung halaman tercinta sang suami pun. Awal tak? Rasanya macam orang pertama dari KL yang balik kampung. Kekeke~~


Siapa yang beraya di kampung sendiri mesti seronok, kan?! Dapat bergumbira dengan mak bapak, adik-beradik, sedara-mara. Wah bestnya!


Tapi bukan bermakna beraya di kampung belah sana tak best. Cuma keseronokan, kegembiraan tu kurang lah dirasai. Tempat orang tetap lah tempat orang. Takkan sama tempat kita jatuh dan bangun. Hehehe



Tapi biasanya yang rasai ketak'best'an ni orang perempuan lah. Sebab? Kalau rumah sendiri suka hati nak baring depan tv ke, nak terbongkang ke, nak bangun lambat ke.. Tapi kalau duduk rumah mertua, boleh? Walau tak de apa nak buat kena bangun awal juga. Takkan nak terperuk dalam bilik je kan. Hehehe. Kalau lelaki takpe la. Siapa peduli nak bangun awal ke lambat ke kan? Setuju? Hehehe


Tu alasan orang malas sebenarnya. Kalau orang rajin takde hal punya dok mana-mana pun. Kekekeke



dalam kereta on the way blk kg. Geram ummi tengok ribena tu




Sedikit info mengenai azhad: azhad suspected keracunan makanan. Subuh selasa start muntah-muntah. Dalam sehari tu dalam 7-8 kali muntah. Tapi masih aktif bermain. Hari ke-2 sehingga hari ni asyik berak-berak je. Nasib baik dalam perjalanan semalam tak banyak ragam. Alahai anak ummi ni. Bila nak baik. Cepat sembuh ye sayang.

Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, August 20, 2011

Luahan Hati

Assalamualikum


Just nak share some situations

Bila azhad makan/minum coklat, ada yang berbunyi "abis lah aktif azhad nanti"


Bila ada yang cakap dalam sebulan lagi tegap la azhad berjalan, ada yang jawab
"abis la penat ko nanti"


Bila azhad suka cakap guna bahasanya, ada yang cakap
"ada budak tu dah besar cakap bahasa dia je"


Dan yang cakap tu adalah orang yang sama.


Sungguh annoying rasanya. Macam lah anak i tu pasif sangat! Ingat kalau anak i tak makan coklat tak aktif bermain ke? Kalau jalan jatuh-jatuh tu tak boleh buat sepah? Kalau masih tak reti menyebut tak boleh bercakap ke?


Tengok apa dia buat?




Orang masuk dapur, dia masuk gak. Sudahnya keluarkan segala benda dalam almari untuk dibuat main. Eh, kalau anak i tak lasak takde la i kurus kering macam ni. Berat sekarang dah 43kgs je. Berat masa menengah rendah rasanya.


Pasal bertutur, doakan lah semoga semuanya baik. Tak payah nak bagi orang risau. Normal la budak cakap pelik-pelik. Kalau yang terus pandai menyebut tu kelebihan Allah beri padanya. Tapi kalau tak pandai gilap tak jadi orang jugak!


So cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarlah. Satu, dua kali orang terima. Masuk tiga kali orang menyampah!

Daa~~

Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, August 11, 2011

Azhad Berposing 3 Bulan Yang Lalu

Assalamualaikum..


Setelah sekian lama, 24 Julai yang lepas baru collected gambar Azhad hasil photo shoot 3 months ago.. Harga promosi RM68 je. tapi saya kehabisan RM500++ gara-gara termakan pujuk rayu Cina kedai gambar tu. pakej yang saya ambil termasuk pakej RM68 + softcopy 100pcs high and normal revolution in CD + hardcover sticky album + 15pcs printed size 4R + tak hengat. invoice pun campak entah mana.

Janji nak ambil hujung mei or awal June tapi delayed sebab budget lari beli Galaxy Tab. Jadinya 24 July hari tu baru gi collected. 100% sponsored by ummi azhad nayli. abi azhad buat dek je.. padahal anak dia jugak! TERTEKAN!!! hehehehe


Jom cuci mata tengok Azhad Nayli possing..


warming up




lentik juga bibirnya. kekeke




splash!




little cowboy.. :p




anak rusa ummi.. kekeke




tapak azhad




pirate of my heart




air liur meleleh.. huhu




best of us




best of us lagi.. :p




Sekian.. kekekeke

Tuesday, August 9, 2011

Azhad 15 Bulan

Assalamualaikum..







Inilah hadiah buat azhad sempena hari lahirnya yang ke -15 bulan, sabtu lepas.. memang terbaik terburuk lah! Pernah dengar tak tangkal berbunyi macam ni


"Fuh, tangkal balik pintu, orang nakal memang macam tu"


Huhu.. Actually tak la nakal mana pun budak azhad tu, tapi galak sangat main tu yang jadi macam tu. Yang lebih galak laginya, dia sibuk kejar anak dara orang, pompuan tu muda 2-3 tahun dari kami je, while masa tu ummi abi azhad sibuk pilih bag. budak pompuan tu salesgirl kedai tu, layan je azhad. berjalan tak stabil lagi dah berlari-lari, sudahnya jatuh tertiarap dalam kedai. tapi masa jatuh tu tak nangis pun. tak lama lepas tu terus menjerit macam orang kena histeria. dah la suara nyempring. upah bola pun tak jalan. balik rumah baru la kami detect tangan kanan azhad tak bergerak. bila bagi mainan ambil guna tangan kiri je. oh azhad! dalam masa 6 bulan, 3 kali dah tangan tu terseliuh.. 2 kali tangan kanan, 1 kali tangan kiri.. aduhai!!


so malam tu terus la pergi rumah bidan yang jaga saya untuk urut azhad. biasanya 2 hari dah baik. ni dah 4 hari tak ok lagi. semalam lepas berbuka pergi urut balik. hari Ahad kami bawa gi hospital untuk scan, Alhamdulillah tak patah. memang tahu tak patah pun, kalau patah langsung tak boleh angkat tangan. ni pegang barang boleh tapi tak boleh lipat kan tangan tu.. tapi ikutkan je la abi azhad nak pergi..


sambil tu nak update sikit perkembangan Azhad 15 bulan..
- berjalan tak stabil lagi, tapi dah berlari
- belum boleh memanggil ummi or abi
- mulut banyak cakap bahasa Jerman, "tokotokotok" Qalqalah qubra gitu
- dah pandai buka almari baju dia yang tak bertombol tu. penat nak kemas hall tak habis, nak kemas kain baju dia lak!
- dah pandai amik cawan atas meja untuk minum air. lepas dapat minum seteguk dua, cawan jatuh, lantai basah. nasib baik cawan tak pecah. baju azhad pun tak basah
- pandai merajuk bila kena marah. tunduk je or sorok muka celah ketiak orang yang marah dia
- pandai buat gaya marah bila kita nak marah dia. terus tak jadi marah. hehe
- dah tak makan bubur or nasi lembik due tu ummi yang malas. makan apa yang kami makan, tapi tak best lak tak boleh masak pedas-pedas nanti azhad tak boleh makan
- dah tak nak mandi dalam besen mandi dia. dah tak muat kot. so mandi berdiri je.



lagi?? tak boleh nak fikir. rasa macam tak banyak perubahan pun, since last update pun 2minggu lepas kan..



@tesco ampang. boleh mengembur lagi walaupun sebelah tangan sakit..


mommies, doakan supaya tangan azhad cepat sembuh ye. kesian dia main guna sebelah tangan je.. nak makan pun guna tangan kiri.. nasib baik tak kena cebuk sendiri. kalau tak, itu la tangan makan, itu la tangan basuh montot.. huhuhu


Wednesday, August 3, 2011

Ramadan 1432H

Alhamdulillah

Dah 3 Ramadan 1432H.. Dah masuk malam ke-4 pun. Tahun ni tahun ke-2 berpuasa dengan tanggungjawab menyusukan Azhad. Risau jika susu tak banyak. Tapi Alhamdulillah rezeki Azhad masih ada.. Sampai bilalah saya boleh mengenyangkan Azhad dengan susu badan ni? Rasa sedih pula bila fikir saat-saat dicerai susu.. Bolehkah Azhad terima? Senang tak Azhad tidur tanpanya? Errmmmm..


Enough! Tetiba je emo. Tak nak emo lebih-lebih.. Huhu..

Semoga saya dan semua mommies breastfeed dapat puasa sambil menyusukan anak dengan jayanya. Semoga segala amalan kita diberkati oleh-Nya..


Bulan yang mulia ni jangan gosip lebih-lebih ye. Nanti pahala kita entah ke mana, pahala orang yang digossipkan tu yang melimpah ruah..



clue untuk next entry.. kekeke




Wassalam

Friday, July 29, 2011

Belated Birthday Treat

Assalamualaikum..



Finally selepas seminggu baru dapat makan pizza ditaja oleh en hubby sempena birthday saya 17 Julai lepas.. 17hb tu dah plan tapi terpaksa di tangguhkan kerana pack hari tu..



kitorang amik set Citarasa Ramadan for two.. pizza sedap, air pun sedap. nak harapkan bulan puasa makan kat luar memang tak lah! mesti penuh je manjang. so kitorang makan dulu walaupun belum ramadan lagi. hehe





layan budak ngamuk lepas makan



Piza Seri Kasturi. yummy!!



air ramadan fizz.. slurrppp..



ni pun dalam pakej taw.. azhad punya!



add on.. seefood lasagna.. saja nak try..




beberapa jam sebelum 17hb menjengah ari tu hubby buat surprise. konon la! hehe.. dia keluar pukul 1030pm cakap nak beli burger. then balik bawa balik ni..



dunkin donnut! pre-brithday :)



hubby cakap nak beli kek tapi kedai kek dah tutup.. dah keluar pukul 1030pm. harus lah semua kedai tutup.. huhu.. sudahnya bawak balik donnut je. ok la dari takde kan..


hadiah? rasa macam takde je.. huhu.. dah tetiba bulan ni kena spend duit repair kereta + road tax lagi.. tak pe la.. insyaAllah akan paw masa persiapan raya nanti.. hehe...


daa~~~

Wednesday, July 27, 2011

Anak Itik Tok Wi~~~

Jom tengok anak itik terkedek-kedek.. kekekeke





hampir tertonggeng si anak itik ummi.. hehehe..


Tuesday, July 26, 2011

Azhad ke Swimming Pool

Finally!






Dapat gak bawak Azhad Nayli masuk swimming pool. Hasrat di hati nak ajar dari dia 6 month. tapi ada je alasan tukang bawak a.k.a abi azhad.. huhu


masa azhad 6m, alasannya takde swimsuit dan tunggu azhad boleh duduk
masa azhad 9m, dah boleh duduk. alasannya takde swimsuit
masa azhad 10m-14m, dah ada swimsuit. alasannya azhad bangun lambat


geram je! alasan azhad bangun lambat tu bukan isunya. sebenarnya abi azhad yang bangun lambat. almaklum la weekend kan. nak tidur lebih la.. hehe


tempat yang kitorang pergi ni di Kompleks Renang Cheras, betul-betul depan tempat lahir azhad, HUKM. untuk sesi pagi dia buka sampai pukul 12pm. tapi kaunter tiket pukul 1130am dah tutup. so kena reach there before 1130am la. masa first time pergi kitorang dah lebih masa tu, sudahnya gi jalan-jalan la. nasib baik azhad dah mandi before keluar. second time pergi situ tutup pula sebab ada tournament apa ntah. kecewa lagi! this time baru ada rezeki azhad nak main air.. fee RM3 utk dewasa, kanak-kanak RM1 je..


Alhamdulillah azhad sangat ok walaupun masa sampai tu dia dah lelap. ada la beberapa kali nak tertonggeng dalam air walaupun duduk dalam pelampung. sebab tak balance. hehe.. abi azhad terlangkupkan dia pun ok, nampak terapung je badan dia..




insyaAllah lepas ni akan pergi lagi. tapi tunggu lepas raya la.. kalau boleh nak ajar azhad berenang dari kecil. jangan jadi macam maknya tak pandai berenang.. hehe


ps: ada video azhad jalan dalam air dengan pelampung itik tu.. tapi dalam android lagi. tengok lah kalau rajin upload.. huhu

Friday, July 22, 2011

Azhad, Tudung Saji Dan ....

Assalamualaikum





kenapa dengan azhad?



Watch this!





Terkekek-kekek dia main seorang diri. Time tu ummi tengah online dalam bilik. Dengar dia gelak-gelak, ingatkan main apa la dengan abi dia sampai seronok sangat. Sekali tengok dia main seorang diri. Abi dalam toilet..


Such a smart and funny boy!


Thursday, July 21, 2011

My 1y2m2w1d Toddler

Assalamualaikum..


Alhamdulillah azhad dah 1y2m2w1d.. nak update sikit pasal azhad sekarang nih..






cuba teka dia buat apa tu?? sebenarnya lepas pakai cd tu memang saya nak ambil gambar azhad pakai cd baru. sekali dia posing macam tu daa.. memang terbaik la dapat snap macam tu kan.. kepala dia cecah lantai ok! abi cakap tu namanya 'commando rest'. istilah askar.. azhad selalu buat macam tu bila dia ngantuk tapi tak nak tidur. agaknya buat macam tu boleh hilangkan ngantok kot.. or nak tidur macam tu? nama pun commando rest kan.. huhu..




Azhad sekarang dah berjalan. memang agak lambat compare to cousins dia belah saya. tapi kalau belah abi azhad rasanya lebih kurang je. tapi azhad bukan takat berjalan, lari pun dah terer. since dia baru dapat kaki pun terus berlari. orang cakap kalau budak jenis suka menonjet memang jalan cepat a.k.a berlari.. huhu





pic di atas masa ktorg keluar sabtu lepas. mentang-mentang dah dapat kaki, nak berjalan je keje. ni azhad sedang cuba melepaskan pelukan/dokongan abi dia.. bila dia dah start jalan ni baru la terasa, "oh.. azhad dah besar!" kalau tak jalan lagi, walaupun umur dah 1 tahun lebih rasa macam baby lagi. now he is a toddler.. my cutiey toddler..



azhad gak dah pandai makan biskut sendiri TANPA buang! dulu kalau bagi biskut mesti ada tinggal sikit. part yang dia pegang tak boleh nak masuk mulut. sekarang kalau bagi biskut mesti ummi check satu rumah kot-kot ada sisa dia buang mana-mana. tapi memang takde. yang ada setakat abuk-abuk je.. good boy la sayang! lepas ni abi cakap boleh ajar makan mee, nasi.. owwwwhhh.. itu belum lagi. tak rajin ummi nak mengemasnya nanti. kekeke





budak kelaparan makan biskut tiger. habis tiga keping. habis kotor baju abi azhad!





ni gambar azhad panjat katil. time ni dia reti panjat, tapi tak reti turun. sekarang azhad dah pandai turun apa yang dia panjat. katil. sofa.. nasib la meja dia tak panjat lagi.. huhu


Alhamdulillah azhad masih full bf. syukur atas rezeki Allah. walaupun rasa macam sikit je susu. tapi sekarang azhad akan menyusu bila nak tidur, dan tengah tidur je. kalau time main dia tak peduli sangat. lagipun dah makan, minum macam-macam.. tapi kena bagi susu ada juga. lagi-lagi nak puasa ni. dan azam nak susukan azhad sampai umurnya 2 tahun. semoga Allah permudahkan..


Sekarang gigi azhad dah 6 batang. 4 atas, 2 bawah. tak ingat pernah update pasal gigi ke-5 dan ke-6 belum. tapi jarak dua gigi last ni tumbuh dengan 4 gigi awal tu agak lama la..


ermmm apa lagi ye?? fikir fikir fikir


oo ya.. paling latest! azhad suka angkat badan dia dalam keadaan baring. macam mana nak describe ye? ermm.. dia baring, then angkat badan dan bontot ke atas. tinggal kaki dan kepala kat lantai. boleh imagine tak? alaa.. kalau tengok Maharaja Lawak minggu silent comedy si Mamat Sepah ada buat, Shuib Sepah pun ada buat masa minggu dia jadi perempuan nak bersalin. ok! harap dapat imagine la ye.. yang tak bestnya tinggal kepala je kat lantai. takut gak terpatah tengkuk tu. sama la bila dia buat commando rest tu. dah la selalu buat dua aktiviti tu bila time nak tidur malam. time tu abi selalu dah berdengkur. ummi pun selalu dah terlelap. risau je.. kena marah dengan abi, dia stop. lepas tu buat balik. budak bukan faham apa.. harap-harap tabiat tu tak lama la. takut memudaratkan je..


ok la.. tu je la kot.. nanti nak tepek video aktiviti azhad bermain...


adios!!

Related Posts with Thumbnails