Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 30, 2010

CONTEST: Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100



Jangan tak tahu.. ada lelaki ini yang handsome nak bagi RM100.. ~handsome ke??



Apa saya nak buat kalau diberi RM100??


Ermm.. dalam kepala otak ni macam-macam benda nak beli. tapi kalau setakat RM100 tu memang tak cukup la.. huhuhuhu... ayat orang tak reti bersyukur..


Eh.. bukan tak tahu bersyukur.. cuma, itu la reality nya.. dalam keadaan saya yang jobless, dah tu sedang menunggu hari untuk lahirkan anak pertama ni, cuba cakap, cukup ke RM100 tu???


Tengok tu.. ada juga yang cakap tak cukup!!!


Kalau semua barang untuk sambut baby nak beli guna RM100 tu memang la tak cukup.. tapi macam saya everything dah complete.. ye la kan.. esok (1 May 2010) dah due, takkan la tak siap preparation lagi kan...


So bila ada contest nak bagi RM100 ni kepala otak ni dok fikir nak buat apa. tp of course la fikir nak spend kat baby. tak kira la untuk ape pun.


Rasa-rasa kalau buat bayar ward cukup tak?? eh.. tu kan melibatkan baby juga.. masuk ward sebab lahirkan baby.. ermm.. tak pe la ward nanti guna GL, pastu kalau kena bayar, daddy la bayar.. so selamat.. hehehe


ermm.. buat tambah kalau jadi buat kenduri lepas baby lahir ok juga kot.. at least lepas la buat bayar ayam ke.. beras ke.. lagipun bukan buat kenduri besar.. boleh??


kalau daddy banyak duit, dan RM100 ni selamat ingat nak buat bayar upah tempah crochet baby la.. oowwhhh.. tak pernah mention kan saya ada tempah crochet mittens, booties dan hat baby.. ingat lepas baby lahir nak tempah sweater pula.. so cukup la tu..


tapi kalau yang tu pun daddy nak sponsor ingat duit tu nak buat jilid thesis nanti la.. yang ni confirm daddy tak kisah kalau guna duit sendiri.. tapi cukup ke nak jilid 4 naskah thesis?? ALAMAK!! tak ingat pula harga jilid masa degree dulu.. so kalau tak cukup kena la minta daddy tambah gak kn.. ermmm.. tapi yang ni tak melibatkan baby pun.. hurrmmmm.. so nak buat ape ye duit tu??


ermmm... tak de keputusan lagi ni. tapi yang diatas ni je la yang terlintas dalam kepala otak ni.. tapi rasanya nak buat bayar crochet la. sebab benda lain semua guna duit daddy. so mommy nak sponsor crochet untuk baby.. nanti baby merungut lak cakap mommy tak bagi ape-ape.. huhuhu


No comments:

Related Posts with Thumbnails